Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

Bagaimana Untuk Bebas Daripada Masalah Hutang!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Buat semua pembaca blog PemikirKaya.Com. Apa khabar anda semua?

Saya doakan semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.

Baiklah sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini, KJ kembali lagi untuk kongsikan info berkaitan hutang.

Kalau sebelum ini kita dah bincangkan “Kenapa Kita Berhutang?”

Kali ini suka saya ingin kongsikan pula bagaimana untuk kita semua bebas daripada hutang piutang ni.

 

Kita Perlu Ada Matlamat Untuk Bebas Hutang!

Perasan tak, ramai orang yang berhutang sebenarnya tak letak pun matlamat nak ‘bebas’ dari hutang.

Apa  yang mereka tahu hanyalah untuk ‘setia’ membayar hutang tersebut setiap bulan.

 

Setelah satu-satu hutang itu ‘settle’. Mereka tanpa segan silu terus buat hutang yang baru lagi.

Ini menjadikan diri mereka akan hidup sepanjang hayat dengan dibebani hutang!

 

Inilah yang dikatakan budaya ‘Keluar Pagi, Balik Petang. Dapat Gaji Bayar Hutang’…

 

Untuk itu, bagi menjadikan impian kita bebas daripada hutang kita perlu letakan matlamat.

Kita mesti letakkan keyakinan yang bebas hutang itu sesuatu yang boleh kita lakukan.

 

Tetapkan Matlamat & Tanya ‘Bagaimana’!

Letakkan matlamat kita mahu ‘settle’ hutang kad kredit kita yang berjumlah RM4,000 sebelum 1 Januari 2016.

Kemudian tanyakan soalan, “bagaimana caranya nak hapuskan hutang tersebut?”

Ingat sentiasa letakkan matlamat, kemudian tanyakan soalan “bagaimana?”

 

Apabila kita  tanya ‘Bagaimana?’

Minda kita akan berusaha mencari jawapan!

 

Percayalah jawapannya akan  muncul!

Cubalah, anda pasti akan temui jawapannya nanti.

 

KJ

p/s: Apa kata anda kongsikan jawapan anda  dengan semua pembaca blog ni di ruangan komen. Nanti kita bincangkan bersama 😉

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm