Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

BAGAIMANAKAH BAJET @ BELANJAWAN ANDA ?

perniagaan internet

Salam Pembaca Blog PemikirKaya dot com!

Apa khabar anda semua hari ini? Semoga sihat dan bagi yang berugama Islam pula semoga  dapat meneruskan ibadah puasa dengan baik dan sempurna.

Bulan puasa ini kenalah sentiasa menjaga bajet atau belanjawan harian anda agar tidak lebih berbelanja bagi mengelakkan daripada berlakunya pembaziran. Kebiasaannya emosi membeli kita lebih mudah dipengaruhi ketika perut sedang kosong. Kalau boleh semua juadah di bazar Ramadhan nak dibelinya!

Jika sepanjang bulan puasa ini ada di antara anda mengalami perkara sedemikian, seharusnya anda pelajari sesuatu dan ambil iktibar darinya supaya dapat anda pastikan bahawa anda hanya berbelanja berdasarkan keperluan dan bukannya kemahuan!

Bercerita tentang Bajet ini, ada dikalangan pembaca setia blog ini bertanyakan saya melalui email berkenaan dengan penyediaan bajet peribadi atau pun Belanjawan peribadi yang mereka sediakan setiap bulan.

Mudahnya untuk menyediakan bajet atau belanjawan bulanan anda, bolehlah anda samakan tugas anda sebagai Menteri Kewangan sebagaimana yang dibentangkan oleh DSAAB pada 29 Ogos 2008 yang lalu.

Walaubagaimana pun belanjawan yang anda sediakan tidak perlulah mempunyai agenda ‘menawan semula hati rakyat’ kerana skop bajet anda adalah lebih kecil iaitu untuk mencapai matlamat kewangan anda dan bukannya untuk memenangi semula hati dan undi ahli keluarga anda kerana jika anda berbuat sedemikian rupa ianya hanyalah bersifat sementara. Matlamat anda yang lebih penting adalah untuk memastikan kesejahteraan ekonomi keluarga anda berada dalam keadaan stabil dan utuh dalam tempoh masa yang panjang!

Berdasarkan pengalaman dan pengamatan saya, ramai di antara kita yang sentiasa merungut apabila berhadapan dengan bajet yang mereka sediakan.

Ini kerana mereka sentiasa lebih belanja daripada perancangan, (lebih kurang bajet yang dilaksanakan oleh negara kita!)

Bajet Malaysia sendiri mencatatkan belanjawan defisit berterusan selama 10 tahun. Iaitu belanja lebih daripada hasil yang diperolehi. Apakah ini memberi gambaran ekonomi negara berada di tahap yang tidak stabil?

Dan jika sekiranya anda juga mempunyai ciri bajet yang sama dengan belajawan negara, saya pasti anda sudah ada jawapannya!

Apa yang nyata apabila berlaku situasi belanjawan sebegini satu soalan yang harus ditanya adakah anda benar-benar berupaya mengawal perbelanjaan sedemikian.

Jika anda berterusan membiarkan pengurusan bajet berada di dalam situasi sedemikian, adalah dibimbangkan ada kemungkinan anda berpotensi untuk menyertai kelab muflis!

Apa yang penting jika anda sedang mengalami bajet sedemikian, apa yang paling penting anda perlu berusaha untuk menarik lebih banyak sumber pendapatan dari luar dan jangan hanya bergantung pada satu sumber pendapatan sahaja. Di samping itu, dalam masa yang sama kurangkanlah kos perbelanjaan hidup anda.

Jangan biarkan anda terikut-ikut pula dengan bajet negara yang nampaknya tidak ada sebarang usaha menarik pelaburan langsung asing (FDI) yang digariskan di dalam belanjawan 2009 baru-baru ini.

Anda juga harus ingat dalam menyediakan dan melaksanakan belanjawan, anda seharusnya berpegang teguh kepada perancangan bajet yang telah anda tetapkan. Tangguhkan dahulu segala apa ganjaran atau imbuhan sementara kerana ianya tidak ubah ibarat ‘gula-gula getah’, manisnya sekadar bersifat sementara.

Jika anda berterusan dengan trend pelaksanaan menikmati hasil gula-gula sementara ini, saya percaya bajet yang anda sediakan tidak akan dapat membantu anda, sebaliknya ianya hanya sekadar rancangan tanpa hasil!

Salam kekayaan,

THINKERICH

perniagaan internet

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm