Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

FAEDAH TERENDAH UNTUK PINDAHAN BAKI KAD KREDIT?

  • “Bank mana yang offer pindahan baki kad kredit(balance transfer) yang terendah?”, tanya seorang teman kepada saya.
  • “Saya tidak pasti!”, jawab saya ringkas.
  • “Tapi kenapa?”, soal saya lagi.
  • “Saya nak pindahkan baki tertunggak kad kredit nih!
  • Kata orang kalau kita nak jimatkan interest, buatlah balance transfer!”, jawab kawan saya menjelaskan masalah sebenarnya.
  • “Entahlah, tiap-tiap bulan saya bayar, tapi tak jugak berkurang baki tertunggak! Makin bertambah adalah!”, keluhnya lagi.
  • “Emm.., kenapa boleh jadi begitu? Boleh saya tahu bagaimana saudara menggunakannya dan berapa bayaran yang dibuat”,  soal saya ingin mendapatkan kepastian
  • .”Tiap-tiap bulan bila bil sampai, saya terus bayar 5% daripada baki tertunggak yang sebagaimana yang dinyatakan di dalam bil tersebut iaitu “amaun semasa perlu dibayar”atau jumlah minima!”, jawabnya dengan terperinci.
  • “Oooh..begitu rupanya! Saudara maafkan saya jika saya katakan anda telah tersilap menguruskan bil kad kredit anda. Sepatutnya saudara bayar sepenuhnya bil tersebut sebelum tarikh akhir pembayaran dan bukannya bayar hanya minima seperti yang diminta oleh pihak bank!”, jelas saya.
  • “Tambahan lagi, jika saudara hanya bayar minimum 5% daripada baki tertunggak setiap bulan dan dalam masa yang sama masih menggunakan kad kredit untuk perbelanjaan bulanan saudara, sudah tentulah baki tertunggak tak akan berkurangan, malahan semakin berganda-ganda!”, tegas saya lagi.
  • “Habis tu, apa yang patut saya lakukan sekarang ini?”, soalnya minta pertolongan.
  • “Mudah sahaja! Pertama sekali jangan gunakan lagi kad kredit tersebut untuk perbelanjaan saudara. Ambil gunting potong dua kad tersebut! Kemudian kita fokuskan kepada penyelesaiannya!”
  • “Saudara ada apa – apa tabungan atau simpanan?”, soal saya ingin mendapatkan jawapan darinya.
  • ” Ada, saya simpan di dalam akaun simpanan”, jawabnya ringkas.
  • “Berapa jumlahnya, adakah ianya mampu untuk menyelesaikan kesemua hutang tertunggak kad kredit saudara?”, soal saya lagi.
  • “Ada, dan lebih daripada cukup! Tapi itu wang simpanan saya, mana boleh gunakannya untuk bayar hutang kad kredit!”, jawabnya sambil mengerutkan dahinya tanda tidak setuju!.
  • “Baiklah, mana yang anda inginkan? bayar kepada bank setiap tahun 18% atau anda hanya dapat kurang daripada 1% setahun?”, soal saya cuba menduganya.”
  • Eh, sudah tentulah saya tak nak bayar 18% kepada bank!”, jawabnya dengan bersungguh-sungguh!
  • “Kalau macam tu, gunakan wang simpanan tu, jelaskan kesemua baki tertunggak kad kredit anda! Tak perlu buat pindahan baki untuk menguntungkan pihak bank yang lain pula! Berhenti gunakan kad kredit kerana anda sebenarnya tak mampu menggunakannya!”, jelas saya menamatkan perbualan tersebut!
Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “FAEDAH TERENDAH UNTUK PINDAHAN BAKI KAD KREDIT?”

  1. ZulBM says:

    Kalau ada wang simpanan tu cukup utk buat bayar penuh kad kredit tu….simpan dulu dlm ASB, boleh buat OD, pastu byr penuh kad kredit, minta release letter dan esok2 nnti boleh dpt dividen setiap tahun dan boleh dapatkan balik simpanan tu nanti…..

  2. Thinkerich says:

    ZulBM,

    Ya, satu lagi alternatif yang baik..

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm