Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

Berapakah Harga Rumah Yang Mampu Dibeli?

Salam pembaca pemikirkaya sekalian,

Hari ini saya didatangi oleh seorang teman yang ingin tahu dan bertanyakan tentang pinjaman perumahan dan jumlah harga rumah yang mampu dia miliki.

Saya terus bertanyakan berapakah pendapatan bulanannya dan berapakah jumlah komitmen ansuran hutang pinjaman yang dibayar setiap bulan?

Hasil daripada apa yang saya selidiki, hampir 40% gajinya digunakan untuk menjelaskan ansuran pinjaman kereta kesayangan beliau. Ini bermakna hanya tinggal baki 60% sahaja gaji yang beliau ada setiap bulan.

Pada umumnya, bayaran ansuran bulanan untuk pinjaman perumahan tidak seharusnya melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar bulanan anda. Jika pendapatan kasar bulanan anda RM3,000 sebulan, maka ansuran pinjaman perumahan anda seharusnya tidak melebihi RM1,000 setiap bulan.

Ini kerana dalam menilai keupayaan anda membuat pembayaran balik, institusi kewangan juga akan mengambil kira pembayaran balik hutang anda yang lain seperti pinjaman kereta, pinjaman peribadi dan kad kredit.

Biasanya apabila permohonan pinjaman perumahan diterima oleh pihak bank atau institusi kewangan, mereka akan membuat semakan kemampuan kredit seseorang melalui Central Credit Reference Information System atau lebih famous dengan singkatan nama  CCRIS!

Jika ketika ini anda dapati komitmen kredit anda atau ansuran hutang pinjaman bulanan anda lebih daripada 2/3 daripada gaji anda, cuma ada 2 cara sahaja yang boleh anda lakukan.

Pertama adalah dengan mengurangkan atau melupuskan komitmen hutang pinjaman bulanan anda atau yang keduanya tingkatkan jumlah pendapatan yang anda perolehi setiap bulan supaya anda mampu membeli rumah impian anda.

Dalam banyak situasi, lebih ramai orang sanggup untuk berhutang membuat pinjaman kereta terlebih dahulu, kemudian personal loan, dan kemudian baru berfikir nak beli rumah.

Malangnya pada kebiasaannya,  jika seseorang itu dah punyai 2 hutang ini iaitu pinjaman kereta dan hutang personal loan yang tinggi setiap bulan, maknanya sampai ke tua lah hasrat untuk membeli rumah sendiri akan hanya tinggal impian sahaja. Oleh itu rancanglah kewangan dengan betul demi masa depan kewangan yang lebih terjamin.


Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

No Responses to “Berapakah Harga Rumah Yang Mampu Dibeli?”

  1. saving Relationships

    Berapakah Harga Rumah Yang Mampu Dibeli? |

  2. want ex back says:

    Buy Love

    Berapakah Harga Rumah Yang Mampu Dibeli? |

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm