Salam pembaca blog pemikirkaya!
Di antara buat wang dengan urus wang yang mana satu anda semua pilih?
Ehem..sudah tentulah ramai yang lebih tertumpu untuk mencari wang atau membuat wang…
Saya percaya dan pasti lebih ramai yang berminat untuk belajar cara nak buat wang berbanding belajar nak urus wang..Betul Tak?
Sudah tentulah Betul..!
Kenapa saya berani kata begitu?
Cuba lihat dalam banyak-banyak produk yang dikeluarkan oleh IM tempatan mahupun luar negara di dalam media internet..
Sudah tentu produk atau program buat duit atau buat wang menjadi produk yang menjadi tumpuan dan kegilaan ramai..!
Itu belum masuk lagi program yang mengarut dan penuh dengan penipuan seperti skim cepat kaya, skim piramid, pelaburan internet haram, skim perkongsian modal dan banyak lagi..
Tetapi sedarkah atau perasankah anda, kebanyakan daripada mereka yang buat wang akhirnya mendapati diri mereka masih tetap mengalami masalah kewangan, dan apa yang dapat kita lihat lebih ramai yang terpaksa hidup sederhana dan miskin…
Aiks? Apa pasal pulak bila buat wang dengan banyaknya kita boleh jadi sederhana je???
Lepas tu ..miskin pulak tu???
Haaa…tentu ada di antara anda yang mulai ‘confuse’ a.k.a keliru dengan apa yang saya katakan ini..
Saya tak cakap saje-saje…
Apa yang saya cakap ni adalah realiti dan kenyataan hidup!
Seringkali mereka yang berjaya menngkatkan pendapatan akan mendapati gaya hidup dan taraf hidup mereka turut meningkat!
Sudah tentulah, kos dan hutang turut meningkat sama!
Mengapa boleh jadi sebegini?
Jawapannya hanya satu!
Mereka tiada panduan untuk menguruskan kewangan dengan BETUL!
Jeng..jeng..
Memandangkan masalah ini merupakan masalah yang berlarutan dan terus menerus menghantui ramai orang, maka saya dengan ini telah mengambil sedikit inisiatif (daya usaha) dengan menulis sebuah panduan untuk semua!

Ini merupakan sebuah panduan pengurusan kewangan peribadi yang menyeluruh dan sesuai untuk semua tak kira sama ada anda makan gaji, kerja sendiri mahupun seorang usahawan!
Ya, usahawan!
Tahukah anda, ramai usahawan mengalami masalah kewangan dalam perniagaan mereka hanya kerana tidak tahu untuk membezakan di antara keuntungan, wang operasi serta wang gaji untuk diri mereka sendiri!
Maka sebab itulah, usahawan pun perlu dan WAJIB bayar gaji untuk diri mereka sendiri!
Jangan ingat usahawan tak ada gaji!
Mereka juga perlu ada wang gaji! Dalam ebook ini saya ada menerangkannya cara dan kaedah pengurusan untuk wang gaji!
Jadi, jika anda semua ingin tahu dan berhasrat untuk memilikinya! Tunggu pelancarannya tidak berapa lama lagi..
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 








Saya juga pernah menulis topik yang sama;
Cari Duit Lebih? Jangan lupa poket yang bocor!
http://afyan.com/ver1/?p=39
Afyan,
Post yang menarik!
Terima kasih di atas perkongsian!