Salam pembaca blog pemikirkaya!
Jika dalam post terdahulu kita berbicara tentang maksud disebalik hutang baik dan tidak baik, maka pada hari ini kita lihat pula takrifan hutang tersebut berdasarkan situasi sebenar yang mungkin pernah anda lalui dan mungkin juga pernah buatkan
!
- Jika anda meminjam wang untuk membeli suatu pengalaman(contohnya berhutang untuk pergi melancong) atau benda atau barang yang sebenarnya anda tak mampu pun, dan menambah hutang dengan caj faedah tinggi, anda sebenar-benarnya telah dibebani hutang yang tidak baik!
- Jika anda meminjam wang untuk memperolehi satu aliran pendapatan yang menyumbang kepada pembayaran balik hutang seperti pembelian apartment kos rendah untuk disewakan dan kadar sewaan tersebut lebih besar nilainya daripada ansuran bulanan anda maka anda telah menggunakan hutang secara baik!
- Jika anda meminjam wang untuk membuat pelaburan seperti membeli saham unit amanah, atau saham spekulasi anda sebenarnya telah menggunakan hutang dengan cara tidak baik kerana meletakkan diri anda dalam risiko yang tinggi. Ini kerana anda akan terus berhutang dengan faedah yang lebih tinggi jika harga pasaran jatuh melebihi nilai pinjaman anda.
- Jika anda meminjam wang untuk membeli rumah kediaman dan bercadang tinggal di rumah itu, setidak-tidaknya anda mungkin dapat pulangan modal atau mungkin keuntungan hasil daripada peningkatan nilai rumah tersebut pada masa depan. Ini juga dapat menyelamatkan wang anda daripada ‘hangus’ begitu sahaja membayar sewa jika sekiranya anda tidak membeli rumah itu. Dalam kes ini anda telah berhutang secara baik!
Salam Kekayaan,
THINKERICH

Posted in 








bro…mane buku ilmiah tu?
cepat bro…
nak praktikkan arini jugok
Salam…
Wahhhh… pandangan yang menarik tentang hutang yang baik dan hutang tidak baik. Saya menyokong 100% bole dipraktikan
Pakar Runding Cinta,
Dialu-alukan untuk dipraktikan serta merta!
Derih Juso,
Sila rujuk email saudara….
Erks..saudara ni ada kena mengena dengan saudara Ixxxx Jxxxx yang berasal dari Jerteh tu ke?
emmm…satu article yg menarik. Memang betul, Hutang tidak semestinya negative.
miepekan,
Sesuatu perkara itu menjadi negatif atau positif kerana ianya ditentukan oleh diri kita sendiri..
Kita boleh menjadikan perkara yang baik kepada tidak baik atau pun sebaliknya..