Salam pembaca sekalian…
“Jangan kayakan bank..!” teriak seorang teman kepada saya.
Bilamana saya membicarakan tentang kemudahan pinjaman yanng disediakan oleh bank dan institusi kewangan di negara kita.
Saya kira slogan ‘Jangan Kayakan Bank’ ini dicipta oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan idea, ilmu, pengetahuan dan wang…
Kenapa saya berani kata begitu?
Pertamanya kita perlu faham bahawa pihak bank sebuah entiti perniagaan yang sudah semestinya mencari kentungan melalui produk yang disediakan.
Keduanya, ramai yang tidak tahu bahawa orang kaya menjadikan bank sebagai rakan mereka bukannya pesaing mereka untuk mencapai kekayaan.
Ketiga, kita perlu tahu tentang kewangan. Tahu sahaja tidak memadai sebaliknya perlu faham dan tahu bagaimana menggunakan alat-alat kewangan yang berada di pasaran.
Keempat, hutang tidak semestinya buruk! Ramai yang hanya tahu berhutang itu tidak bagus! Sebenarnya tidak!
Ya, saya akui berhutang itu tidak bagus tetapi ianya tidak bagus jika kita tidak tahu membezakan antara hutang yang baik dan juga hutang tak baik!
Tidak bagus dan mengkayakan pihak bank jika kita gunakannya untuk sesuatu yang sia-sia.
Menggunakannya untuk mendapatkan liabiliti yang disangkannya aset seperti membeli kereta dan bukannya rumah.
Menggunakannya untuk mendapatkan aset menyusut bukannya aset yang meningkat!
Hanya tahu menggunakan bank untuk ‘gali lubang tutup lubang, dapat duit bayar hutang’!
Tanpa kesedaran dan ilmu kewangan yang baik, sememangnya kita akan terus kekal miskin dan pihak bank terus menerus mengaut keuntungan dan kekayaan.
Jadi untuk itu, kita perlu kayakan ilmu kewangan terlebih dahulu.
Pelajari bagaimana Hutang digunakan sebagai alat kekayaan oleh para jutawan yang kaya raya.
Dan bukannya hanya menerima pakai saranan “Jangan Kayakan Pihak Bank!” tanpa mencari idea untuk KAYAkan diri sendiri!
Saranan saya, gunakan kemudahan pinjaman yang bank sediakan untuk kayakan diri sendiri dan bukannya untuk kayakan pihak bank sahaja!
Salam kekayaan!
THINKERICH

Posted in 








Salam sejahtera & salam perkenalan.
terima kasih kerana perkongsian ini.
Walaupun daripada aliran agama, saya amat suka mengambil tahu tentang kewangan. Semoga saudara akan terus menulis artikel yang menarik dan bermanfaat.
TK
Salam perkenalan..
terima kasih kerana kongsi ilmu . Saya sentiasa ikuti apa yang ditulis oleh saudara. Sya link dalam blog saya dan telah beli buku bajet Wang yang ditulis saudara. Semoga saudara terus menulis..
Hutang yang mengkayakan kita memang perlu dan menang- menang. Tanpa hutang bank susah juga nak kaya…
baru kenal dengan blog ni. banyak ilmu kewangan yang dipelajari.