Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

KAD KREDIT SEBAGAI ALAT PEMBAYARAN BUKAN UNTUK MEMBUAT HUTANG!

Salam pembaca blog pemikir kaya!

Saya rasa ramai yang masih keliru a.k.a tak faham fungsi sebenar kad kredit.

Ramai di antara kita hari ini telah menyalahgunakan kemudahan kad kredit yang sepatutnya digunakan sebagai alat pembayaran kepada alat untuk berhutang.

Tahukah anda sejarah kad kredit?

Kad kredit sebenarnya diilhamkan berasaskan konsep ‘charge card’ atau kad caj Diners Club (merupakan kad caj pertama di dunia pada tahun 1950)  yang digunakan untuk makan di restoran atau hotel tanpa membayar tunai serta merta!

Hal ini kerana, pada pandangan masyarakat barat, adalah menjadi sesuatu yang kurang sopan jika mengira wang di meja makan.

Dan pada tahun 1958, kad caj American Express diperkenalkan kepada dunia!

Lihat asal usul kad kredit dicipta sebagai alat untuk kemudahan bayaran dan bukannya untuk berhutang.

Jika ada ingin tahu lebih lanjut tentang asal-usul kad kredit, anda boleh dapatkan keterangannya daripada buku Bajet Wang – 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang.

Hmmm..kini mungkin ada di antara anda yang mulai keliru, apakah perbezaan di antara Kad kredit, Kad Caj dengan Kad Debit?

Anda ingin tahu?

Saya akan jelaskan pada ‘post’ seterusnya…

Jadi teruskanlah bersama dengan blog pemikir kaya!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

No Responses to “KAD KREDIT SEBAGAI ALAT PEMBAYARAN BUKAN UNTUK MEMBUAT HUTANG!”

  1. Omega_Masha! says:

    Jika perniagaan anda tidak perlu dikenakan VAT, anda boleh menambah ID VAT anda kepada akaun anda. Dengan ID VAT anda, kami boleh mengenal pasti transaksi ini sebagai perkhidmatan daripada perniagaan kepada perniagaan dan tidak akan mengenakan VAT. Anda sepatutnya dapat menuntut balik pembayaran VAT daripada pihak berkuasa cukai anda.

  2. Like!! I blog quite often and I genuinely thank you for your information. The article has truly peaked my interest.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm