Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

KERETA ANDA ATAU KERETA SEWA?

Ramai yang masih lagi salah faham dengan konsep pinjaman kenderaan.

Masih ramai yang beranggapan apabila mereka membeli kereta, kereta tersebut adalah hak milik mereka!

Maafkan saya! Tanggapan tersebut ternyata SALAH dan perlu diperbetulkan SEGERA!

Ini kerana ramai yang lupa atau mungkin buat-buat tak faham?

Catatan yang tertulis pada ‘GERAN’ a.k.a Kad Pendaftaran Kenderaan yang dengan jelas menerangkan ‘Hak Milik Dituntut Oleh Bank …..’

Nah, sudah terang lagi bersuluh!

Nyatalah kereta yang anda beli tu hanyalah pinjaman semata-mata…

Baik kereta ‘Besor’, sederhana mahu pun kecil…

Ianya tak ubah umpama anda menyewa kereta dengan pihak bank!

Sebab itulah jika anda baru ‘pakai’ 2 – 3 tahun kemudian berniat untuk menjualnya, anda akan dapati wang ansuran bulanan yang anda bayar dengan setianya setiap bulan bersama ‘downpayment’, lesap begitu sahaja!

Hmmm..apa yang lebih memeranjatkan lagi, anda dapati yang anda masih berhutang dengan pihak bank setelah menjual kereta tersebut pada harga pasaran semasa…

Jadi, renung-renungkanlah…kereta yang anda beli dan pandu sekarang ni sebenarnya tak ubah seperti memandu sebuah kereta yang disewa atas nama anda sendiri!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm