Salam Pembaca PemikirKaya,
Apa khabar? Semoga sihat dan ceria selalu!
Maaf, agak lama saya tak berkongsi catatan dalam blog ini…kepada mereka yang datang menjenguk ke blog ini(walaupun tak ada cerita baru), saya ucapkan terima kasih kerana tetap menantikan sesuatu yang SEGAR dari blog ini…
O.K, baiklah…kita teruskan dengan cerita hari ini. Ketika saya singgah di beberapa Blog, saya tertarik dengan komen – komen yang ditinggalkan oleh pembaca blog berkenaan dan ada di antaranya cukup menarik untuk saya kongsikan dan kupaskan kisahnya di sini.
Salah satu kisahnya adalah ketakutan yang melampau a.k.a FOBIA sesetengah daripada kita dengan kehadiran Agen Insuran/Takaful mahu pun Perunding Unit Amanah! Bahkan ada yang menyarankan agar ditulis sebuah ebook berkenaan:-
“Bagaimana Untuk Melarikan Diri & Mematikan Hujah Agen Insuran/Takaful & Perunding Unit Amanah!”
Saya dapat rasakan ketakutan yang amat sangat mereka kepada agen dan perunding ini adalah kerana faktor berikut:-
Pertama
Pengalaman Buruk kerana di ‘Approach’ oleh agen/perunding yang tidak profesional – (memaksa prospek untuk membeli produk mereka dengan menggunakan hujah-hujah yang lebih banyak memperbodohkan prospek)
Kedua
Tidak mempunyai kesedaran dan keperluan tentang produk kewangan peribadi – (agen/perunding gagal memberikan ilmu kepada prospek sebaliknya lebih fokus untuk mengejar komisyen sehinggakan lupa untuk mendidik)
Ketiga
Sememangnya tiada CUKUP WANG dan LEBIH BANYAK HUTANG! Jadi bagaimana nak beli insuran/takaful apatah lagi nak buat tabungan dalam Unit Amanah? – (mereka yang tergolong dalam kes ini terpaksa mendapatkan khidmat runding Perancang Kewangan Berdaftar/Bertauliah dan bukannya agen/perunding yang hanya tahu menjual!)
Jadi jelaslah di sini, masih ramai yang tidak faham dan tidak berpeluang untuk merancang kewangan mereka adalah kerana ;
Pertama mereka sememangnya tidak tahu akan keperluan produk atau sesuatu alat kewangan itu pada diri mereka,
Keduanya mereka menemui agen/perunding yang tidak profesional a.k.a kurang berilmu untuk membantu mereka…dan ;
Ketiganya mereka merasakan agen/perunding yang datang itu semata-mata berjumpa dengan mereka hanyalah untuk mengambil wang mereka bagi tujuan mendapatkan komisyen yang lumayan semata-mata!
Jadi pesan saya, kepada agen/perunding tidak kira insuran, takaful mahu pun unit amanah, janganlah mengejar komisyen semata-mata. Tambahkan lah ilmu pengetahuan dan gunakanlah konsep pendekatan mendidik dan membimbing dan bukannya memaksa…berundinglah dengan bijaksana….
Kepada mereka yang fobia dengan agen/perunding nie… jangan risau, keputusan ditangan anda, jika anda tidak perlu sesuatu produk kewangan itu, tolaklah dengan berhemah…
Namun begitu anda juga perlu ambil tahu pasal kewangan peribadi…Dapatkanlah nasihat daripada Perancang Kewangan Profesional yang berdaftar/bertauliah kerana mereka lebih telus. Ini kerana khidmat nasihat yang mereka berikan adalah berdasarkan kedudukan serta kemampuan dan matlamat kewangan anda.
Salam Kekayaan,
THINKERICH

Posted in 








Ya betul ckp ko tp masalahnya kalau kita tgk agak ramai agen yg kejar komisyen.
Sbg contoh: Public Mutual punya agen. Ckp berapi2…bkn sorang aa tp skang bila dh market dh jatuh…senyap tk terkata.
Bpk sedare aku abis kene kelentong kononnya dpt dividen tinggi…skng habuk pn takda.
Mnurut Robert Kiyosaki….unit amanah bkn tmpt utk kaya walaupun ada beberapa ketika OK, ttp utk kaya…lupakan sj unit amanah.
Aku bkn ckp kosong la…even aku kenal sorang jutawan pn ckp dia tk pnh invest pn dlm unit amanah.
Myb keperluan seseorang berbeza tp bg aku la…alang2 kita pk nk tmbh portfolio pelaburan biarla kita jd winner…
aku tgk agen unit amanah yg kaya…ye aar dpt komisyen. Pastu bila tgk caj jualan unit amanah….bila tolak..habuk tk padan.
aku rasa masa market jatuh ni le elok melabur. beli masa harga rendah. bukan selalu dpt. yg aku tau kalau nk untung cepat, unit amanah memang tak sesuai. sebab tu guna duit epf je sebab umur 55 nanti baru boleh amik.. >10 tahun lagi. kalau compare dgn dividen epf, memang untung lagi invest kat unit amanah. untuk cash pulak invest sikit…target kena la > 3 tahun. kalau rasa nak cepat untung, kena invest tempat lain le..risiko pun tinggi jugak. Alhamdulillah le, consultant aku yg byk ajar le…public mutual beb. aku dah pernah untung 53% setahun dalam dana ittikal, sapa nak bagi? tahun 2008 & 2009 yg jatuh harga. beli le, jgn jual. tak de duit…tunggu harga naik baru jual..tiap2 tahun pun ada dividen.
Azim,
Saranan yang baik..Terima kasih kerana berkongsi pengalaman dengan para pembaca blog ni..
salam
gua rasa la fantagiro ni cuma tau dengaq dari negatif . Ntah2 labur pun tidak….ni aku nak habaq mai agent aku ada juga nasihat cam mana strategi nak labuq…masa ekonomi jatuh baru ni gua releks je…pasai gua paham cam mana perjalanan dia yang di bimbing agent aku yang baik. yang banyak kecoh ni pon bagi org tak laboq pon cam hang….tau dengaq cakap orang jaaaaa…..agent tu nak kaya biaq pi kat dia janji dia ada buat perancangan persaraan gua nanti…harap hingaq jaaa laboq nya tidak…
<p>Saya agent insurans untuk Prudential.<br />
Untuk orang Islam kita kene ambil Takaful compare Insurans Konvensional<br />
Prudential ada Takaful bernama PruBsn Takaful. Join venture with BSN (Bank Nasional Berhad). Takaful ini berserta Medical Card yang membolehkan kita masuk hospital free je.</p><br /><br /><br />
Betul memang banyak orang muda tidak mahu mengambil insurans. Sebab muda lagi takde penyakit.
Anda kene tahu, ambil insurans waktu muda la bagus. Sebab insurans takkan cover kita jika kita ada penyakit tua nanti.
Contohnya, batu karang
Sekarang umur 24 tahun , sudah amik insurans. Umur 30 kene batu karang and nak operation RM10k. Second operation RM15K. Total 25K. Tidak termasuk penginapan tu.
So insurans akan cover.
Tapi jika umur 30 tu dah tahu ada penyakit batu karang tapi baru terhengeh hengeh nak amik insurans.. Pre-exisiting disease before taking insurance. not covered..
So muda la bagus.
Anda ingin tahu lebih pasal insurans.
Insurans tak mahal RM100 sebulan sahaja.
Ada orang kata, insurans rugi je.. baik simpan sendiri;
Ok. Simpan sendiri pun boleh.
RM100 x 12 = RM1200
Konon la dah simpan 3 tahun = ada RM3600
Tetiba sakit, kene rawatan berharga RM16k.. mane nak cari duit?
so itu la bagusnya insurans
So pk pk la
Apa lagi faktor untuk memilih insurans..
pilih la ejen yang dekat dengan anda. ejen yang akan bertanggungjawab menolong anda claim insurans bile anda susah nanti.
jangan cari ejen yang hanya nak jual sahaja dan kemudian senyap.
bila anda terlantar , anak bini tak tahu macam mana nak claim.. so saya sebagai ejen bertanggungjawab menolong anda.
saya bekerja ada 2 motif
1. menjana pendapatan
2. menolong orang dalam kesusahan
Insyaallah anda tolong orang lain dalam kesusahan, kita akan murah rezeki dan dirahmati Allah
Pesanan saya kepada ejen ejen lain.. buat la after sales servis .. jgn hanya mengejar money..
sekian
firdaus
Firdaus,
Terima kasih di atas perkongsian maklumat…semoga pembaca lain dapat manfaat!
Salam,
Aku seorang agen takaful dari MAA, so pada pendapat aku kita tak boleh labur satu tempat je. Kena labur pada banyak tempat. Inilah saja cara korang nak selamat…kata orang jangan dok simpan telor dalam satu bakul je..tapi kena simpan dalam banyak bakul. Barulah selamat samada pelaburan atau pun sebagai simpanan di hari tua.
Sekian.
Orang Kampung,
Hmm..itulah asasnya, ‘jangan simpan telor dalam satu bakul’ nanti kalau jatuh – pecah kesemuanya
Dari pengalaman saya selama 12 tahun dalam bidang pemasaran kewangan dan konsultansi perancangan kewangan, tidak ada satu jalan penyelesaian yang boleh memuaskan “expectation” semua individu.Buku-buku saya di bawah boleh membantu dalam membuat pemilihan dan pemantauan. Boleh dibeli di MPH,Popular atau pesan terus dari saya.
Sunthara Segar,RFP,CFP, Islamic FP Cert
Penulis Buku PTS Siri Pengurusan Kekayaan:
1) Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi
2) Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah
3) Rahsia Mengurus Insurans Hayat
4) Buat Duit Sebagai Agen Insuran Takaful
5) Buat Duit Sebagai Agen Unit Amanah
Tuan Sunthara Segar,
Betul…
Tiada satu pun perancangan dan penyelesaian kewangan yang standard dan boleh memuaskan hati semua..
Sebabnya masing-masing mempunyai matlamat kewangan yang berbeza-beza di antara satu sama lain..
Fantagiro
harap saudara benar2 memahami apa itu saham amanah..sekiranya anda memang melabur dalam saham amanah.,.sudah pasti anda baca disclamimer tentang turun naik saham…..kalau anda tak melabur memang la anda akan bercakap macam di atas….
takaful lebih islamic
insurance ini sesuai bagi orang kafir
unit amanah ini pelaburan ada untung rugi.mcm bukak kedai pasar malam,time hujan rugi,time akhir bulan(kuar gaji) untung,time mcm ni tambah modal demand tinggi.kesimpulan pelabur kene ada knowlege pasal pelaburan..mcm takaful kene pandai pilih buat perbandingan polisi…
perlu difahami bahawa pelaburan ada risiko..skim yg diluar kwlan bank negara lagilah punyai risiko berlambak..bagi mereka yg inginkan keuntungan jgka panjang..join pelaburan amanh samada public mutual dan ASB adalah pilihan bijak..jgn menginginkan keuntungan mendadak dlm jgka masa terdekat..inilah masalah org kita..nak terus untung..tunggulah dan bijak membahagikan pelaburan dan simpanan..
“Pertama
Pengalaman Buruk kerana di ‘Approach’ oleh agen/perunding yang tidak profesional – (memaksa prospek untuk membeli produk mereka dengan menggunakan hujah-hujah yang lebih banyak memperbodohkan prospek)”
True!
Why this agent memperbodohkan prospek? Because the agent doesnt know well about the product, hence he did presentation by in the sense of “awareness” but he actually make the prospect look very stupid.
yup..betul2..i pun agen gak.n ada la dlm 5 6 kes tahun lepas yang mmg i tak dpt nak tolong.cthnya bila da aksident.baru kelam mencari n suh kita menipu utk memudahkan kecederaan di tanggung.pinda maklumat.so i pulak yang rasa di perbodohkan..5 6 kes tu i sentiasa follow up.sebelom tue a to z i explain tanpa memaksa.coz i lebih suka bg info then memaksa.the decision is on them..nasihat i jgn mudah takut kalo tak buat salah.n ilmu tu penting.bnyk sebenarnya ragam dln insurans?takaful.just make sure kalo u tak ambil pun just make friend with the agent.korek dulu baru fikirkan..apa kata…
Buku “Buat Duit Sebagai Agen Insuran/Takaful” memang best!
Mereka( Agen Takaful/Insuran/Perunding Unit Amanah) semua adalah umpama pengail2 ikan yang menunggu masa ikan2 memakan umpan2 mereka.
Sebagai ikan pandai2 lah pilih umpan mana yang paling sesuai supaya tidak tersalah masuk bakul pengail.Kalau dah salah masuk bakul pun, masih boleh lompat keluar bakul,walaupun mulut dah tentunya luka terkena mata kail yang tajam.
Bulan lepas saya dikejutkan dengan berita jiran saya mengidap penyakit kanser limpa. Malangnya sudah mencapai tahap 4+, belum ada rawatan khas kanser yang diberikan, Cuma diberi ubat. Di fahamkan doctor baru bercadang nak beri rawatan kimoterapi.
Semua sedia maklum mengenai kematian isteri bekas Perdana Menteri kita Pak Lah, iaitu Datin Sri Hendon akibat kanser. Segalanya bermula bila salah seorang adik beradiknya disahkan mengidap kanser, barulah Datin Sri melakukan ujian. Tanpa mengalami apa-apa sakit, beliau juga disahkan mengidap kanser.
Mengikut statistik, kanser adalah kategori penyakit pembunuh nombor 2 di Malaysia selepas Serangan Jantung. Berbeza dengan serangan jantung yang mempunyai tanda lebih awal, kanser dalam banyak keadaan hanya disedari oleh pengidapnya apabila telah tiba di tahap kritikal dan mempunyai harapan tipis untuk sembuh. Kanser tidak memilih umur. Yang masih muda juga boleh diserang.
Bagaimana kita menghadapi serangan penyakit kritikal ini? Jika diserang, rawatan pemulihannya amatlah tinggi. Biasanya selepas disahkan mengidap kanser, doktor akan memberi cuti selama 2 tahun untuk rawatan (bagi kakitangan kerajaan). Biasanya rawatan kimoterapi adalah pilihan utama. Bagi yang tidak mampu, hanya hospital kerajaan sahaja harapan mereka. Ada juga kakitangan kerajaan kumpulan tertinggi juga terpaksa mengharapkan hospital kerajaan kerana tiada simpanan mencukupi. Saya dimaklumkan bahawa kos rawatan kimoterapi untuk sekali sahaja RM4 ribu manakala transplant RM40 ribu. Bayangkan apabila kimo perlu dilakukan setiap bulan selama setahun.
Saya bukan nak merendahkan hospital kerajaan, tetapi kita sedia maklum bahawa daripada jumlah semua pesakit, 80% akan mendapatkan rawatan di hospital kerajaan. Sudah tentu perkhidmatan yang amat diperlukan pesakit tidak dapat diberikan segera kerana senarai menunggu yang ramai.
Jika kita mempunyai perancangan yang lebih jauh, mungkin simpanan sebanyak RM100 sebulan dapat membantu kita untuk menyediakan bayaran rawatan hospital sehingga RM50,000 setahun dan sehingga RM500,000 seumur hidup kita.
Buatlah persiapan sebelum kita terkena. Jangan disebabkan nak berjimat sedikit terpaksa rugi berganda-ganda bila ditimpa musibah yang lebih besar.
salam n selamat sejahtera pd non muslim,
saya adalah sebagai kedua-dua perunding(unit trust n insuran part time)
Kpd perunding2 sekalian,
Didik n ajarlah bakal clients n clients dgn ilmu yg betul (samada unit trust n insuran – tp sblm tu kita as a agent mesti penuh ilmu didada).Ingatlah komisen yg diperolehi adalah utk perbelanjaan keluarga kita so duit yg berkat akan mengalir sebagai darah daging kita…ingatlah hidup hanya sementera.
Kpd clients unit trust n insurans ambillah tahu hal2 tersebut kerana ianya adalah ilmu yg tidak merugikan anda.
salam,
memang menarik topik yang dibincangkan dalam artikel ni.saya menyampaikan pendapat ni berdasarkan pengalaman saya sbg ejen insurans.
memang ramai ejen2 yang memberi maklumat salah kepada client, seperti klu bayar guna kad, dapat rebate 18%.
saya baru dapat berita, ada 1 client ni cakap, baik dia amik ngan *** sebab klu dia benti sebelum polisi matang, dia akan dapat balik sumer yang dia simpan, termasuk dividen, bonus, plus dengan Sum Assured..
mengikut pengalaman saya selama 3 tahun ni, klu polisi tu tak matang, dia cuma akan dapat apa yang tertera pada Surrender value sahaja… lain2 takdak..
yang pasal rebate 18% tu pun 1 hal gak.. klu client bayar guna kad kredit, agent akan cakap, client dapat rebate 18%. mana ada polisi insurans yang memberikan rebate.
sbg seorang agent insurans, tugas kita adalah untuk mendidik, dan membantu. sebab tu, klu kita cuma kejar komisyen jer, kita perlu cari prospek sampai bila2..
tapi, klu kita mendidik dan membantu, kita dah tak perlu mencari prospek dah, existing policy owner akan rekemen kan untuk kita…
klu kita tolong orang, orang pun akan tolong kita. so, duit tu akan datang dengan sendiri.
so, sharpen ur skill, widen ur knowledge, and don’t bluff people around u.
terima kasih
hasrulfadzli,
Ya, betul tu…
Mendidik dan kemudian wang akan datang sendiri selepas tu
topik yang bagus, saya bersetuju bahawa kita sebagai agent harus mendidik client kita supaya pandai, tak kira lah agent insuran ke, takaful ke, atau unit amanah…betul jangan buat kerja hanya kerana duit sebab bila kita jadi hamba duit sesungguhnya duit yg kita dpt tu takkan cukup w/pun berkepuk2…..bagi yg islam pulak duit yg kita dapat tu takkan berkat…
pada saya, saya suka bagi pelanggan saya pandai dulu (tp kene penuhkan ilmu di dada dululah) sbb 1 mengapa takaful tu bagus sbb telus…jadi kita kene telus…kalau tidak itu yg jadi kerana nila setitik rosak susu sebelangga…x rugi kalau kita pandaikan org sebab kita dapat pahala, ilmu yg kita bagi adalah amal jariah jugakkan….jangan nak kejar komisen je, kesian client kita…macam mana kalau kita pulak berada di tempat dia?…
pasal unit trust pulak pada pandangan saya : kita jangan tuduh dan menyalahkan produk kalau kita sendiri tak pernah masuk melabur @ tak tahu @ tak berapa tahu @ tak nak ambik tahu… sebaliknya sebelum masuk fahamkan dulu mcm mana perjlnannya…mcm mana nak untung banyak @ mcm mana nak rugi banyak…ini main masuk, tak paham pulak tu, tanya dan tanya agent tu sampai puas hati lepas tu baru deside nak melabur @ x…duit kita suka hati kita…keputusan ditangan kita..macam mana sekali pun org nak paksa tapi kalau kita tak nak dia tak boleh buat apa…tapi sepanjang saya melabur dari tahun 2007 sehingga sekarang saya untung….alhamdullilah berkat bertanya dengan agent saya dan inisiatif call sendiri public mutual, bertanya untuk mendapatkan maklumat.. bila time harga rendah, bila time harga naik dsb…untuk makluman setiap kali dividen di beri jangan kita jual sebaliknya kita beli sbb harga time tu turun…bila nak jual tgk pada bulan 3, 4, 5 biasanya harga naik..(ini utk dana PIEF & ITTIKAL) time tu boleh jual…saya melabur dlm 2 dana ini…alhamdullilah belum pernah rugi sebaliknya untung…w/pun ekonomi jatuh…
kesimpulannya sesiapa pun kita x kira kita adalah agent @ client kita semua adalah pengguna…jadi… jadilah pengguna yang bijak…(bertanya, berlajar memahami dan berfikir sebelum membuat keputusan)jangan kerana marahkan pijat habis kelambu dibakar…jangan salahkan produk kalau agent tak pandai untuk meyakinkan kita.. produk tak bersalah, yang bersalah adalah kita..lihat cermin nilai dulu diri kita sebelum menyalahkan org lain….
terima kasih…
sediakan payung sebelum hujan.
1) jaminan pendapatan
2) kos rawatan & penghospitalan
3) simpanan & pelaburan
4) wasiat
Jika kita seorang ejen, ditanya oleh prospek/klien tentang soalan yang kita tidak pasti jawapannya, katakan..” Mengenai hal itu saya kurang pasti, walaubagaimanapun saya akan cari jawapannya dengan leader saya, dan akan terangkan dengan En/Pn sejurus memahami tentang perkara itu..”….. -Honesty is the best policy–