Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

KOMEN PEMBACA BLOG TENTANG TIPS GUNA KAD KREDIT

Salam pembaca blog pemikir kaya..

Apa khabar? semoga sihat dan ceria selalu hendaknya!

Biarpun semalam PNB mengumumkan bayaran Dividen ASB 2009, Dividen 7.30% dan 1.25% bonus menjadikannya 8.55% bagi tahun kewangan 2009, saya tak akan menulis  tentang perkara tersebut.

Sebaliknya kali ini saya nak kongsikan dengan tuan puan tentang komen salah seorang pembaca blog ini tentang tips yang saya berikan berkaitan pengurusan kad kredit.

Berikut saya petik semula komen tersebut;

“Saya berpendapat; ramai yang bayar 5% jer CC. sebab tak mampu. Tapi cadangan berhenti guna kad pun tak betul juga… sebab kalau tek guna kad…tak berasap la dapo…takkan nak pinjam along lak…”

Saya menghargai pendapat beliau itu, namun begitu saya amat berharap supaya para pembaca blog ini dan juga para pengguna kad kredit di luar sana sedar apa yang mereka lakukan dengan kad kredit tersebut.

Jika diperhalusi, hampir kebanyakan orang telah menyalahgunakan penggunaan kad kredit sebagai alat untuk berhutang atau dengan kata lain pinjam dahulu bayar kemudian…dan bukannya sebagai satu alat kemudahan untuk membuat bayaran.

Dalam buku saya Bajet Wang – 7 Cara Untuk Mengatasi Masalah Kekurangan Wang, saya ada menceritakan secara terperinci asal usul penggunaan kad kredit.  Tuan -puan boleh dapatkannya di sini untuk membacanya dengan lebih lanjut, www.BajetWang.com atau KLIK DI SINI untuk dapat tawaran istimewa.

Sebenarnya sebagai pengguna kad kredit kita perlu ada kesedaran untuk berhenti dari terus menerus hidup bergantung dengan kad kredit. Ramai yang beranggapan bahawa kad kredit sebagai penyelamat kepada masalah kekurangan wang mereka…

Sehingga sanggup menggunakan kad kredit untuk menampung perbelanjaan dan keperluan harian dan belanja dapur mereka?

Sampai bila? Harus diingat jika kita terus bayar 5% daripada baki minima, sampai satu masa akan tiba kad kredit kita mencapai ‘credit limit’ dan ketika itu kita sudah tak mampu bayarnya lagi…kerana bayaran minima 5% tak lagi serendah dahulu tapi dah meningkat berkali ganda…

Kesudahannya MUFLIS!

Jadi, kita perlulah berusaha untuk menamatkan kebergantungan kita pada kad kredit ini. Cari penyelesaiannya.

Tukar tabiat berbelanja, hidup bersederhana dahulu, dan tambah pendapatan untuk bayar kesemua hutang kad kredit (bukannya dengan membuat lebih banyak hutang!)….

Hmmm…jika tuan puan nak tahu lebih lanjut tentang pengurusan hutang …

Tunggu produk informasi terbaru dari saya…

Sebuah panduan yang bakal merubah pandangan dan kefahaman masyarakat  ke atas pengurusan hutang…Tunggu..!

Salam kekayaan,

Thinkerich

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “KOMEN PEMBACA BLOG TENTANG TIPS GUNA KAD KREDIT”

  1. dobit127 says:

    salam..

    tajuk yang menarik..tapi agak kurang menarik kerana disebaliknya iklan yang agak byk…

    kalau boleh, bykkan info, disamping cari cari baru untuk promote produk..ok..just pandangan sahaja….

  2. Thinkerich says:

    dobit127,

    Terima kasih di atas pandangan tuan, insyaAllah saya akan cuba usahakannya …

  3. azezul says:

    info yang menarik

  4. faizul says:

    Fikiran mereka sebenarnya menjadikan mereka rumit. Tidak ada tanggungjawab terhadap apa yang di namakan ‘hutang’.

    Nak berkongsi cerita mengenai rakan sekerja. Umur sudah 30 tahun dan berhutang kad kredit. Kereta dah kena tarik hutang motor pulak (motor atas nama member jadi hutang dengan member). Belum kira hutang dgn sesama rakan. Nasib tiada anak bini (lebih baik tiada anak bini).

    Bila ditanya kenapa ambil kad kredit? Jawabnya untuk membayar saman. Jawapan yg agak tidak bijak. Begitu singkat pemikirannya. Bagi saya pengurusan kewangan beliau langsung tak boleh pakai. Bercerita masalah hutang sana, hutang sini seperti mempunyai tanggungan yang sangat besar.

    Pernah sekali beliau sesak sehingga tak mempu untuk makan tengah hari. Kebetulan saya pun tak makan time tu atas sebab tertentu. Memang kesian, tetapi disebabkan semasa bercerita masalah dia tu dan dia kata dia tak makan lagi saya bertindak zalim dengan buat tak faham. Faktornya dia boleh pula hisap rokok time tu.

    Bagi saya, kalau dia keluarga saya sekali pun saya tidak akan bantu kerana sikap diri sendiri yang menjadikan dia begitu. Cumanya saya berfikir caya yang terbaik untuk menasihatinya untuk berubah kerana orang sebeginilah yang bakal menyusahkan rakan2 lain juga di pejabat saya.

  5. Buku bajet wang – 7 cara untuk mengatasi masalah kekurangan wang

    saya telah membaca buku ini. Amat berpuashati dengan isi kandungannya. menarik untuk dijadikan panduan dan bimbingan tentang pengurusan kewangan peribadi.

    Saya amat berminat membeli dan membaca buku – buku berkaitan kewangan. Walau bagaimanapun, membaca buku ini memberi satu kepuasaan dan menambahkan pengetahuan saya dengan langkah – langkah yang telah diterangkan dengan jelas.

  6. Thinkerich says:

    Mareyana bt. Bahman,

    Terima kasih puan, semoga ianya memberi manfaat dalam membantu pengurusan kewangan peribadi yang lebih baik :)

  7. boi says:

    salam>>

    sya boi,sya tertarik dng tajuk BUKU BAJET WANG ne,skrg ne sya menghadapi masalah kewangaan tambahan pula kad credit skrg ne dinaik pembayaraanya ke 8% stiap bulan dulu 5% aje.sya pun pening kepala dibuatnya>>bagaimana sya nak dapatkan buku bajet wang ne? adakah sejenis buku panduan? tolong sya tq

  8. Thinkerich says:

    Salam Boi,

    Dapatkan Ebook Panduan Bebas Hutang…

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm