Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

MASALAH HUTANG

SOALAN DARIPADA PEMBACA BLOG PEMIKIR KAYA

Salam sejahtera Sdr Khairulnahar,

Saya berminat dengan ebook panduan bebas hutang saudara dan bercadang untuk mendapatkannya hujung bulan ini.

Namun sebelum itu saya ingin meminta pendapat dari saudara tentang masalah saya ini.

Saya mempunyai hutang yang tertunggak selama setahun daripada 5 bank. Saya telah meminta pertolongan dari AKPK namun berhenti menggunakan khidmat AKPK kerana bayaran bulanan yang disyorkan oleh AKPK juga membebankan saya.

Saya melihat ringkasan ebook saudara dan saya benar-benar berharap agar ebook ini membantu menyelesaikan hutang saya. Jika dikira, saya mungkin mempunyai hutang tertunggak sebanyaK RM45,000.

Apa yang benar-benar saya perlukan sekarang ialah ‘DANA KECEMASAN’ untuk melangsaikan tunggakan hutang tersebut.

Bolehkah saudara menunjukkan cara bagaimana saya mendapatkan DANA KECEMASAN tersebut..sekarang saya sering diganggu oleh pengutip hutang.

Semestinya saya akan mengikuti panduan dalam ebook bebas hutang ini. Namun saya meminta pertolongan saudara untuk mendapatkan dana kecemasan untuk menyelesaikan/menstrukturkan kembali hutang saya dan bagi menggelakkan saya diisyhtiharkan muflis.

Dalam ringkasan ebook ini saya melihat salah satu point yang diketengahkan ialah di Bahagian 2 seperti berikut;
“Kenapa anda perlukan Dana Kecemasan dan mengapa anda perlukannya untuk membebaskan diri anda daripada masalah hutang?”

Saya harap ebook ini dan saudara benar-benar dapat memberikan panduan dan pertolongan untuk mendapatkan dana kecemasan tersebut.

Tidak mungkin saya boleh mendapatkan dana ini di institusi kewangan lain kerana record credit saya yang tidak baik dan saya pekerja swasta. Saya sudah cuba mendapatkan pinjaman dari bank rakyat tetapi gagal kerana saya pekerja swasta tidak boleh membuat potongan gaji majikan.

Saudara, saya benar-benar ingin meminta bantuan untuk menyelesaikan masalah ini. Saya amat menghargai pertolongan saudara Khairulnahar. Saya benar-benar perlukan dana kecemasan untuk selesaikan hutang saya tapi di mana saya boleh mendapatkan dana tersebut?

Jutaan Terima kasih,
KK (Bukan Nama Sebenar)

JAWAPAN THINKERICH

Salam Sejahtera Tuan KK,

Pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada tuan kerana telah pun mempunyai kesedaran dan kesungguhan untuk menyelesaikan masalah hutang.

Berkaitan ‘Dana Kecemasan’, ingin saya nyatakan bahawa usaha mewujudkan dana kecemasan tidaklah boleh dilakukan dengan segera tanpa komitmen daripada diri kita sendiri.

Ianya memerlukan displin yang tinggi dan dana ini bukanlah digunakan untuk membayar hutang tetapi untuk digunakan di saat-saat kita amat memerlukan bagi mengelakkan diri kita daripada terus membuat hutang.

Dalam kes tuan, tiada cara lain yang lebih baik adalah dengan berhenti membuat hutang baru dan fokus ke arah menambahkan pendapatan bagi menghapuskan hutang piutang sedia ada.

Pastikan juga tuan menyediakan peruntukan khusus untuk perbelanjaan perlu seperti makan minum, bayar bil letrik dan air, bayaran sewa atau ansuran rumah. Ini keperluan asas…jangan sesekali abaikannya.

Untuk hutang sedia ada dan bagaimana untuk mengstrukturkan semula hutang, tuan boleh rujuk ‘Panduan Bebas Hutang’ tentang bagaimana caranya untuk menyelesaikannya.

Ebook Panduan Bebas Hutang disediakan sebagai panduan dan persediaan ke arah bebas hutang dan bukannya peghapusan hutang dalam sekelip mata.

Semoga dengan penjelasan yang di beri dapat membantu tuan menyelesaikan masalah yang sedang tuan hadapi.

Harapan saya semoga tuan berjaya mengatasi masalah kewangan tersebut.

Jika sekiranya tuan ingin mengetahui bagaimana kisah seorang penghutang yang telah berjaya membebaskan diri daripada hutang dan kini berjaya mendapat pendapatan sampingan 4 hingga 5 angka sebulan, tuan boleh rujuk di sini.

Salam kekayaan,

THINKERICH

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

8 Responses to “MASALAH HUTANG”

  1. ahmad bismi b ibrahim says:

    sy banyak hutang, sy xnampak jalan nak selesai kan mcm mana.

  2. Thinkerich says:

    ahmad bismi b ibrahim,

    Tuan perlu duduk bertenang…

    Perkara pertama perlu betulkan ‘mind setting’

    Betulkan kepercayaan tuan terlebih dahulu…

    Percaya yang tuan BOLEH Lakukannya…

    Kedua, tak nampak sebab belum usaha lagi..

    Macam orang yang rabun, tak nampak jadi mereka usahakan pakai cermin mata :)

    Jadi dalam hal tuan, perkara pertama cuba usahakan terlebih dahulu senaraikan semua jenis hutang…

    Bila dah senaraikan, tentu dah nampak kan yang mana hutang banyak , yang mana sikit, yang mana masih panjang tempohnya…

    Saya tak dapat bagi kesemua langkahnya di sini. Sebab itulah saya sediakan ebook Panduan Bebas Hutang.

    Segala-galanya telah saya nyatakan didalamnya, langkah demi langkah. Dapatkannya, Baca & Praktikkannya…

    Semoga berjaya …

  3. Salam sejahtera,

    saya terima surat saman dari bank yg mengatakan saya dipanggil ke mahkamah atas urusan kereta saya yg telah tertunggak 5 bulan.pihak bank belum dapat nak tarik kereta saya kerana kereta tersebut tidak berada ditangan saya kerana saya memajak kereta tersebut dengan kawan dengan berjanji akan mengambil semula kereta itu nanti.pihak bank telah menelefon dan saya telah berjanji dengan pihak bank yang saya akan membayar ansuran 3 bulan sekaligus.pada mulanya pihak bank telah menefon saya berulangkali menyuruh saya membayar tungakkan sebulan dahulu hinggalah 2bulan tetapi saya tidak dapat memenuhi permintaan tersebut kerana belum berkerja.setelah saya mula berkerja pihak bank menelefon lagi dan saya berjanji akan membayar tunggakan tersebut dan mereka mengatakan saya perlu membayar 3 bulan sekaligus kerana tungakkan kereta saya telah mencecah 5 bulan dan saya bersetuju.tiba-tiba saya mendapat surat saman dari bank yang mengatakan saya harus datang pada 24hb sept 2010 untuk hearing.saya tidak mempunyai ikhtiar lain melainkan membayar tungakkan tersebut penghujung bulan sept.Apa harus saya buat dengan surat saman tersebut.saya merasa amat runsing dengan keadaan ini.Ada beberapa pendapat yg saya terima mengatakan saya harus usaha membayar sebelum naik mahkamah kerana ia akan melibatkan kos yg tinggi nanti.saya memang berniat untuk membayar tetapi tarikh adalah pada penghujung bulan sept 2010 iaitu selepas tarikh saya dikehendaki hadir ke mahkamah.saya tidak mempunyai ikhtiar lain lagi.Apa harus saya buat.

  4. Thinkerich says:

    Norhisham,

    Hubungi pihak bank dan maklumkan kedudukan sebenar tuan. Maklumkan kepada mereka secara bertulis dan nyatakan yang tuan akan membuat bayaran penuh tunggakan tersebut..

  5. endy says:

    salam tuan,
    saya ada 2 htg dgn 2 bank.saya pening,tak tau nk byr mcm mane coz skrg sy tidak bekerja.1 htg dibuat oleh sy sendiri kononnya nk buat bisnes tp bisnes x jalan. htg kedua lak dibuat oleh ibu saudara saya ats nama sy.dia janji nk byr. tp smp skrg 1 sen pn x byr.hp pn dio off.sy pn xtau mcm mane blh terjebak.bank pun hari-hari call.saya takut sgt kalau kne naik mahkhamah dan blacklist.apa harus saya buat.

  6. thinkerich says:

    endy,

    Pada pandangan saya patut maklumkan perkara ini pada pihak bank terlebih dahulu tentang situasi sebenar. Maklumkan yang edy nak bayar tapi tak ada pendapatan tetap buat masa ini dan dalam masa yang sama cuba dapatkan khidmat bantuan AKPK. Mereka boleh bantu untuk kurangkan bayaran ansuran ikut kemampuan edy. Hubungi AKPK TALIAN BEBAS TOL 1800-88-2575

  7. al says:

    Saya ade masalah hutang dgn pihak bank berkenaan dgn kereta, kereta sy penah di tarik tetapi sy telah membayar kesemua hutang tertunggak itu, selepas sy bincang dgn pihak bank , pihak bank bersetuju utk mengurangkan tunggakkan itu,dan tunggakkan yg asal nye dari 4 bulan sekarang tinggal 1 bulan, so sy harus menunggu gaji sy keluar pada awal bulan berikut tetapi mereka telah menghantar satu surat mahkamah utk menamatkan perjanjian sewa beli dan memintak sy membayar ke semua tuggakan ( total balance ), ade kah sy boleh lagi berunding dgn pihak bank utk meneruskan perjanjian sewa beli ini atau mmg tiada cara lain dan sy haru membayar ke semua total hutang itu..terima kasih…harap dpt membantu

  8. mm says:

    Salam Tuan,

    Saya ada masalah hutang dengan moneylender, saya terlalu bingung kerana bunga yang mereka kenakan sebanyak 8%, saya meminjam dengan mereka pada masa itu atas sebab saya tidak dapat pinjam dengan bank dan kelayakan belum mencukupi kerana saya baru bekerja dan juga bekerja dengan swasta, sekarang saya bingung macam mana nak settle kan hutang dengan mereka walaupun sekarang saya dah dapat pinjam dengan bank tapi masih terdapat tunggakkan dan pinjaman saya dengan bank tidak mencukupi untuk melangsaikan hutang dengan moneylender. Harap dapat bantuan dan nasihat yang bernas dalam pemasalahan saya. Terima kasih.

  9. Wow! This blog looks exactly like my old one! It’s on a completely different
    subject but it has pretty much the same layout and design. Excellent choice of colors!

  10. vitabrain says:

    It’s really a great and helpful piece of info. I’m happy that you shared this helpful info with us.
    Please keep us up to date like this. Thank you for sharing.

  11. vitamin otak says:

    I think this is among the most vital info for me.
    And i am glad reading your article. But should remark on few general things, The website style is perfect, the articles is really
    nice : D. Good job, cheers

  12. martini says:

    Halo, semua orang, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada peminjam kredit yang benar-benar mengubah hidup saya kemiskinan dengan seorang wanita yang kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

    Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu sebanyak 400 juta, saya menjadi begitu terdesak untuk mendapatkan pinjaman dari pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada kawan saya untuk mendapatkan nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami membincangkannya dan kesimpulan yang kami berikan kepadanya tentang seorang wanita bernama Puan Theresa yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Theresa Loan.Company

    Saya memohon jumlah pinjaman (800 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, jadi pinjaman itu diluluskan dengan mudah tanpa tekanan dan semua persediaan dibuat atas pemindahan kredit, kerana hakikatnya ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 800 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan peminjam saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi keinginan hati saya.

    Ramai terima kasih kepada Puan Theresa untuk membuat kehidupan yang adil untuk saya, jadi saya cadangkan sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Ms. Theresa melalui e-mel Theresaloancompany@gmail.com untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendapatkan pinjaman anda,

    Jadi terima kasih banyak kerana anda mengambil masa anda untuk membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
    Saya bernama martini, anda boleh menghubungi saya untuk lebih banyak rujukan melalui e-mel saya: martinimarais1986@gmail.com atau fatma melalui feyzilfatma@gmail.com. terima kasih

Leave a Reply to thinkerich

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm