MASALAH HUTANG

SOALAN DARIPADA PEMBACA BLOG PEMIKIR KAYA

Salam sejahtera Sdr Khairulnahar,

Saya berminat dengan ebook panduan bebas hutang saudara dan bercadang untuk mendapatkannya hujung bulan ini.

Namun sebelum itu saya ingin meminta pendapat dari saudara tentang masalah saya ini.

Saya mempunyai hutang yang tertunggak selama setahun daripada 5 bank. Saya telah meminta pertolongan dari AKPK namun berhenti menggunakan khidmat AKPK kerana bayaran bulanan yang disyorkan oleh AKPK juga membebankan saya.

Saya melihat ringkasan ebook saudara dan saya benar-benar berharap agar ebook ini membantu menyelesaikan hutang saya. Jika dikira, saya mungkin mempunyai hutang tertunggak sebanyaK RM45,000.

Apa yang benar-benar saya perlukan sekarang ialah ‘DANA KECEMASAN’ untuk melangsaikan tunggakan hutang tersebut.

Bolehkah saudara menunjukkan cara bagaimana saya mendapatkan DANA KECEMASAN tersebut..sekarang saya sering diganggu oleh pengutip hutang.

Semestinya saya akan mengikuti panduan dalam ebook bebas hutang ini. Namun saya meminta pertolongan saudara untuk mendapatkan dana kecemasan untuk menyelesaikan/menstrukturkan kembali hutang saya dan bagi menggelakkan saya diisyhtiharkan muflis.

Dalam ringkasan ebook ini saya melihat salah satu point yang diketengahkan ialah di Bahagian 2 seperti berikut;
“Kenapa anda perlukan Dana Kecemasan dan mengapa anda perlukannya untuk membebaskan diri anda daripada masalah hutang?”

Saya harap ebook ini dan saudara benar-benar dapat memberikan panduan dan pertolongan untuk mendapatkan dana kecemasan tersebut.

Tidak mungkin saya boleh mendapatkan dana ini di institusi kewangan lain kerana record credit saya yang tidak baik dan saya pekerja swasta. Saya sudah cuba mendapatkan pinjaman dari bank rakyat tetapi gagal kerana saya pekerja swasta tidak boleh membuat potongan gaji majikan.

Saudara, saya benar-benar ingin meminta bantuan untuk menyelesaikan masalah ini. Saya amat menghargai pertolongan saudara Khairulnahar. Saya benar-benar perlukan dana kecemasan untuk selesaikan hutang saya tapi di mana saya boleh mendapatkan dana tersebut?

Jutaan Terima kasih,
KK (Bukan Nama Sebenar)

JAWAPAN THINKERICH

Salam Sejahtera Tuan KK,

Pertama sekali saya mengucapkan tahniah kepada tuan kerana telah pun mempunyai kesedaran dan kesungguhan untuk menyelesaikan masalah hutang.

Berkaitan ‘Dana Kecemasan’, ingin saya nyatakan bahawa usaha mewujudkan dana kecemasan tidaklah boleh dilakukan dengan segera tanpa komitmen daripada diri kita sendiri.

Ianya memerlukan displin yang tinggi dan dana ini bukanlah digunakan untuk membayar hutang tetapi untuk digunakan di saat-saat kita amat memerlukan bagi mengelakkan diri kita daripada terus membuat hutang.

Dalam kes tuan, tiada cara lain yang lebih baik adalah dengan berhenti membuat hutang baru dan fokus ke arah menambahkan pendapatan bagi menghapuskan hutang piutang sedia ada.

Pastikan juga tuan menyediakan peruntukan khusus untuk perbelanjaan perlu seperti makan minum, bayar bil letrik dan air, bayaran sewa atau ansuran rumah. Ini keperluan asas…jangan sesekali abaikannya.

Untuk hutang sedia ada dan bagaimana untuk mengstrukturkan semula hutang, tuan boleh rujuk ‘Panduan Bebas Hutang’ tentang bagaimana caranya untuk menyelesaikannya.

Ebook Panduan Bebas Hutang disediakan sebagai panduan dan persediaan ke arah bebas hutang dan bukannya peghapusan hutang dalam sekelip mata.

Semoga dengan penjelasan yang di beri dapat membantu tuan menyelesaikan masalah yang sedang tuan hadapi.

Harapan saya semoga tuan berjaya mengatasi masalah kewangan tersebut.

Jika sekiranya tuan ingin mengetahui bagaimana kisah seorang penghutang yang telah berjaya membebaskan diri daripada hutang dan kini berjaya mendapat pendapatan sampingan 4 hingga 5 angka sebulan, tuan boleh rujuk di sini.

Salam kekayaan,

THINKERICH

Be Sociable, Share!

KJ

Khairulnahar a.k.a KJ merupakan seorang blogger (www.PemikirKaya.com) dan Internet Marketer yang aktif menyediakan informasi berbentuk pendidikan kewangan dan motivasi. Mula bergiat aktif dan menceburkan diri dalam perniagaan internet tempatan sejak tahun 2007. Kemahiran beliau adalah berkongsi idea-idea pengurusan wang dan menulis produk informasi kewangan sama ada di blog, ebook dan buku. Sehingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku (termasuk dalam proses penerbitan) dan lebih 20 ebook yang membincangkan tentang pengurusan kewangan peribadi dan motivasi kekayaan & kewangan diri. Beliau juga merupakan seorang Konsultan Kewangan yang ditauliahkan sebagai Affiliate Registered Financial Planner (Affiliate RFP) oleh Majlis Perancang Kewangan Malaysia atau Malaysian Financial Planning Council (MFPC).

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Your email address will not be published.