Salam pembaca blog pemikirkaya!
Sejak dari minggu lalu hinggalah ke minggu ini, para pelajar sekolah begitu riang…
Apa taknya musim cuti sekolah mereka bermula…
Selain daripada pelajar sekolah yang amat menanti-nantikan musim cuti ini, pasangan pengantin juga turut menantikan musim cuti persekolahan ini…

Iyelah..pada musi cuti sekolah inilah, ramai yang mengambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan mereka dan sudah pastilah kerja kahwin ni tak lengkap kalau tak diadakan kenduri kahwinnya yang ‘grand’ dan meriah…
Sepanjang tempoh 2 minggu yang lalu saya menerima lebih daripada 10 jemputan kahwin, sampai ada suatu masa 3 hingga 5 jemputan dalam sehari…ada yang dah ‘back dated’, ada yang sempat dan ada yang tak sempat…untuk saya hadiri…MAAF
Apa yang dapat diperhatikan, perjalanan majlis perkahwinan cukup meriah sekali! Ada yang melangsungkannya mengikut ekonomi keluarga dan tak kurang juga yang ‘melampaui’ kemampuan ekonomi keluarga dan juga pasangan pengantin…
Hai…nasiblah badan…
Kadang-kadang kebanyakan keluarga yang melangsungkan majlis perkahwinan ni nampaknya agak boros dalam berbelanja.
Iyalah dah menjadi trend masa kini, majlis perkahwinan diadakan di hotel-hotel dengan perbelanjaan kostum yang mewah…
Gembiranya hanya sehari dua tetapi bebanan yang ditanggung akibat hutang yang tinggi bag menampung majlis tersebut boleh menjadi igauan ngeri buat pasangan dan keluarga pengantin..
Dalam perkahwinan, Islam memberi perhatian istimewa terhadap majlis kenduri kahwin.
Ianya pada dasarnya bertujuan untuk mengumumkan kepada masyarakat suatu ikatan pernikahan telah berlangsung dalam keluarga.
Oleh itu, dalam menjalankan kerja majlis perkahwinan ini haruslah bersederhana.
Maka tak perlulah dicemari sesuatu majlis dengan perkara yang bercanggah dengan syariat Islam seperti mengadakan kenduri besar-besaran , boros berbelanja hingga memberikan kesan kepada keadaan kewangan di kemudian hari, membuat pinjaman bank dan berhutang dengan jumlah yang besar semata-mata kerana menurut nafsu!
Berpada-padalah…
Kelak nanti ada yang masih terus menanggung beban hutang perkahwinan mereka yang dah berusia lebih 10 tahun yang lalu..
Keadaan akan menjadi bertambah parah apabila kos sara hidup meningkat, anak-anak membesar, keperluan bertambah…faedah hutang pinjaman perkahwinan pun turut bertambah sama!
Jadi beringatlah, jangan sesekali menjebakkan diri anda (bagi yang belum berkahwin) ke dalam kancah hutang yang menyiksakan.
Fikirkan masa depan, rancang kewangan untuk kehidupan masa lalu, hari ini dan masa depan!
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 







