Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

OD ASB

SOALAN DARIPADA PEMBACA BLOG PEMIKIR KAYA

Salam..

Saya ada baca dalam forum2 d internet pasal overdraf…
boleh saya tahu apa komen saudara tentang OD ASB ni?
terima kasih..

Imma (Bukan nama sebenar :) )

JAWAPAN THINKERICH

Terima kasih kerana bertanya Cik Puan Imma,

OD adalah salah satu bentuk kemudahan pinjaman yang diberikan kepada para pelanggan terutamanya para usahawan…

Dalam perancangan kewangan ini, ada banyak strategi dan ‘Mazhab’nya…

Ada yang berteraskan penjimatan dan simpanan,

Ada yang berteraskan perlindungan,

Ada yang berteraskan pelaburan,

Ada yang berteraskan manipulasi alat atau produk kewangan,

Ada yang memberikan penekanan yang komprehensif danĀ  menyeluruh..

Dan pelbagai lagi..

Bagi saya, OD adalah suatu bentuk kemudahan pinjaman…

Selagi ianya adalah pinjaman, maka sudah pasti anda akan terikat dengan perjanjian pinjaman yang mana anda perlu membayar faedahnya..

Mungkin tujuannya adalah untuk mendapatkan lebihan perbezaan di antara faedah dividen ASB setiap tahun dengan kadar faedah OD yang lebih rendah..

Tapi harus diingat tiada jaminan ASB akan kekal memberi pulangan yang tinggi sepanjang masa..dan tiada jaminan faedah OD rendah setiap masa…

Harus diingat juga, kemudahan OD yang ada bukan untuk berbelanja sesuka hati (bab ini yang ramai ‘fail’ nih), displin perlu tinggi…

Apa yang penting kita faham apakah tujuan dan kenapa kita perlukan OD-ASB ini dalam perancangan kewangan kita.

Jadi sebelum kita bertindak merancang dan mengambil keputusan untuk menggunakan sesuatu produk kewangan itu, kita perlu benar-benar faham apa yang kita lakukan ke atas wang kita.

Prinsip saya dalam perancangan kewangan,

“Melabur menggunakan Wang Lebihan bukannya melalui wang pinjaman”

Sekiranya anda mendapatkan nasihat daripada seseorang, cuba tanya mereka apakah prinsip dalam perancang kewangan mereka?

Perancang kewangan profesional mempunyai PRINSIP mereka tersendiri bagi menjamin kepentingan para pelanggannya…

Harap dapat membantu..

Salam kekayaan,

Khairulnahar a.k.a THINKERICH

p.s : Kemudahan OD boleh digunakan sebagai alat kewangan yang baik jika sekiranya kita mempunyai displin yang baik, dan faham serta tahu menggunakan dengan cara yang betul. Malangnya ramai yang mendapatkannya tak jelas akan tujuan dan kegunaannya, akibatnya ramai yang mula terbeban dengan masalah hutang!

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “OD ASB”

  1. Wida says:

    Salam semua

    Untuk download OD Tracker – tool untuk manage OD dan interest.. silalah melawat ke blog saya.. EmasdanTanah.com

    Wida
    http://www.emasdantanah.com
    Nota pelaburan emas dan hartanah

  2. Thinkerich says:

    Wida,

    Terima kasih kerana berkongsi tools yang bagus..

    p/s:

    Hmmm..tarik traffic dan kumpul mailing list nampaknya :)

  3. hazmona says:

    salam tuan,

    saya nak tanya, katakan jika saya nk buat loan rumah dlm pertengahan tahun ini. dan rumah tersebut adelah rumah second hand, dlm range harga below 90k, so saya tak nak buat loan yg sgt panjang tempohnya. saya plan utk buat loan 11 tahun sahaja, katakan dengan kadar BLR 5.5%, dan d/payment 9900, saya kena bayar monthly rm812.
    buat masa sekarang ni, mmg lebihan wang saya selepas tolak semua perbelanjaan, hutang kereta dan simpanan tetap, tinggal rm400 sahaja. tapi if saya yakin saya boleh dpt lagi rm412 tu dr sumber2 lain yg tak dinyatakan secara jelas kpd pihak bank (ie: part time bisnes, affiliate income (saya baru daftar utk jd affiliate tuan)), adakah selalunya pihak bank akan luluskan appl. semacam ini?
    dan adakah bank akan luluskan appl. utk pekerja swasta yg belum confirm? utk pengetahuan tuan, saya telah bekerja selama 6 tahun dgn track rekod tidak pernah diberhentikan atau tiada pendapatan melebihi 2 bulan (pihak bank boleh check pd EA form saya).
    saya plan mcm ni kerana 2 sebab : 1) loan kereta saya akan langsai dlm masa 2 tahun lagi, jd by that 2-years-time, saya akan ada lebihan wang rm640 in hand. 2) rumah yg bakal saya beli tu bukan utk saya dan suami duduk, cuma utk dijadikan rumah sewa.
    harap tuan dpt bg pendapat, dan kalo boleh ke email saya : hijau.oren@gmail.com
    tks =)

    rgds,
    hijauoren (bukan nama sebenar =))

    • Thinkerich says:

      Untuk mendapatkan pinjaman, pihak bank perlukan bukti pendapatan yang jelas seperti penyata akaun bank yang menunjukkan ada pendapatan tambahan lain yang mampu digunakan untuk bayar pinjaman yang akan dibuat. Biasanya untuk 3 bulan sebelumnya…

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm