Salam pembaca PemikirKaya!
Saya banyak mendengar komen dan ulasan seperti berikut:-
“ASB tak boleh compare dengan Unit Trusts..”
Dan, hakikatnya saya SETUJU!
Setuju yang macamana?
Begini maksud saya, ASB itu sebenarnya adalah Unit Trusts, jadi kenyataan bahawa ianya tak boleh nak dibandingkan adalah tepat!
Ini kerana ASB adalah salah satu dana Unit Trust(Unit Amanah) dalam kategori pendapatan yang diuruskan oleh kerajaan melalui Permodalan Nasional Berhad(PNB), manakala Unit Trusts itu sendiri pula adalah produk atau alat pelaburan kewangan jangka masa panjang, yang diuruskan oleh pengurus dana kerajaan seperti PNB dan pengurus dana swasta seperti Public Mutual (ada lebih kurang 38 pengurus dana unit amanah swasta di Malaysia).
Setakat ini saya harap pembaca semua faham.
Namun begitu, dana ASB masih boleh dibuat perbandingan dengan dana Unit trust dalam kumpulan atau jenis yang sama iaitu mana-mana produk unit trusts dana pendapatan dari mana-mana pengurus dana unit trusts swasta.
Ada yang buat pelbagai analogi seperti perbandingan ciku dan durian …
Tetapi bagi saya adalah lebih tepat jika kita buat perbandingan di antara penjual ciku dengan penjual ciku, dan penjual durian dengan penjual durian itu sendiri…
Masing-masing menjual produk yang sama tetapi bezanya dari segi harga dan kualiti..
Samalah juga dalam produk unit trust ini, masing-masing ada jual pelbagai bentuk produk dan dana, maka seharusnya dibandingkannya dari kumpulan yang sama.
Banyak konsultan unit trust buat perbandingan pulangan di antara ASB dari jenis dana pendapatan dengan dana mereka dari jenis ekuiti pertumbuhan modal..
Sudah pasti sememangnya dalam jangkan masa panjang dana ekuiti pertumbuhan modal memberikan pulangan yang lebih tinggi..
Bagi saya tidak salah untuk menunjukkan perbandingan tersebut tetapi harus dijelaskan ianya adalah suatu PILIHAN yang kita ada sama ada untuk melabur dalam dana pendapatan atau pertumbuhan modal.
Sebab utama kita melabur untuk mendapatkan pulangan yang optimum! Bukannya untuk mendapatkan kerugian!
Jadi kita perlu faham apakah tahap penerimaan risiko, sebab tak semua orang mempunyai tahap penerimaan yang sama.
Ada yang inginkan jaminan modal, ada yang inginkan pulangan yang sederhana dan tak kurang pula yang inginkan keuntungan yang maksimum!
Rumusannya, semua orang mempunyai matlamat kewangan yang berbeza-beza dan perlu disesuaikan berdasarkan matlamat mereka. Tak boleh pakai pukul rata aje..!
Jadi jika anda ingin melabur, tak kira sama ada dalam unit trust atau pelaburan lain, ambil kira PERANCANGAN kewangan anda dan bukannya produk kewangan…
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 








Secara peribadinya 100% saya setuju dgn pandangan tersebut
kopiah,
Terima kasih tuan
Terima kasih atas artikel
yang dikongsikan ini…
Memang benar sebaiknya kita
harus melihat perancangan
& matlamat kewangan yang ingin
dicapai sebelum membuat sesuatu
pelaburan…
Kita juga harus memahami kadar
pulangan & risiko setiap
pelaburan…