Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

PERLUKAH SAYA MEMBUAT PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEMULA?

Salam pembaca blog pemikir kaya!

Ada yang bertanya saya, perlukah mereka  membuat pembiayaan perumahan semula (‘refinance’)?

Jawapan saya : Bergantung kepada keadaan kewangan semasa dan keperluan mereka.

Ini kerana pertimbangan utama yang perlu diberikan dalam membuat pembiayaan semula ialah apakah kos yang terlibat.

Seperti yang kita semua sedia maklum, apabila membuat pinjaman perumahan, kita telah membelanjakan jumlah yang besar untuk pinjaman pertama seperti membayar yuran pemprosesan, yuran guaman, fi setem dan yuran pemindahan hakmilik.

Pembiayaan semula bermakna kita perlu mengulangi pembayaran caj-caj yang sama sekali lagi.

Sebelum kita bercadang untuk membiayai semula, kita perlu memastikan bahawa penjimatan kadar faedah rendah adalah mencukupi untuk mengatasi keseluruhan kos yang berkaitan dengan pembiayaan semula, termasuk caj penalti, jika ada.

Kebanyakan peminjam terikat dengan syarat dan terma dan menunggu sehingga tarikh luput “locked-in period” untuk membuat Pembiayaan Perumahan Semula.

Ini kerana sekiranya kita mempunyai pinjaman perumahan melebihi 5 tahun, berkemungkinan besar kita menanggung pembayaran pinjaman dengan kadar faedah yang lebih tinggi dari kadar pinjaman asas atau BLR semasa yang ditawarkan oleh kebanyakan institusi kewangan.

Terdapat banyak pakej Pembiayaan Perumahan Semula yang kompetatif di pasaran terutama yang meliputi kos-kos pembiayaan semula menjadikan ianya sebuah pelaburan yang amat terkesan pada bila-bila masa dalam jangka hayat pinjaman perumahan, bukan sahaja untuk mengurangkan jumlah pembayaran bulanan dan menjimatkan wang dalam jangka masa panjang malah memberi keanjalan dalam pengurusan wang anda.

Jadi persoalannya di sini, “Mengapa Perlu Pembiayaan Perumahan Semula?”

Sebab utama ialah untuk mengurangkan kadar faedah semasa, pembayaran bulanan dan/atau tempoh pinjaman.

Kita mungkin mahu mengurangkan jumlah pembayaran setiap bulan supaya kita boleh menyimpan dalam produk-produk pelaburan.

Jika kita berfikir Kadar Pinjaman Asas akan naik, kita mungkin ingin membuat pembiayaan semula dengan Kadar Tetap.

Mungkin juga kita ingin membuat pembiayaan semula kerana nilai hartanah yang kita miliki telah meningkat dan dengan itu kita ingin mengambil kelebihan equity hartanah untuk dana tambahan ataupun pelaburan lain.

Antara sebab yang selalu terlepas pandang untuk membuat pembiayaan semula perumahan adalah mengemaskini deposit dan hutang untuk pengurusan aliran kewangan yang lebih baik.

Pembiayaan Semula adalah langkah pertama dalam mengemaskinikan pengurusan kewangan kita. Jika kita membayar faedah yang amat tinggi untuk kad kredit dan overdraf, kita mungkin mahu melangsaikan sedikit hutang ini sebagai simpanan untuk jangka masa panjang.

Pakej Pinjaman Perumahan menjadi semakin kompetitif dewasa ini dengan menawarkan pengiraan faedah (interest) asas harian yang jauh lebih menjimatkan berbanding asas bulanan dan kemudahan pra-pembayaran dan ulangan pengeluaran untuk penjimatan dari jumlah faedah yang dibayar atas pinjaman semasa.

Jadi jika kita ingin membuat pembiayaan semula atau ‘refinance’, ambil kira dan pertimbangkan apa yang telah kita bincangkan di atas.

Semoga ianya dapat membantu.

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “PERLUKAH SAYA MEMBUAT PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEMULA?”

  1. Assalamualaikum Thinkerich.
    Terima kasih info bermanfaat ini. Sangat berguna pada saya memandangkan saya juga ingin memberli rumah satu masa nanti.

  2. thinkerich says:

    Waalaikumussalam

    Terima kasih kembali, semoga ianya bermanfaat untuk semua

  3. ishak abdul rahman says:

    assalamualaikum…lain yang dirancang lain pula yang terjadi..satu kesilapan diri yang sukar utk dimaafkan,kononnya refinance rumah utk settle kad kredit dan buat pelaburan tapi disebabkan pindah rumah baru duit tu habis dlm satu minggu untuk perabut dan renovation..tak lah banyak mana ..+- 31k..akhirnya kad kredit still menjadi beban saya skrg ni.dan utk 31k tu kena settle with in 8 yrs (rm400 per month)…pening2 memikirkannye.hutang lain pun banyak lagi ni…pls advice.tq

  4. thinkerich says:

    ishak abdul rahman,

    Jadikan kesilapan ini sebagai satu pengajaran…kekadang kita lebih mudah dipengaruhi oleh kemahuan emosi …

    Apa yang boleh saya sarankan di sini, tuan perlu bertenang dan senaraikan kesemua hutang satu persatu…

    kemudian kaji faedah/interest yang dikenakan bagi setiap hutang tersebut

    susun daripada yang paling tinggi interestnya ke yang paling rendah..

    kemudian cuba fokus untuk hapuskan hutang satu persatu..

    yang paling penting tuan perlu dapatkan pendapatan tambahan untuk selesaikan masalah hutang..

    itu sahaja yang boleh saya sarankan..

    InsyaAllah, untuk gambaran yang lebih terperinci saya ada nyatakan dalam ebook terbaru saya nanti..

    Harap dapat membantu tuan.

  5. ishak abdul rahman says:

    terima kasih diatas nasihat dan saranan tuan…

  6. Thinkerich says:

    Ishak Abdul Rahman,

    Terima kasih kembali :)

  7. dobit127 says:

    hutang…. item yang ada pada hampir setiap orang terutamanya orang kaya….

    bagi sesetengah orang, hutang ini membebankan dan menyusahkan (xde sape paksa suruh ambil) dan bagi sesetengah orang yang lain hutang ini satu rahmat…terpulang kepada para penggunanya bagaimana untuk memanafaatkan alat tersebut…

    so, tt…kasi komen sikit..

  8. Thinkerich says:

    dobit127,

    Hmm…memang xde sape paksa suruh ambil hutang… tapi ramai yang dah TERPAKSA berhutang untuk terus hidup :(

  9. aleeya mikael says:

    salam

    saya kurang faham cara pengiraan untuk refinance rumah ni..mcm mane die boley berkurang dari segi monthly repayment..boley terangkan detail x?

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm