Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

PINJAMAN PELABURAN ASB, BAIK ATAU TIDAK?

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Saya rasa tertarik dan nak bagi juga pandangan tentang perkara ini yang mula dicetuskan semula oleh Sabri dan diikuti oleh Pakdi…walaupun dah banyak sangat perkara ni bincangkan dalam forum dan diperdebatkan baik dan buruknya, tak kurang pula yang sediakan formula, kiraan dan unjuran serta prestasi lalu ASB ni..

Persoalannya “Pinjaman Untuk ASB, Berbaloikah?” Tanya saudara Sabri Saifulsham

Lalu saudara Pakdi tampil dengan kiraan Pinjaman Untuk Melabur di ASB

Saya rasa semua yang mengikuti perbincangan daripada blog mereka berdua tentu dah dapat buat pertimbangan baik atau buruknya Skim Pembiayaan ASB nih…

Tapi dalam blog saya kali ini, tidaklah saya bercadang untuk ulas perkara tersebut semula.

Cumanya nak bagi pandangan tentang perkara ini dari sudut pandangan dan fikiran saya.

Bagi saya, adalah lebih baik anda simpan sendiri daripada membuat pinjaman ASB, jika sekiranya :-

Anda mempunyai AZAM yang kuat untuk melihat wang simpanan anda terus berkembang biak sehingga mencapai matlamat sasaran anda.. sebagai contoh nak target sampai had maksima RM200K kemudian lepas tu…biarkan ianya terus berkembang..

Jangan diusik walaupun satu sen pun…!

Masalahnya ramai yang tidak merancang kewangan dengan betul…akibatnya;

Apabila jumlah simpanan ASB mereka dah mula berkembang, NAFSU dan Kemahuan mereka turut berkembang untuk membelanjakannya…

Kesudahannya, matlamat tak tercapai…

Pi Mai Pi Mai Tang Tu…!

Inilah modal utama kakitangan bank gunakan untuk pengaruhi customer mereka supaya buat pinjaman pelaburan ASB dengan mereka..katanya;

“Kalau anda simpan sendiri(potongan gaji atau simpan secara berkala), nanti dah cukup banyak wang simpanan ASB, anda boleh keluarkan jumlahnya…!

Tetapi jika anda buat pinjaman, sijil pelaburan tersebut tidak boleh ditebus selagi belum tamat tempoh pembiayaannya…! Kalau simpan RM100K pinjam 10 tahun, pada tahun ke 10 anda dah ada RM100K…dividen yang diterima setiap tahun jangan diusik, ini akan membantu mengurangkan ansuran wang dari poket anda bagi bayaran berikutnya..”(erks..! ini pun sama juga, siapa boleh jamin ada tak usik bayaran dividen tersebut ;) ! )

Jika anda simpan sendiri dalam ASB, tetapkannya sebagai Tabung Pesaraan anda. Simpan dan lupakannya..kalau dah sampai masanya barulah buka buku simpanan ASB…

Itulah objektif asalnya – untuk sediakan Tabungan bagi kaum bumiputera yang ‘fail’ sikit bab tabung menabung ni…tapi bab pecah tabung ni memang cukup HEBAT! :)

Yang penting rancang dulu wang anda. Sediakan dana -dana khusus untuk menampung keperluan dan kemahuan anda secara tersusun. (Saya ada nyatakan kaedah ini dalam Buku 7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang terbitan TrueWealth).

Jangan usik, kacau dan ganggu wang tabungan ASB anda!

INGAT! Tak boleh diusik…kalau diusik meranalah masa depan persaraan anda :(
Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

22 Responses to “PINJAMAN PELABURAN ASB, BAIK ATAU TIDAK?”

  1. sal says:

    Sebenarnya ramai orang tidak tahu hakikat sebenar Pinjaman Peribadi (Personal Loan) ni. Kalau personal loan itu dikira secara straight-calculation (seperti pinjaman kereta yang mempunyai fixed-interest), interest sebenar yang dicaj tidak sama dengan interest yang dipamerkan.

    Pinjaman untuk 5 tahun pada 7.05%
    Interest sebenar pada kadar APR = 12.6%

    Pinjaman untuk 7 tahun pada 7.55%
    Interest sebenar pada kadar APR = 13%

    Walaupun nama pinjaman Islamik, pengiraan semua cara konvensional. Masalahnya, walaupun di dalam surat perjanjian ada tercatat interest sebenar dikira mengikut APR (Annual Percentage Rate), sesetengah bank tidak telus dengan TIDAK menyatakan kadar interest sebenar ini semasa berurusan dengan pelanggan. Sebaliknya mereka mengguna published rate 7.05% & 7.55% sehingga membuatkan pelanggan seperti anda menyangka mendapat faedah pinjaman peribadi yang rendah seperti pinjaman ASB Loan yang berasaskan kadar BLR 7%.

    Kalau melabur ke ASB guna personal loan pada kadar interest 12-13% setahun, dan duit itu tadi dilabur dalam ASB yang cuma beri 7-8% setahun, nampak seperti tidak rasional. Sebaik-baik pelaburan adalah guna duit sendiri, dan bukannya dengan duit yang dipinjam (duit hutang).

    Katakanlah anda pinjam RM 10,000 pada kadar 7.05% untuk 5 tahun. Interest sebenar 12.6% dan bayaran bulanan adalah RM 226 . Jumlah pembayaran selepas 60 bulan = RM 13,560.

    Simpan duit RM10,000 itu dalam ASB yang beri faedah 7% setahun. Selepas 5 tahun, ia menjadi RM 14,025, dengan syarat dividen ASB dilabur semula.

    Keuntungan yang anda dapat selepas 5 tahun bersusah payah bayar pinjaman
    = RM 14,025 – RM 13,560 = RM 465 sahaja.

    Alternatively, kalau anda simpan RM226 sebulan dalam ASB yang beri 7% setahun untuk 5 tahun,
    Total Contribution = RM 13,560
    Total Investment Value selepas 5 tahun menabung = RM 16,274.

    As you can see, menabung dengan duit sendiri sebenarnya lebih untung, kerana pulangan lebih tinggi dan pulangan tersebut anda dapat bersih, tanpa disapu oleh pihak bank melalui interest yang dikenakan ke atas pinjaman peribadi ada. Masalah disiplin atau tidak, sebenarnya adalah isu peribadi. Mengapa bila berhutang boleh disiplin bayar RM226 sebulan tanpa gagal, sedangkan jika menyimpan RM226 sebulan anda akan dapat lebih dari itu?

  2. jj says:

    Untung sebenarnya kalau buat pinjaman ASB ni:

    Pinjaman: 50000 Tempoh: 15 tahun

    Interest Rate: 7.5% Ansuran: 463 ASB Dividen: 7%

    Kes 1: Guna dividen
    Dividen: 3500 / 12 = 351
    Bayar Bank: (463-351) x 12 x 15 = 20,160 (money from my pocket)
    Jumlah wang selepas 15thn: 50,000
    Melabur sendiri (112/month): Slps 15 thn = 33,773 (with the same amount from our pocket)
    Untung: 50000 – 33773 = 16,227

    Kes 2: Tak sentuh dividen
    Bayar Bank: 463 x 12 x 15 = 83,340 (money from my pocket)
    Jumlah wang selepas 15thn: 137,951
    Melabur sendiri (463/month): Slps 15 thn = 139,616 (with the same amount from our pocket)
    Untung: 137951 – 139616 = -1665 (rugi !!!)

    Interest Rate: 4.5% Ansuran: 382 ASB Dividen: 7%

    Kes 1: Guna dividen
    Dividen: 3500 / 12 = 351 (money from my pocket)
    Bayar Bank: (395-351) x 12 x 15 = 7,920
    Jumlah wang selepas 15 tahun: 50,000
    Melabur sendiri (44/month): Slps 15 thn = 13,268
    Untung: 50000 – 13268 = 36,732

    Kes 2: Tak sentuh dividen
    Bayar Bank: 395 x 12 x 15 = 71,100 (money from my pocket)
    Jumlah wang selepas 15 tahun: 137,951
    Melabur sendiri (395/month): Slps 15 thn = 119,111 (with the same amount from our pocket)
    Untung: 137951 – 119111 = 18,840.00

  3. fadzildom says:

    pada pandangan saya:
    kita gunakan keduanya:
    1)pinjaman jangka panjang yg mana hanya perlu membayar ansuran tahun pertama sahaja.cuma pastikan jumlah ansuran bagi pinjaman tidak melebihi jumlah dividen yg diterima setiap tahun.
    Konsepnya mudah.Pada akhir pinjaman tamat,kita akan mendapat sekurang2nya principal/pokok.
    Jangan ambil kira bank akan turut membuat untung di sini.Mmg matlamat bank ialah membuiat untung.Cuma di sini kita perlu lihat ianya sebagai satu Win Win situation.Dan principal tu adalah duit tabungan kita semasa tua.

    2)Pada tahun kedua pula,kita tidak perlu lagi membayar untuk pinjaman tadi disebabkan dividennya telah digunakan untuk membayar ansuran bulanan.Maka di sini kita mulalan untuk MENABUNG sendiri secara bulanan

    Kenapa perlu kita bertekak untuk menyatakan untung atau tidak?
    Pada pandangan saya,jika kita membuat pinjaman untuk jangka pendek memang kurang menguntungkan.
    Fahamilah konsep pinjaman yg sy nyataka pada no (1) di atas.Apa yg di ‘target’kan ialah mendapat prinsipal (dan sedikit rollover bagi dividen) pada akhir tempuh matang pinjaman.So faktor pendapatan dividen membayar balik bayaran bulanan adalah penting,dan modal yg dikeluarkan hanyalah bayaran pinjaman pada tahun pertama sahaja.

    Sama2 lah kita bijak dengan menggunakan kedua cara tersebut SERENTAK
    semuga bejaya.amin

  4. de says:

    pinjaman asb adalah baik…..
    bank untung …
    kita pun untung…
    bank kaya…interest semakin berkurang…

    bagi yang banyak hutang dan tiada simpanan…. sebaik-baiknya buat pinjaman asb…

  5. Thinkerich says:

    De,

    Hmm…yang banyak hutang dan tiada simpanan adalah lebih baik bayar dan jelaskan hutang terlebih dahulu dan mulakan buat simpanan…jangan tambah beban hutang dulu…

  6. Baby-Cun says:

    simpan sediri la lagi baik. yang penting NIAT dan AZAM kita untuk menabung. Jangan kayakan bank …

  7. Thinkerich says:

    Baby Cun,

    Ramai yang kayakan bank sebab mereka miskin…

    Miskin idea, miskin ilmu, miskin pengetahuan, dan miskin kewangan…

    Orang kaya menjadi kaya sebab mereka Bijak menggunakan kemudahan Bank bukannya menjadi mangsa kepada produk bank…

  8. aspirasi02 says:

    Saya sokong aper yang diperbincangkan oleh Thinkerich. Sapa x nak kaya, even saya sendiri pun la ni asyik dok mencari peluang mana yang boleh kita apply untuk tambah kan pendapatan dengan keuntungan yang maksima+kerugian yang minima. Even tentang strategi pinjaman untuk asb. puas orang2 bank contact nak offer tu nak offer nie.. sumer nyer jenis minta kita buat loan dgn harapan kita akan diberikan pulangan keuntungan yang berlipat ganda.. katanyer..

    tetapi hakikatnyer.. disebalik tawaran sumer2 tu.. lebih kepada keuntungan pihak org lain (more on bank site).. memang kita akan dpt untung gak.. dan dalam hal ini lak .. kita nampak mcm kita pentingkan diri kita saja.. at least win win situation.. bank untung dulu.. lepas 10, 30, 30 tahun kita lak yg untung..

    tapi, adakah kita ketahui.. kemampuan, keupayaan, kewangan kita ketika ini (proses sedang memberi untung kepada bank).. adakah kita mampu nak buat pembayaran yang telah ditetapkan dlm perjanjian yang kita dah tandatangani ketika pinjaman asb kita pohon dulu?.. hakikatnya cara hidup kita ketika ini.. masing2 agak terhad… nak bayar pinjaman PTPTN pun asyik dok sangkut.. lagi kan nak bayar bende yang kita kira umpama.. gali lubang kubur untuk kita masuk dlm tu then kita tanam diri kita dlm tu..

    fikirkan kan lah..

  9. puzi says:

    pinjam asb ni yang difikirkan elok bayaranya menggunakan hasil sebahagian gaji bulan tetap (ikut kemampuan diri sendiri)dengan cara ini kita dapat menabung hasil dari pada gaji yg di peruntukan utk bayaran balik pinjaman asb dgn bank.Tetapi kalau kit fikirkan bayaaran bali pinjaman melalui pendapatan bonus dan dividen tahun ke 2 pinjaman ,cara ni di anggap PI MAI PI MAI TANG TU.

  10. herry says:

    bayar pinjaman melalui pendapatan diveden tahun ke2 pinjaman dianggap pi mai pi mai tang tu,cuba lak dividen jgn ambik dan tambahkan lg dengan duit tunai sendiri dlm 500 tiap2 bln(sape yg mampu la),byar loan 500 sbln tambah lg 500 =1000,agak2 untung ke rugi?(ini bg org2 yg x mau berpindah kepelaburan lain la);),ni kira nk dividen besar la ujung taun,simpan sndiri + loan=????,entah la,any idea….

  11. zana says:

    Saya telah buat ASB Loan 200,000 awal january lepas.
    tempoh 19 tahun.
    sebulan bayar 1380.
    sila analisa.

  12. lantoi says:

    Salam bagi saya pinjaman ASB yg perlu dibuat mestilah yg berasaskan Islamic yg terdapat di Maybank setakat ini. Pinjaman ASB untung atau rugi adalah bergantung kepada BFR dan return ASB itu sendiri. Sekarang ni BFR Maybank 6.3% tolak dengan 1.65 so jadi 4.65% adelah kos pinjaman. Kita ambil average ASB ni aderlah dalam 7% setahun belum masuk bonus lagi jadi 7% tolak 4.65 bezanya 2.35% . So inilah yg dikatakan untung! tak payah pening pening nak kira-kira.

    Kalau u buat loan (pastikan Islamic) tau. ADIOZZ

  13. zam says:

    Salam, marilah menyimpan dgn affin bank, nama product maxx saver dimension, minimum dividen 12.8% gerenti setiap tahun dr saving anda. islamic poduct. investment byk dibuat dgn petronas, TNB, UEM, IJM. Hubungi saya utk mngetahui lbh lnjut. skang ni dividen berada pd 15.5%….

  14. sayela says:

    salam. mengikut pihak bank kalo kita taknak menyimpan sampai 25 tahun pun takper..dalam tahun ke-6 bleh dah terminate..cuma disini, dividen tahunan dikira berdasarkan berapa kita pinjam bukan berapa kita simpan..kira byk jugk tu dapat..kalo pinjam 100k dptla 8k dividen..nih mengikut yg pihak bank bagitau la..kalo salah bagitau yerr

  15. lantoi says:

    Saudara Thinkerich pernahkah anda meminjam pinjaman asb ni kalau ader boler beri atas dasar rasional ape dan kalau tidak pun nak tau mengapa. sekadar pertanyaan. tq

  16. syahid says:

    salam..
    maaf mengganggu dan betul kan saya jika salah..
    bukan kah ASB loan ni baik untuk jangka masa panjang? maksud saya yang membuat pinjaman lebih dari 20 tahun… cuba kira betul betul kerana bayaran bulanan untuk pinjaman melebihi 20 tahun kurang dari dividen yang kita dapat…
    so, bg pendapat saya loan ASB ini sesuai untuk orang muda berusia bawah 30.. betulkan saya jika ada silap.. tq.

  17. wow says:

    untung ke tidak,saya dah buat loan asb ni RM180,000,kalau nk pikir pasal buruk ke baik,= byk kot,ore yang kondem loan asb tu…gerenti ke 20thn lg ada cash RM200,000,kita yang buat loan ni at least ada kemungkinan….

  18. saya says:

    Hujung tahun, yang buat loan dapat dividen..yang kata rugi xdap pape..

  19. MOHD KANAL HARUN says:

    Salam,
    Ingin tahu lebih lanjut penjelasan
    0193859686

    -Ori msg-
    Salam, marilah menyimpan dgn affin bank, nama product maxx saver dimension, minimum dividen 12.8% gerenti setiap tahun dr saving anda. islamic poduct. investment byk dibuat dgn petronas, TNB, UEM, IJM. Hubungi saya utk mngetahui lbh lnjut. skang ni dividen berada pd 15.5%….

  20. jijah says:

    sy mbru bt loan ngan maybank..pujuk punye pujuk akhirnye termkn juga…rm200k bayaran balik 10 tahun..monthly 2218..
    cam rugi jer bila dikora balik…seblm ni buat simpanan sdn dah mencecah rm 85k…tetiba ade utang..rase cam beban lak…dah byr ngan bank 14 bln..31k…pandangan plz…

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm