Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

Pinjaman Perumahan Kerajaan VS Housing Loan Bank

SOALAN PEMBACA

Soalan :

Salam..
Boleh kah saudara memberi sedikit tips berkaitan masalah berkaitan..

1. Saya adalah kakitangan kerajaan, adakah berbaloi jika saya membeli rumah dgn menggunakan loan gov contoh :membeli rumah berharga rm150k

2. Jika saya ingin membuat loan bank..apakah ciri2 yang perlu saya teliti dan bank manakah yg saudara ketahui amat beruntung jika membuat loan perumahan.

Terima kasih

Maswan (Bukan Nama Sebenar)

Jawapan Thinkerich :

Salam,

Jika saudara adalah kakitangan kerajaan, adalah amat berbaloi menggunakan kemudahan pinjaman kerajaan. Ini kerana faedah pinjaman berkadar tetap pada kadar 4% amatlah baik dan tidak ditawarkan oleh mana-mana institusi kewangan yang lain.

Pada masa yang sama kaedah pengiraan faedahnya pula berdasarkan ‘baki pinjaman tertunggak pada kadar baki yang berkurangan’ dan ini amatlah menguntungkan kakitangan kerajaan yang menggunakan kemudahan ini. Sekiranya berpeluang guna kemudahan pinjaman perumahan kerajaan, dapatkannya kerana ianya amat berbaloi…

Jika ingin memilih pinjaman perumahan dari institusi kewangan, pastikan ianya menggunakan kadar harian atau ‘daily rest’ yang mana pengiraan faedahnya dikira ke atas ”reducing balance”.
Biasanya kadar faedahnya dikira berdasarkan BLR semasa yang pasti turun dan naik mengikut ekonomi semasa yang pastinya kadar faedahnya lebih tinggi berbanding pinjaman perumahan kerajaan yang dikenakan pada kadar tetap 4% sepanjang tempoh pinjaman.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan faedah pinjaman  boleh dapatkan Buku Bajet Wang atau Ebook Panduan Bebas Hutang.

Semoga ianya dapat membantu..

THINKERICH

———————————————————————————————————————————

Mengenai Penulis

Khairulnahar a.k.a Thinkerich merupakan seorang blogger dan Internet Marketer yang aktif menyediakan informasi berbentuk pendidikan kewangan dan motivasi.

Mula bergiat aktif dan menceburkan diri dalam perniagaan internet tempatan sejak tahun 2007.

Kemahiran beliau adalah berkongsi idea-idea pengurusan wang dan menulis produk informasi kewangan sama ada di blog, ebook dan buku.

Sehingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku (termasuk dalam proses penerbitan) dan lebih 20 ebook yang membincangkan tentang pengurusan kewangan peribadi dan motivasi.

Beliau juga merupakan seorang Konsultan Kewangan yang ditauliahkan sebagai Affiliate Registered Financial Planner (Affiliate RFP) oleh Majlis Perancang Kewangan Malaysia atau Malaysian Financial Planning Council (MFPC).

*Nota Penting: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan penulis mengenai Khairulnahar a.k.a Thinkerich di atas tidak dibuang.

Semua Artikel Di Blog Ini Adalah Hakcipta Terpelihara (c) PemikirKaya.com.

Tidak boleh digunakan tanpa kebenaran terlebih dahulu.


Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

31 Responses to “Pinjaman Perumahan Kerajaan VS Housing Loan Bank”

  1. Mohd. Noor says:

    ..satu kandungan yang bermanfaat dan berharga
    bagi se siapa pun yang dahagakan maklumat yang
    jarang jarang di dedah kan seperti ini

  2. Salam pemikir kaya..
    Apa yang dimaksudkan dengan 4%? Adakah faedah tahunan atau faedah dari jumlah pinjaman?

  3. Tey says:

    Kini, pinjaman bank yang mengamalkan “reducing balance” dengan BLR-, nampaknya lebih menjimatkan daripada pinjaman perumahan kerajaan 4%. Jika mempunyai sejumlah wang dan simpan dalam akaun, nampaknya lebih faedahnya adalah kurang dan boleh menlangsaikan hutang pada masa yang tetap, adakah ini kenyataan yang benar?

    • Thinkerich says:

      Hai Tey,

      Kita perlu tengok pada kadar asasnya juga…

      Setakat ini, pinjaman kerajaan adalah lebih baik sebab kadar asasnya 4% dan TETAP sepanjang tempoh pinjaman. Kaedah kiraannya reducing balance…boleh juga bayar lebih daripada ansuran bulanan yang telah ditentukan oleh pihak Pinjaman Perumahan Kerajaan tetapi kena bincang dan maklumkan kepada mereka terlebih dahulu.

      Bagi Housing Loan Bank, Sekarang ini Mei 2011 kadar asas atau BFR atau BLR berada pada sekitar 6.60% dan tidak menentu naik turunnya…bila ekonomi baik BLR akan terus dinaikkan oleh Bank Negara…bagi kawal inflasi

  4. loges says:

    helo bro Thinkerich…
    saya bercadang nak wat loan perumahan kerajaan untuk rumah 2nd hand…masalah sekarang ni,geran masih atas nama pemaju lagi..S&P atas nama owner…adakah ini akan menimbulkan masalah dalam kelulusan pinjaman?????

  5. Thinkerich says:

    Loges,

    Ya, sudah pasti…Sila berhubung dengan Bahagian Pinjaman Perumahan untuk maklumat lanjut.

  6. housing loan says:

    Beberapa kawan-kawan saya telah mendapat dengan kadar faedah yang sangat rendah deng Pinjaman Perumahan Kerajaan, saya fikir jika berunding betul, orang ramai boleh mendapatkan kadar faedah yang rendah juga.

  7. reena says:

    hi, saya inigin beli rumah..pinjaman di bank mana kah paling bagus bagi saya sebagai kakitangan kerajaan.terima kasih

  8. thinkerich says:

    Reena,
    kakitangan kerajaan sebaiknya dapatkanlah loan kerajaan

  9. Stanley Goh says:

    Salam 1Malaysia

    Berita Baik Untuk Kakitangan Kerajaan

    Kami ingin bawa kepada perhatian semua kakitangan kerajaan mengenai Skim Pinjaman Ubahsuai Rumah anjuran MOF.

    Sekian dan terima kasih kepada Thinkerich yang telah banyak berbudi kepada kita semua.

  10. Terima kasih atas perkongsian yang menarik ni! :)

  11. Faizah says:

    Salam..
    Mr. Thinkerich, saya bercadang nak buat rumah atas tanah sendiri menggunakan housing loan bank. adakah betul tindakan saya? atau adakah lebih berbaloi menggunakan loan peribadi untuk membina rumah atas tanah sendiri, kerana bank x akan tanya apa nak dibuat dgn duit dipinjam tu…

    tq :)

  12. thinkerich says:

    Salam Faizah,

    Apa perancangan sebenar Faizah berbuat demikian boleh maklumkan pada saya terlebih dahulu sebelum saya berikan pandangan saya…

  13. wan says:

    Saya adalah kakitangan awam. Rumah yang saya beli ngan pemaju baru siap tetapi belum dapat cf lg. Bekalan elektrik dh ada. Bekalan air pula dh ada n pemaju pasang / guna air boring.Saya jg telah membuat loan kerajaan untuk rumah trsbut.Jumlah pinjaman yang telah saya buat adalah sbnyak RM 200,000.00 ribu.

    Persoalannya.. jka saya ingin menjual rumah tu sekarang tanpa belum sempat dudukinya , macammana cara yang paling menguntungkan saya n tidak membebankan pembeli rumah yang akan membeli rumah saya itu ?

  14. wan says:

    untuk makluman saudara Thinkerich, potongan gaji saya untuk pembayaran rumah tersebut dah berjalan bulan Oktober 2011 yang lalu. T/ Ksh

  15. wan says:

    dan bagaimanakah proses untuk jual rumah tersebut.t/ksh

  16. ikmal says:

    adakah loan kerajaan memerlukan bayaran muka pendahuluan

  17. zan says:

    salam, sy nk mntk pndapat…rmh skrg loan bank (dh 5thn),brcdg utk refinance sbb dlu interest 8%,mn baik sy refinance bank lain@ke gov loan terus..baki lbh kurang rm160K?? tq

    THINKERICH Reply :

    Salam Zan,

    Pastikan refinance dengan mendapatkan kadar interset lebih rendah dengan mencari BLR- daripada bank yang dibuat perbadingan terlebih dulu, sekurang-kurangnya 3 bank.

    Jika boleh tukar Goverment loan lagi baik…. sbb ianya adalah yang terbaik pada kadar tetap 4% reducing balance term..

  18. johari says:

    gaji tingal 850.layak ke loan nk beli rumah rm130k?

  19. zie says:

    Saya nak minta pendapat disini. saya ada buat pinjaman peribadi dan potongan dalam gaji pun ada.sekaang nk beli rumah pulak. Loan rumah dia kira kelayakan macam mana yer?adakah mengambil kira gaji bersih kita atau mengambil kira gaji kasar lagi?

    terima kasih

  20. Nur says:

    Salam..

    Saya & suami bercadang membuat rumah dlm masa terdekat ini. Tanah itu adlh ats nama suami ttpi blum buat pecah lot lg..setelah berunding dgn jurukur, kmungkinan sukar utk memperoleh geran drp pecah lot krna melibatkan ruang jlan.

    ia menyebabkan mslah kpd kami wpun sy & suami kakitangan kerajaan..apa penyelesaian utk kami membuat pinjman prumhan lbh kurng 250k?lg satu, adkh tepat jika sya & suami mmbuat loan bersama & menggunakan sbhagian kwsp kami utk minimize pnjman peribadi?

  21. iwamsa says:

    saya bekerja badan berkanun..gaji sy tingal 1280 je lg..klu bt loan kerajaan berapa limit yang sy dapt??..klu boleh sy x nak bt deposit..nak full loan terus..untuk makluman sy dah ada loan ngn koperasi 20k..agk2 berapa limit sy mampu dpt ngn loan gov?..

    ** tgh plan beli umah yang pertama**

  22. iwan says:

    Saya kakitangan kerajaan. Dah beli rumah guna loan bank. Loan kerajaan tak guna lagi. Ape perancangan yang terbaik untuk saya gunakan loan kerajaan ni dari segi pelaburan..adakah beli rumah 2nd dan sewakan atau beli tanah dan usahakan? Atau ade cadangan yang lebih baik?

  23. clara alderman says:

    Hello, saya Mrs.Clara, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang seumur hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda? Anda telah ditolak oleh bank-bank dan institusi kewangan lain? Kami memberi pinjaman wang kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau yang memerlukan wang untuk membayar bil-bil, untuk melabur dalam perniagaan pada kadar 2%. Jadi hubungi kami hari ini melalui e-mel di: claraloans@financier.com

  24. Jane Oluda says:

    Melalui kesukaran dan memerlukan bantuan kewangan untuk

    * pinjaman korporat
    * individu atau pinjaman peribadi
    * pinjaman perniagaan
    * pinjaman pendidikan

    Anda boleh menghubungi kami dengan email ini: janeoluda@outlook.com dengan maklumat di bawah untuk memproses permohonan anda untuk sekurang-kurangnya € 5000 kepada jumlah maksimum € 50000000 pada kadar 2% tanpa cagaran atau pemeriksaan keselamatan.

    * Nama:
    * Alamat:
    * negara:
    * telefon:
    * umur:
    * pekerjaan:
    * kedudukan diadakan di tempat kerja:
    * Jumlah pinjaman:
    * Tempoh pinjaman:
    * Tujuan pinjaman:
    * Pendapatan bulanan:

    Yang benar,
    Jane Oluda
    CEO / MD
    Rumah kewangan Jane Oluda (JOFH).

  25. mark says:

    Adakah anda sedang mencari bantuan kewangan, Adakah anda sangat memerlukan bantuan kewangan? Syarikat Carvajal Kewangan di sini untuk memberikan anda jumlah pinjaman meminta kepada kamu akan dapat membayar balik pinjaman. Kami menyediakan pinjaman pada kadar faedah sebanyak 2%. Anda boleh hubungi kami untuk apa-apa jenis pinjaman. Untuk maklumat lanjut e-mel kepada kami dan memohon pinjaman ini melalui (markander121@gmail.com).

    Nama Penuh: ………………………
    Jumlah yang diperlukan: ………………………
    Tempoh apabila anda akan membayar balik pinjaman: ………………………
    Negara: ………………………
    Jantina: ………………………
    Nombor telefon ……………..
    …………… Pendapatan Bulanan
    Bekerja …………………….
    City …………………………………
    Umur ………………………………….

    Setelah maklumat ini diterima oleh syarikat itu, pemprosesan pinjaman anda akan bermula dengan serta-merta.
    hubungi kami melalui e-mel markander121@gmail.com

  26. Mrs Angela says:

    TAWARAN PINJAMAN UNTUK SEMUA (MEMOHON SEKARANG)

    Adakah anda seorang ahli perniagaan atau perempuan? Adakah anda dalam mana-mana tekanan kewangan? adakah anda memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda mempunyai pendapatan yang rendah dan sukar untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank tempatan dan institusi kewangan lain? Jawapan: Di sini, Christiana Anderson Firma Pinjaman adalah jawapannya. Kami menawarkan;

    a) pinjaman peribadi, pengembangan perniagaan.
    b) Perniagaan Mula-up dan pendidikan.
    c) penyatuan hutang.
    d) Pinjaman Wang Hard.

    Walau bagaimanapun, kaedah kami menawarkan kemungkinan untuk menunjukkan jumlah pinjaman yang diperlukan dan juga jangka masa yang anda mampu untuk menyelesaikan pembayaran balik pinjaman dengan kadar faedah sebanyak 2%. Ini memberikan peluang sebenar untuk mendapatkan wang yang anda perlukan anda. Calon yang berminat perlu menghubungi kami melalui: angeladavidsloan@gmail.com

  27. Abdulsalam says:

    Keamanan, rahmat dan nikmat Tuhan kepada kamu, Adakah anda memerlukan bantuan kewangan dalam apa jua bentuk? Pinjaman peribadi? Pinjaman Perniagaan? Pinjaman gadai janji? Kewangan dan projek pertanian? Kemudian email kami sekarang untuk mendapatkan kelulusan cepat, dengan kadar faedah yang rendah @ 3% .: ronniefinance@hotmail.com

  28. Stahl Loans says:

    TAWARAN PINJAMAN UNTUK SEMUA (MEMOHON SEKARANG)
    Adakah anda seorang ahli perniagaan atau perempuan? Adakah anda dalam mana-mana tekanan kewangan? adakah anda memerlukan wang untuk memulakan perniagaan anda sendiri? Adakah anda mempunyai pendapatan yang rendah dan sukar untuk mendapatkan pinjaman dari bank-bank tempatan dan institusi kewangan lain? Jawapan: Di sini, Stahl Kristian Firma Pinjaman adalah jawapannya. Kami menawarkan;

    a) pinjaman peribadi, pengembangan perniagaan.
    b) Perniagaan Mula-up dan pendidikan.
    c) penyatuan hutang.
    d) Pinjaman Wang Hard.

    Walau bagaimanapun, kaedah kami menawarkan kemungkinan untuk menunjukkan jumlah pinjaman yang diperlukan dan juga jangka masa yang anda mampu untuk menyelesaikan pembayaran balik pinjaman dengan kadar faedah sebanyak 2%. Ini memberikan peluang sebenar untuk mendapatkan wang yang anda perlukan anda. Calon yang berminat perlu menghubungi kami melalui:
    E-mel: stahlchristianloanfirm@gmail.com
    Telefon: 678-856-6859

  29. Stahl Loans says:

    Hello, saya Encik Stahl, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberikan pinjaman peluang seumur hidup. Adakah anda memerlukan pinjaman segera untuk membayar hutang anda atau anda memerlukan pinjaman untuk meningkatkan perniagaan anda? Anda telah ditolak oleh bank-bank dan institusi kewangan lain? Adakah anda memerlukan pinjaman penyatuan atau gadai janji? mencari lebih banyak kerana kita berada di sini untuk membuat semua masalah kewangan anda satu perkara yang telah lalu. Kami memberi pinjaman wang kepada individu yang memerlukan bantuan kewangan, yang mempunyai kredit yang buruk atau yang memerlukan wang untuk membayar bil-bil, untuk melabur dalam perniagaan pada kadar 2%. Saya mahu menggunakan medium ini untuk memberitahu anda bahawa kami memberikan bantuan yang boleh dipercayai dan benefisiari dan akan bersedia untuk menawarkan pinjaman.
    Walau bagaimanapun, kaedah kami menawarkan kemungkinan untuk menunjukkan jumlah pinjaman yang diperlukan dan juga jangka masa yang anda mampu untuk menyelesaikan pembayaran balik pinjaman dengan kadar faedah sebanyak 2%. Ini memberikan peluang sebenar untuk mendapatkan wang yang anda perlukan anda.
    Jadi hubungi kami hari ini oleh E-mel: stahlchristianloanfirm@gmail.com

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm