Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

Pinjaman Perumahan Kerajaan VS Housing Loan Bank

SOALAN PEMBACA

Soalan :

Salam..
Boleh kah saudara memberi sedikit tips berkaitan masalah berkaitan..

1. Saya adalah kakitangan kerajaan, adakah berbaloi jika saya membeli rumah dgn menggunakan loan gov contoh :membeli rumah berharga rm150k

2. Jika saya ingin membuat loan bank..apakah ciri2 yang perlu saya teliti dan bank manakah yg saudara ketahui amat beruntung jika membuat loan perumahan.

Terima kasih

Maswan (Bukan Nama Sebenar)

Jawapan Thinkerich :

Salam,

Jika saudara adalah kakitangan kerajaan, adalah amat berbaloi menggunakan kemudahan pinjaman kerajaan. Ini kerana faedah pinjaman berkadar tetap pada kadar 4% amatlah baik dan tidak ditawarkan oleh mana-mana institusi kewangan yang lain.

Pada masa yang sama kaedah pengiraan faedahnya pula berdasarkan ‘baki pinjaman tertunggak pada kadar baki yang berkurangan’ dan ini amatlah menguntungkan kakitangan kerajaan yang menggunakan kemudahan ini. Sekiranya berpeluang guna kemudahan pinjaman perumahan kerajaan, dapatkannya kerana ianya amat berbaloi…

Jika ingin memilih pinjaman perumahan dari institusi kewangan, pastikan ianya menggunakan kadar harian atau ‘daily rest’ yang mana pengiraan faedahnya dikira ke atas ”reducing balance”.
Biasanya kadar faedahnya dikira berdasarkan BLR semasa yang pasti turun dan naik mengikut ekonomi semasa yang pastinya kadar faedahnya lebih tinggi berbanding pinjaman perumahan kerajaan yang dikenakan pada kadar tetap 4% sepanjang tempoh pinjaman.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan faedah pinjaman  boleh dapatkan Buku Bajet Wang atau Ebook Panduan Bebas Hutang.

Semoga ianya dapat membantu..

THINKERICH

———————————————————————————————————————————

Mengenai Penulis

Khairulnahar a.k.a Thinkerich merupakan seorang blogger dan Internet Marketer yang aktif menyediakan informasi berbentuk pendidikan kewangan dan motivasi.

Mula bergiat aktif dan menceburkan diri dalam perniagaan internet tempatan sejak tahun 2007.

Kemahiran beliau adalah berkongsi idea-idea pengurusan wang dan menulis produk informasi kewangan sama ada di blog, ebook dan buku.

Sehingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku (termasuk dalam proses penerbitan) dan lebih 20 ebook yang membincangkan tentang pengurusan kewangan peribadi dan motivasi.

Beliau juga merupakan seorang Konsultan Kewangan yang ditauliahkan sebagai Affiliate Registered Financial Planner (Affiliate RFP) oleh Majlis Perancang Kewangan Malaysia atau Malaysian Financial Planning Council (MFPC).

*Nota Penting: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan penulis mengenai Khairulnahar a.k.a Thinkerich di atas tidak dibuang.

Semua Artikel Di Blog Ini Adalah Hakcipta Terpelihara (c) PemikirKaya.com.

Tidak boleh digunakan tanpa kebenaran terlebih dahulu.


Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

18 Responses to “Pinjaman Perumahan Kerajaan VS Housing Loan Bank”

  1. Mohd. Noor says:

    ..satu kandungan yang bermanfaat dan berharga
    bagi se siapa pun yang dahagakan maklumat yang
    jarang jarang di dedah kan seperti ini

  2. Salam pemikir kaya..
    Apa yang dimaksudkan dengan 4%? Adakah faedah tahunan atau faedah dari jumlah pinjaman?

  3. Thinkerich says:

    Khairoolnizam,

    Faedah daripada jumlah pinjaman keseluruhan.

  4. Tey says:

    Kini, pinjaman bank yang mengamalkan “reducing balance” dengan BLR-, nampaknya lebih menjimatkan daripada pinjaman perumahan kerajaan 4%. Jika mempunyai sejumlah wang dan simpan dalam akaun, nampaknya lebih faedahnya adalah kurang dan boleh menlangsaikan hutang pada masa yang tetap, adakah ini kenyataan yang benar?

  5. Thinkerich says:

    Hai Tey,

    Kita perlu tengok pada kadar asasnya juga…

    Setakat ini, pinjaman kerajaan adalah lebih baik sebab kadar asasnya 4% dan TETAP sepanjang tempoh pinjaman. Kaedah kiraannya reducing balance…boleh juga bayar lebih daripada ansuran bulanan yang telah ditentukan oleh pihak Pinjaman Perumahan Kerajaan tetapi kena bincang dan maklumkan kepada mereka terlebih dahulu.

    Bagi Housing Loan Bank, Sekarang ini Mei 2011 kadar asas atau BFR atau BLR berada pada sekitar 6.60% dan tidak menentu naik turunnya…bila ekonomi baik BLR akan terus dinaikkan oleh Bank Negara…bagi kawal inflasi

  6. loges says:

    helo bro Thinkerich…
    saya bercadang nak wat loan perumahan kerajaan untuk rumah 2nd hand…masalah sekarang ni,geran masih atas nama pemaju lagi..S&P atas nama owner…adakah ini akan menimbulkan masalah dalam kelulusan pinjaman?????

  7. Thinkerich says:

    Loges,

    Ya, sudah pasti…Sila berhubung dengan Bahagian Pinjaman Perumahan untuk maklumat lanjut.

  8. housing loan says:

    Beberapa kawan-kawan saya telah mendapat dengan kadar faedah yang sangat rendah deng Pinjaman Perumahan Kerajaan, saya fikir jika berunding betul, orang ramai boleh mendapatkan kadar faedah yang rendah juga.

  9. reena says:

    hi, saya inigin beli rumah..pinjaman di bank mana kah paling bagus bagi saya sebagai kakitangan kerajaan.terima kasih

  10. thinkerich says:

    Reena,
    kakitangan kerajaan sebaiknya dapatkanlah loan kerajaan

  11. Stanley Goh says:

    Salam 1Malaysia

    Berita Baik Untuk Kakitangan Kerajaan

    Kami ingin bawa kepada perhatian semua kakitangan kerajaan mengenai Skim Pinjaman Ubahsuai Rumah anjuran MOF.

    Sekian dan terima kasih kepada Thinkerich yang telah banyak berbudi kepada kita semua.

  12. Terima kasih atas perkongsian yang menarik ni! :)

  13. Faizah says:

    Salam..
    Mr. Thinkerich, saya bercadang nak buat rumah atas tanah sendiri menggunakan housing loan bank. adakah betul tindakan saya? atau adakah lebih berbaloi menggunakan loan peribadi untuk membina rumah atas tanah sendiri, kerana bank x akan tanya apa nak dibuat dgn duit dipinjam tu…

    tq :)

  14. thinkerich says:

    Salam Faizah,

    Apa perancangan sebenar Faizah berbuat demikian boleh maklumkan pada saya terlebih dahulu sebelum saya berikan pandangan saya…

  15. wan says:

    Saya adalah kakitangan awam. Rumah yang saya beli ngan pemaju baru siap tetapi belum dapat cf lg. Bekalan elektrik dh ada. Bekalan air pula dh ada n pemaju pasang / guna air boring.Saya jg telah membuat loan kerajaan untuk rumah trsbut.Jumlah pinjaman yang telah saya buat adalah sbnyak RM 200,000.00 ribu.

    Persoalannya.. jka saya ingin menjual rumah tu sekarang tanpa belum sempat dudukinya , macammana cara yang paling menguntungkan saya n tidak membebankan pembeli rumah yang akan membeli rumah saya itu ?

  16. wan says:

    untuk makluman saudara Thinkerich, potongan gaji saya untuk pembayaran rumah tersebut dah berjalan bulan Oktober 2011 yang lalu. T/ Ksh

  17. wan says:

    dan bagaimanakah proses untuk jual rumah tersebut.t/ksh

  18. ikmal says:

    adakah loan kerajaan memerlukan bayaran muka pendahuluan

  19. vitamin otak says:

    Hey There. I found your blog using msn. This is an extremely well written article.

    I will make sure to bookmark it and come back to read more of your useful information.
    Thanks for the post. I’ll definitely return.

Leave a Reply to wan

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm