Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

RM17 BILLION DIHANTAR KELUAR?

Salam pembaca PemikirKaya!

Ahkbar tempatan semalam melaporkan bahawa RM17 Billion wang negara dihantar keluar pada tahun lalu sahaja.

Bayangkan jumlahnya aliran keluar yang sebegitu besar mampu menggugat kestabilan nilai matawang dan juga ekonomi negara ini!

Tetapi saya ingin tanyakan anda satu soalan, Tahukah anda siapakah penyumbang utama kepada aktiviti ini?

Sebelum saya menjawab bagi pihak anda, ingin saya bawa anda merenung kata-kata ini;-

“Hidup di Malaysia cukup mewah! Dengan gaji bulanan saya RM900.00 sebulan saya sentiasa boleh hantar ‘uang’ ke Indonesia”, kata salah seorang pembantu kedai warga Indonesia.

“Setiap bulan saya kirimkan RM800.00 ke Indonesia, dan saya hanya belanjakan RM350.00 sebulan untuk menampung kos hidup saya di sini”, kata salah seorang Buruh binaan yang enggan namanya disiarkan.

Lihat, anda sendiri dapat rasakan sendiri betapa DISPLINnya mereka menguruskan kewangan mereka setiap bulan.

Dengan matlamat dan komitmen yang tinggi ke atas setiap sen yang mereka perolehi mereka manfaatkannya untuk SIMPANAN untuk dihantar pulang ke negara asal mereka.

Mereka boleh hidup dengan baik dan mewah di bumi Malaysia bahkan mampu pula menjana kedudukan ekonomi yang baik untuk keluarga mereka walaupun pendapatan mereka tidak seberapa.

Cuba bayangkan jika anda juga mencontohi sikap dan tabiat menyimpan sepertimana para pekerja asing ini, saya yakin dan percaya anda mungkin tidak lagi mengalami masalah kewangan di masa hadapan..!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Pelajari Minda, Strategi dan Teknik Kekayaan 8 Ikon Jutawan Malaysia!
Kini, ikon usahawan Jutawan, Jurulatih Jutawan, Jutawan MLM, Jutawan Senyap, Jutawan Berani Gagal dan Jutawan Internet mendedahkan strategi SEBENAR DAN SATU-SATUNYA CARA bagaimana ANDA boleh mencapai kejayaan dalam bidang kewangan dengan cepat!

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “RM17 BILLION DIHANTAR KELUAR?”

  1. azmi says:

    Saya setuju dengan anda. Rakyat Malaysia khasnya orang melayu masih lagi tidak dapat menyesuaikan diri dengan tabiat menabung. Wang gaji yang diterima setiap bulan habis dibelanjakan. Tapi, untuk ikut nasihat Robert Kiyosaki supaya kita menabung dulu baru belanja atau bayar hutang, saya masih lagi terkial-kial utk follow. Memang bagus tapi memerlukan kekuatan mental yg hebat untuk tahan dugaan dan masalah yg datang.

  2. Thinkerich says:

    Azmi,

    Ramai di kalangan Kita terus ‘terkial-kial’ kerana tidak BERTINDAK…’just do it’

  3. mustika says:

    bila matawang kita mengalir ke luar seperti yang di sebut tu, apa patut kita rasa? kita boleh saja kata biasalah tu. untuk saya terfikir apa akan jadi 10-20 tahun akan datang. dengan keadaan ekonomi global yang sekarang ni kurang menentu, ditambah dengan politikal isu…. tak mustahil nanti orang malaysia akan ke negara luar pulak tuk jadi ‘maid’@cari rezeki. maklum le kat negara sendiri dah macam jadi penumpang. alang-alang gi menumpang kat negara yang matawang dia tinggi. mungkin taraf hidup boleh dibaikpulih.

  4. Thinkerich says:

    mustika,

    Harapan saya perkara sebegitu tidak terjadi pada rakyat Malaysia…pada masa akan datang…

  5. Karto says:

    Tak sama..
    Mereka tiada keperluan seperti kita, rumah, kereta dsb. Kebanyakan maid hidupnya ditanggung majikan. Gaji bersih. Manakala yg kerja luar pulak, contohnya pembantu kedai makan, main sapu je kedai makan halal ke tak.
    Kalau lihat sekeliling, hampir semua pembantu kedai makan non-halal menggunakan pembantu Indonesia. Bila tanya diorang (pembantu), dia jawab, “daging je haram, kuah tak..”

    Sendiri mau pikir la.

    Aku pun keja negara orang. hih..hih..

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm