Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

SAVERS ARE LOSERS…

Salam pembaca blog pemikirkaya…

Apa khabar? Agak lama saya tak bersama pembaca sekalian…

Saya mohon maaf kerana sepanjang minggu lalu saya agak sibuk dengan kehadiran ahli keluarga baru :)

hingga tak berkesempatan untuk kemaskini blog ini..

Baiklah kali ini saya akan mengupas satu topik yang tak kurang hebatnya…”Savers are losers”

Sesiapa yang pernah membaca karya dan tulisan daripada penulis buku siri ‘Rich Dad’ – Robert T. Kiyosaki pasti sedia maklum ungkapan ini.

Apakah yang dimaksudkan oleh Kiyosaki?

Ramai yang tidak pernah membaca bukunya dan sekadar menerima bulat-bulat ungkapan tersebut pasti keliru dan membuat tanggapan yang salah.

Benarkah? Menyimpan itu merugikan???

Jawapannya = Mungkin ya dan mungkin tidak!

Kita mungkin akan mengalami kerugian jika kita terus menerus menyimpan di tempat yang salah.

Sebab itu dalam ebook Tips Bagaimana Hendak Mengurus Wang Dengan Lebih Efektif saya ada menerangkan dengan jelas dan terperinci di manakah kita perlu simpan wang kita?

Ianya menjadi rugi kerana wang yang kita simpan hari ini, dalam masa 5 hingga 10 tahun akan datang akan kehilangan dari segi kuasa belinya.

Nilai mukanya biarpun masih sama tetapi nilai atau kuasa belinya sudah pasti akan mulai berkurangan!

RM1,000 pada hari ini adalah jauh bernilai daripada 5 atau 10 tahun akan datang!

Semua ini terjadi disebabkan oleh kesan INFLASI yang  meragut nilai kuasa beli ke atas wang kita.

Sekiranya kita menyimpan di tempat yang hanya memberi pulangan keuntungan di bawah paras kadar inflasi, maka kita sememangnya akan RUGI!

Jika kita simpan di tempat yang hanya berikan pulangan 2% setahun sedangkan kadar inflasi adalah 4% setahun, sudah tentu kita akan rugi.

Jadi kita perlu carikan tempat yang boleh berikan pulangan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi.

Oleh itu, menyimpan akan menjadi rugi jika kita simpan semata-mata, sebaliknya jika kita tahu cara sebenar, kita boleh gunakan simpanan tersebut untuk dilaburkan dalam unit trust, hartanah mahu pun emas yang menjanjikan pulangan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi semasa.

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “SAVERS ARE LOSERS…”

  1. azezul says:

    betul tu bro…

  2. Hadi says:

    Terima kasih. Kini baru saya sedari akan hakikat simpanan yang sebenar. :mrgreen:

  3. Thinkerich says:

    Hadi,

    Terima kasih kembali :)

  4. zool says:

    Lama tak singgah sini.. Terkejut juga baca tajuk tadi.. yang penting tempat yang memberi pulangan yang berbaloi kan?

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm