Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

SAYA TIDAK KAYA! PERLUKAH SAYA MERANCANG KEWANGAN SAYA?

Salam pembaca blog pemikirkaya dot com!

Baru-baru ini ketika saya menjalankan seminar kewangan kepada kakitangan awam, salah seorang daripada mereka bertanyakan saya;

“Saya Tidak Kaya! Perlukah Saya Merancang Kewangan Saya?”

“Bukankah mereka yang ada banyak harta sahaja yang perlu merancang kewangan?”, soalnya lagi dengan penuh tanda tanya.

“Oh, tidak! Semua orang perlu merancang kewangan!”, jawab saya ringkas.

“Tidak kira sama ada anda kaya atau tidak, berpendapatan sederhana mahu pun cukup-cukup makan sahaja, adalah perlu untuk anda merancang kewangan anda semua!”, jelas saya lagi.

Lihat, masyarakat kita hari ini! Mereka masih kurang faham betapa pentingnya perancangan kewangan dalam kehidupan mereka.

Maka tidak hairanlah jikalau terlalu ramai yang menghadapi masalah kewangan dalam hidup mereka!

Anda perlu rancang kewangan anda sekiranya anda ingin bebas daripada masalah kewangan.

Anda tidak perlu menunggu untuk memilki harta yang banyak atau telah menjadi kaya baru anda ingin merancang kewangan!

Apakah anda mampu untuk menjadi kaya jika sekiranya anda gagal untuk merancang kewangan anda?

Sebaliknya jika anda tidak merancang kewangan anda adalah lebih mudah untuk anda kekal berada pada tahap sederhana bahkan mungkin boleh berada pada tahap miskin jika anda gagal menyelesaikan masalah kewangan dengan betul!

Jika anda kini berada pada tahap miskin atau pun sederhana, maka saranan saya anda perlulah merancang kewangan daripada sekarang! Merancang dan mengurus kewangan anda adalah jalan terbaik untuk merubah kedudukan kewangan anda!

Jika sekiranya anda masih kabur dan tidak jelas bagaimanakah caranya untuk mengatasi masalah kekurangan wang anda, saya sarankan anda dapatkan panduannya dengan KLIK DI SINI

Semoga anda semua beroleh keupayaan dan kemampuan untuk merancang dan memperbaiki kedudukan kewangan anda!

Salam Kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm