Assalammualaikum & Salam sejahtera,
Tahukah tuan-puan? Jika kita ingin memastikan wang kita sentiasa mencukupi, maka kita sebenarnya tak perlu berhutang!
Ini kerana jika kita berhutang, secara tidak langsung ianya akan mengurangkan jumlah wang yang ada pada kita.
Tahu tak kenapa?
Sudah tentulah kerana kita perlu membayar dengan jumlah yang lebih besar daripada nilaian sebenar hutang yang telah kita lakukan!
Justeru itu, jika sekiranya tuan-puan telah membaca ebook Panduan Wang Gaji (yang sedang Hangat diperkatakan kini
, saya amat menyarankan untuk tuan-puan memulakan dan menyediakan Tabung Impian dalam perancangan bajet tuan-puan setiap bulan.
Dengan kaedah agihan yang saya tunjukkan dalam ebook tersebut, sebenarnya kita tidak perlu lagi membuat sebarang pinjaman atau hutang, sama ada dalam jangka masa pendek, sederhana mahu pun panjang. (Jika sekiranya tuan-puan masih belum memiliki ebook ini boleh dapatkannya DI SINI
Tuan-puan, sebenarnya berbelanja melalui kaedah berhutang sebenarnya lebih menguntungkan pihak penjual.
Apaila tuan-puan berhutang, ianya bermakna tuan -puan dengan rela hati telah bersetuju untuk memberikan lebih banyak wang hasil titik peluh tuan-puan kepada mereka. Akibatnya tuan-puan akan dapati wang tuan-puan semakin berkurangan!
Oleh itu, saya amat berharap agar tuan-puan dapat menahan diri daripada terus membuat hutang dan mulakan tabiat baru dengan mewujudkan Tabung Impian agar impian tuan-puan tercapai dalam masa yang sama kewangan juga akan berada dalam keadaan yang lebih baik!
Jangan sekali-kali tuan-puan terus menerus memenuhi impian dengan cara berhutang! Ini kerana tuan-puan perlu membayar harga yang amat untuk memenuhi impian tersebut. Ini kerana ianya akan akan membawa bencana kewangan kepada masa depan tuan-puan!
Semoga berjaya!
Salam kekayaan,
Khairulnahar a.k.a Thinkerich


Posted in 







