Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

Sikap PM Kanada Baharu Yang Tidak BOROS Sangat Patut Dicontohi…

GABENOR Jeneral David Johnston (kiri) bertepuk tangan sejurus Justin Trudeau (kanan) mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Kanada yang baharu dalam Dewan Rideau di Ottawa. – Foto AFP

Tahniah diucapkan kepada pemimpin muda ini yang menjadi viral dalam media sosial sejak kebelakangan ini.

Selain muda dan tampan, pemimpin muda dari Kanada ini yang baru berusia 43 tahun telah menunjukkan nilai pemimpin ‘Berjiwa Rakyat’ yang sebenar!

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan oleh Berita Harian Online pada 5 November 2015 berjudul

“Justin Trudeau angkat sumpah sebagai PM Kanada”,┬ámelaporkan :

 

Trudeau sendiri dan anggota Kabinetnya muncul tidak lama selepas itu menaiki bas, berbanding limosin individu yang secara tradisinya digunakan membawa menteri kerajaan di sekitar ibu kota ini, dan kemudian berjalan di laluan ke rumah agam gabenor.

Lihat bagaimana seorang pemimpin yang tahu cara sebenar untuk berbelanja dalam menguruskan kewangan negara yang patut dicontohi oleh seluruh rakyat Kanada.

Bahkan ianya juga patut dicontohi oleh semua orang di muka bumi ini.

Bukannya beliau tak mampu untuk berbelanja mewah tetapi  beliau begitu bersederhana berbelanja wang negara dan rakyatnya.

Matlamat dan destinasinya masih sama. Untuk menghadiri upacara angkat sumpah PM.

Jika PM dan anggota kabinet sebelumnya menaiki limosin individu untuk menghadiri majlis angkat sumpah PM, tapi kali ini beliau dan anggota kabinetnya hanya menaiki sebuah bas bersama-sama menuju ke majlis angkat sumpah tersebut!

Mereka sampai ke destinasi dengan kos yang lebih murah dan menjimatkan!

Begitu juga dengan kita, jika kita mampu tak semestinya kita perlu bermewah. Bersederhana lebih baik.

Semoga apa yang dikongsi ini dapat memberikan manfaat dan kesedaran untuk kita semua agak tidak boros dalam berbelanja.

Jika PM Kanada boleh berjimat, kenapa tidak kita?

KJ

Sumber : http://www.bharian.com.my/node/94455

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm