SOALAN PEMBACA BLOG PEMIKIRKAYA
Salam
saudara thinkerich , melihat kepada defination BLR yg bro sebutkan tu . saya tengah cuba memahami cuma masih belum sampai ke tahap betul betul faham . jadi boleh saya bertanya sedikit
adakah BLR ini adalah % yg dikenakan keatas pinjaman yg kita buat pada institusi perbankan ? contohnya saya pinjam dari maybank sebanyak 100k rm . bermakna bunga yg perlu saya bayar setahun adalah sebanyak 5800 rm . camni ke yg dimaksudkan dengan BLR .
BLR ni ada berape jenis ? adakah pinjaman peribadi , pinjaman perumahan , pinjaman beli kereta sama % BLR dia ?
- Syed
—-
JAWAPAN THINKERICH :
Syed,
BLR adalah kadar faedah yang dikenakan oleh bank ke atas produk pinjaman mereka. Kadar BLR ini pula berdasarkan kadar OPR yang dikawal oleh Bank Negara Malaysia.
BLR adalah berbeza-beza bagi setiap bank…ianya bolehlah dianggap sebagai margin keuntungan yang ingin dikenakan ke atas produk pinjaman mereka…ada yang offer lebih rendah daripada bank-bank lain untuk menarik para pelanggan ..
Dalam produk pinjaman tak semua menggunakan kadar faedah harian yang biasanya menggunakan asas BLR, ada kadar faedah bulanan, tahunan, dan tetap …boleh rujuk Buku Bajet Wang.
Pinjaman kereta dan pinjaman peribadi biasanya menggunakan kadar tetap. Manakala pinjaman perumahan biasanya menggunakan kadar harian…
THINKERICH

Posted in 







