Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

SOALAN PEMBACA TENTANG INSURANS SIMPANAN

Salam Encik Khairulnahar….

Saya telah mengambil “Insurans Simpanan AIA”(Guaranteed Income Provider) dimana tempoh matangnya adalah untuk 10 tahun.

Selepas 10 tahun, sy akan diberi dividen tahunan tetap sbyk RM884.00…

Saya mengambil insurans ini pun setelah dinasihatkan oleh seorang teman yg juga merupakan ejen insurans dimana beliau mengatakan daripada wang gaji sy hilang begitu saja, maka ada baiknya sy menyimpan sedikit dengan mengambil ‘Insurans Simpanan AIA” ini.

Lagipun ini dapat mendisiplinkan sy untuk tidak menyentuh duit tersebut kerana duit tersebut hanya akan dapat diambil semula selepas tempoh matang di samping manfaat2 lain yg sy perolehi seperti faedah hilang upaya, faedah kematian,perlindungan wanita dan juga pelepasan cukai lembaga hasil.

Saya baru sahaja ambil insurans ini pada March 2010…..

Soalannya, adakah sy membuat tindakan yg betul dgn mengambil insurans ini??

Adakah sy mendapat manfaat dengan mengambil insurans ini bagi jangka masa panjang???

Diharap sy akan mendapat balasan daripada Encik Khairunahar……

Terima kasih.

Puan Ann

Jawapan saya :

Salam Puan Ann,

Apabila kita mengambil polisi insurans, perkara pertama yang perlu kita ambil kira apakah tujuan kita mendapatkannya.

Produk insurans bukanlah alat untuk simpanan dan pelaburan sebaliknya fungsi utama adalah perlindungan.

Walau bagaimanapun, kebanyakan produk perlindungan kini dipelbagaikan dengan memasukkan unsur-unsur simpanan dan pelaburan.

Walau pun ianya baik, namun keadaan ini agak mengelirukan pengguna tentang tujuan insurans sebagai alat perlindungan.

Apabila memilih untuk menyediakan pelan perlindungan kita perlu tahu untuk siapa dan apakah matllamat dan tujuannya.

Kita tidak boleh menerima bulat-bulat cadangan daripada agen insurans sahaja, sebaliknya agen insurans yang sepatutnya menyediakan pelan perlindungan berdasarkan keperluan dan matlamat pelanggan di samping memberikan khidmat nasihat yang betul untuk kepentingan pelanggan dan bukannya kepentingan komisyen mereka sahaja.

Bagi menjawab soalan Puan tersebut, tindakan mengambil polisi tersebut adalah baik untuk pelan perlindungan puan, namun harus diingat ianya bukanlah tempat yang sesuai untuk membuat simpanan. Anggaplah ianya sebagai perlindungan sahaja.

Dalam ebook Panduan Wang Gaji saya ada jelaskan perbezaan antara Simpanan, Pelaburan & Perlindungan.

Secara ringkasnya sesuatu yang dinamakan simpanan seharusnya memiliki kecairan yang tinggi iaitu mudah ditunaikan bila-bila masa.

Manakala pelaburan pula bertujuan mendapat keuntungan daripada modal yang dikeluarkan sama ada untuk tujuan ‘capital gain’ atau ‘cashflow’ (ada saya jelaskan dalam ebook Kewangan Peribadi) dan manakala perlindungan pula untuk mewujudkan wang bagi melindungi kewangan ketika dilanda bencana.

Semoga ianya dapat membantu puan.

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “SOALAN PEMBACA TENTANG INSURANS SIMPANAN”

  1. dr.khalifah says:

    wahhhh menarik info ni

    teima kasih ye..

    dari khalifah
    http://www.jomsimpan.com

  2. Thinkerich says:

    dr.khalifah,

    Sama-sama dan terima kasih kembali :)

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm