Hmm…nampaknya masih ramai yang keliru dan kurang jelas dengan konsep perlindungan dalam pengurusan kewangan!
Sebenarnya masih (bahkan kebanyakan) ramai yang beranggapan bahawa produk kewangan seperti takaful/insuran adalah untuk perlindungan diri!
Jawapan sebenarnya adalah tidak TEPAT!
Eh, ye ke? Biar betul ni??? Mungkin di antara anda yang mula ‘confuse’…
“Habis tu, agen insuran saya beritahu yang insuran ni untuk perlindungan diri! Macamana pulak anda kata yang insuran bukan untuk perlindungan diri?”, soal Mamat pada saya.
“Ha, itulah Encik Mamat! Lain kali cuba fahaminya dengan betul!”, balas saya pula.
Tuan-puan yang saya hormati sekalian,
Perlindungan takaful/insuran tidak melindungi diri anda! Jika tuan/puan nak dapatkan perlindungan diri untuk anda, adalah lebih ‘afdhal’ memohon kepada Allah s.w.t! Apa yang menariknya, anda tak perlu keluarkan satu sen pun…mohonlah dengan penuh tawakal dan keikhlasan..
Yang sebenarnya takaful/insuran ini merupakan satu produk atau pun alat kewangan yang digunakan untuk melindungi kedudukan kewangan anda dan bukannya diri anda…
Berbeza bukan? Melindungi diri dengan melindungi kewangan kan sesuatu yang berlainan tu!
Untuk mudah fahamnya disini, biar saya jelaskan seperti contoh berikut;
Jika sekiranya anda ada membeli polisi takaful/insuran yang memberi perlindungan kepada penyakit kritikal atau kemalangan, pihak ‘pengendali’ takaful atau ‘penanggung insuran’ akan membayar kepada anda sejumlah wang untuk membiayai jumlah kerugian kewangan yang anda bakal perolehi…(atau mungkin untuk membiayai kos perubatan yang anda perlukan).
Hmm… dah tentulah ianya tidak mampu untuk memberikan perlindungan buat diri anda!
Jadi mulai sekarang tukar persepsi anda sekarang!
Takaful atau insuran bukannya alat atau produk kewangan yang boleh memberikan perlindungan buat diri anda sebaliknya ianya adalah untuk memberikan perlindungan buat kewangan anda!
Salam kekayaan,
Khairulnahar a.k.a Thinkerich


Posted in 







