Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

TEKNIK BEBAS HUTANG UNTUK JADI KAYA!

Salam hormat pembaca pemikirkaya,

Saya pasti apabila ditanya pasti ramai yang  mengimpikan kekayaan dalam hidup mereka. Malangnya tak ramai yang berjaya mencapai
impian tersebut hanya kerana mereka masih terus menerus bergelut dengan masalah hutang yang membebankan.

Selagi anda berhadapan dengan masalah hutang impian untuk kaya
akan menjadi bertambah sukar. Ini kerana hutang akan terus
menerus meragut wang masa depan anda.

Berhutang tak ubah seperti membiarkan kehidupan anda
menjadi hamba kepadanya. Anda bekerja separuh mati,
berhempas pulas hanya semata-mata untuk membayar lebih banyak
wang kepada pemberi pinjaman anda.

Jika perkara ini berterusan anda bukan sahaja gagal untuk
mencapai kekayaan, bahkan anda boleh jatuh miskin!

Jadi bagaimana untuk mengelakkan daripada perkara sebegini
terus berlaku?

Jawapannya, anda terlebih dahulu perlu tahu dan faham tentang ilmu pengurusan hutang.

Setelah anda faham, saya percaya adalah jauh lebih mudah untuk
anda menghapuskan hutang dan seterusnya bebas dari masalah
hutang yang berpanjangan.

Apa yang penting, jika anda sudah tahu selok belok
pengurusan hutang, adalah lebih mudah untuk anda mencapai
kekayaan. Pasti anda terkejut jika saya katakan bahawa
hutang juga boleh membantu menjadikan seseorang
itu menjadi kaya. Bagaimana..?

Untuk menjawab persoalan tersebut, WAJIB bagi anda untuk
mempunyai ilmu pengetahuan kewangan asas terlebih dahulu.

Selain itu, ilmu pengurusan hutang juga perlu dipelajari bersama.
Tanpa kombinasi kedua-dua ilmu ini, kewangan peribadi anda
mungkin menjadi bertambah parah dan membebankan.

Ramai yang cuba-cuba menggunakan instrumen hutang untuk menjadi  kaya tetapi malangnya mereka mendapati diri mereka pula
terperangkap dengan hutang yang berlipat kali ganda!
Kenapa boleh jadi perkara sebegini?

Sekali lagi jawapannya adalah ilmu pengetahuan kewangan dan
pengurusan hutang!

Mungkin sebelum ini anda pernah mendengar pelbagai teknik
manipulasi alat kewangan seperti pinjaman, OD-ASB dan pelbagai
lagi yang menjanjikan keuntungan tetapi hasilnya tak sebagaimana
yang diharapkan. Kenapa? Sebab anda tak faham!

Orang lain ada ilmu anda hanya ikut-ikut sahaja!

Sebenarnya, asas kepada kekayaan adalah bebas daripada MASALAH  hutang, bukannya hutang!

Bagaimana nak jadi kaya jika hutang tidak berbayar keliling pinggang?

Bagaimana nak kaya jika pinjam hutang untuk bayar hutang?

Bagaimana nak jadi kaya jika anda tak faham ilmu pengurusan
kewangan dan hutang yang sebenar?

Mulakan menambah ilmu pengurusan kewangan dan hutang anda
pada hari ini juga. Ini kerana semakin lama anda menunggu
maka semakin besarlah beban hutang yang terpaksa anda tanggung
dari masa kesemasa!

Bayangkan bagaimana kedudukan hutang anda pada 3, 5 & 10 tahun
akan datang jika anda tak cuba selesaikannya pada hari ini juga?
Saya pasti jumlahnya akan bertambah berganda-ganda dan hidup
anda akan terus berada dalam kesempitan dan tekanan yang membebankan!

Bayangkan pula bagaimana masa depan anda jika anda telah menguasai ilmu pengurusan hutang yang betul melalui panduan yang mudah, ringkas dan berkesan!

Sudah tentu anda gembira bukan :) !

Sekiranya anda berminat, anda boleh dapatkan dari ebook Panduan Bebas Hutang, kerana saya percaya ianya dapat membantu menyelesaikan masalah hutang anda!

Jika anda SERIUS untuk mengatasi masalah hutang dan berimpian untuk mencapai kekayaan dalam hidup anda, ambillah langkah pertama dengan mendapatkannya, kerana saya percaya pelaburan kecil anda hari ini bakal menyelamatkan puluhan ribu ringgit wang anda pada masa depan!

ikhlas,

Khairulnahar a.k.a Thinkerich

P.s – Dapatkan pada hari ini juga kerana semakin lama anda
bertangguh, maka semakin besar faedah hutang yang perlu anda bayar.

p.s.s – Panduan telah disediakan, anda hanya perlu bertindak
melaksanakannya dalam pengurusan kewangan peribadi anda.

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “TEKNIK BEBAS HUTANG UNTUK JADI KAYA!”

  1. Ed says:

    Macam ni kalau sapa-sapa nak kaya lepas ni boleh buat E-Book jer la..Talk is cheap brother..

    • Thinkerich says:

      Ed,

      Bukan begitu maksud saya, untuk berjaya dalam apa jua bidang kita perlu ada ilmu. Ebook adalah salah satu bentuk cara penyampaian maklumat sahaja.

      Namun, Ilmu sahaja tanpa tindakan ianya tak akan memberi sebarang makna tetapi ianya lebih baik daripada mengeluh dan menyalahkan orang lain kerana kita tak berilmu…

  2. drteamint says:

    En. Thinkerich

    biarkan si luncai terjun dgn labu-labunya…
    pada saya, apa yg en. thinkerich buat adalah amal jariah kerana ilmu yang baik itu adalah amal jariah apabila kita sebarkan pada orang lain
    berbayar atau tak berbayar bukan soalnya
    kalau boleh, bayar utk rokok, astro, sport rim dan benda ntah apa2 yg lain, takkan utk ilmu pun berkira…

    teruskan menulis ilmu lagi kerana masih ramai di luar sana yang berminat dengan ilmu yg En. Thinkerich ada

    drteamint
    http://www.drteamint.blogspot.com

  3. Thinkerich says:

    drteamint,

    Terima kasih atas sokongan :D

    Saya amat menghargainya…

    Dari masa kesemasa saya akan teruskan perkongsian ilmu yang ada…untuk manfaat bersama.

  4. Hamba Allah says:

    Hidup di dunia ini tak perlu jadi kaya dengan harta benda sampai melimpah ruah sampai jadi jutawan berpuluh juta…
    Adakah dengan menjadi kaya anda akan hidup tenang..??

    Cukuplah dengan sekadar perbelanjaan yang perlu sehinga hujung nyawa kita. Kaya yang keterlaluan dikhuatiri akan mendatangkan riak dan takbur dalam diri dan sekaligus akan mengundang penyakit “hati”..

    Hutang yang paling-paling patut diuruskan adalah tentang hutang dosa-dosa kita. Perkara yang paling malang sekali berlaku pada manusia apabila diakhirat nanti adalah pahala amalan-amalan nya berada didalam timbangan makhluk lain. Amat malang sekali jika perkara itu berlaku. Audit lah dosa-dosa yang kita pernah lakukan samaada dosa besar , dosa kecil atau dosa tersembunyi. Setelah dikenalpasti , pastikan hutang-hutang dosa kita dibayar didunia ini juga.

    Menurut Ustaz , dosa kecil dan dosa tersembunyi boleh terhapus dengan istigfhar , amalan sunat seperti sembahyang sunat , puasa sunat , mengamalkan sunah-sunah nabi , sedekah , amal jariah dan segala amalan baik lagi. Maka perbanyakkan lah perkara-perkara tersebut.Bertaubat lah dan pohon lah keampunan ALLAH tentang dosa-dosa besar.

    Ingat lah pesanan ini…. “Dunia adalah penjara bagi orang mukmin dan Syurga bagi orang kafir”

    Percayalah , sekiranya anda dalam usaha untuk menghapuskan dosa-dosa anda dengan bersunguh-sungguh , maka secara semulajadi nya pertolongan ALLAH akan hadir dan membantu anda dalam usaha anda menghapuskan segala hutang wang ringgit dan keperluan anda didunia. PERCAYALAH…. Its happened.. Alhamdulilah.

    Kita duduk didunia hanyalah sementara sekitar 50 hingga 70 tahun sahaja. Itupun kalau sampai ke tahap itu. Tetapi apabila kita mati kita akan tinggal dikubur sehingga tidak tahu berapa lama. Sebenarnya hanya jasad kita sahaja mati tetapi “kita tidak mati”. Persoalannya apakah yang akan kita buat dikubur itu nanti..??? Hanya amalan baik kita yang akan menolong kita bukan harta benda yang pasti telah kita tinggalkan. Itu baru persoalan dikubur , bagaimana keadaan kita dipadang Mashyar nanti ?? Keadaan kita di Akhirat nanti..??

    Pesanan saya , mula lah audit dosa-dosa silam kita dan berusahalah untuk melakukan perubahan dalam hidup. Percayalah , anda akan merasakan ketenangan sepanjang masa.

    Terima Kasih ALLAH kerana menyedarkan diri ini.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm