Salam pembaca blog pemikirkaya!
Semoga sihat dan berada dalam ketenangan kewangan sentiasa…
Baiklah jika dalam post sebelum ini (semalam) saya ada memaklumkan pada tuan-puan tentang ebook terbaru saya berjudul
“Bagaimana Untuk Mencapai Kekayaan”,
hari ini suka ingin saya maklumkan sekali lagi bahawa satu lagi ebook terbaru daripada saya berjudul “Wang, Anda & Hutang” kini turut sedia menemui para pembaca sekalian.

Dalam ebook ini, saya mendedahkan beberapa perkara yang jarang diberi perhatian oleh masyarakat kita apabila mereka berurusan dengan wang dan hutang.
Saya percaya ramai, bahkan terlalu ramai di antara kita yang hidup hari ini bergelumang dengan hutang di sana sini.
Bermula dari bergelar pelajar, para pekerja, usahawan sehinggalah kepada para pesara bahkan mereka yang kini tinggal sehelai sepinggang pun masih lagi tak dapat lari daripada hutang, dalam sedar tak sedar mereka terus menerus berurusan dengan hutang.
Apa yang lebih merisaukan lagi, ramai dikalangan kita hari ini menjadikan hutang pinjaman sebagai suatu alat untuk membantu mereka meneruskan kehidupan mereka..
Inilah kesan dan akibatnya bila mana kita semua tidak faham dan tidak menyedari keburukan yang boleh dibawa oleh tabiat berhutang ini.
Sebagaimana ebook ‘Bagaimana Untuk Mencapai Kekayaan’,
ebook ‘Wang, Anda & Hutang’ juga tidak akan dipasarkan seperti ebook saya sebelum ini, sebaliknya hanya akan dihadiahkan kepada mereka yang bertuah sahaja!
Namun begitu, jika tuan-puan berminat untuk mendapatkan ebook ini, saya akan menawarkannya secara terhad melalui Tawaran istimewa kepada tuan-puan sekalian!
Bagaimana untuk mendapatkannya? Sekiranya tuan-puan berhasrat untuk menjadi di antara mereka yang terawal memiliki ebook ini, saya ada tawaran istimewa untuk anda semua!
Tunggu! saya akan maklumkan dalam beberapa hari lagi…

Posted in 







