Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

ANDA TAK LAYAK TULIS BLOG MOTIVASI!

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Akhir-akhir ini saya banyak terima email dan komen daripada pembaca blog pemikirkaya dot com!

Terima kasih saya ucapkan keran sudi berinteraksi dan berkomunikasi dengan saya. Apa yang boleh saya bantu, saya cuba bantu apa yang boleh.

Dalam banyak – banyak komen tu, ada juga saya terima kritikan dan kutukan yang cuba ‘provoke’ saya!

“I’m sorry!”, saya tidak akan termakan dengan provokasi sedemikian rupa!

Sebaliknya, saya ucap terima kasih kepada saudara/ri yang membei komen sebegitu kerana sekurang-kurangnya saya mendapat idea untuk menulis di blog ini :) !

“Anda tak layak tulis blog motivasi!”, jerit seorang pembaca blog ini dalam emelnya kepada saya.

“Motivasi hanya boleh diberi oleh mereka yang berkelayakan sahaja!”, tegasnya lagi!

Ya, benar!

Saya akui pendapat saudara/ri itu, yang saya tidaklah mempunyai kelayakan dalam bidang psikologi, jauh sekali memiliki Doktor Falsafah dalam bidang tersebut!

Tetapi layak tak layak, blog ini kepunyaan saya! Maka saya bebas untuk menulis apa sahaja idea dan buah fikiran saya!

Ini kerana motivasi sebenar bukannya datang daripada siapa yang memberikan motivasi tersebut tetapi kesannya kepada seseorang!

Anda boleh mendapatkan pakar motivasi yang terhebat di Malaysia, Asia Tenggara, Asia dan Antrabangsa untuk memberikan ceramah motivasi kepada anda tetapi jika anda tak melakukan sesuatu daripadanya, maka anda tidak mendapat apa-apa!

Motivasi yang sebenar ada DALAM DIRI ANDA SENDIRI!

Bila bercakap tentang motivasi apa yang kita pentingkan kesannya kepada kita! (Sudah tentulah dengan bertindak!)

Bukannya hanya mendengar atau membaca bahan motivasi yang berapi-api daripada pakar kemudian anda biarkannya ianya berlalu begitu sahaja!

Inilah antara kesilapan yang dilakukan oleh kebanyakan orang dalam mendapatkan bahan motivasi.

Mereka sanggup membayar dengan harga yang mahal semata-mata untuk mendapatkan kesan motivasi yang baik tetapi terlupa bahawa hanya diri mereka sahajalah yang mampu memotivasikan diri sendiri bukan orang lain!

Maka tidak hairanlah jika motivasi itu hanya ‘panas’ seketika, selepas tiada lagi pakar tersebut bersama mereka, motivasi diri mereka juga terbang melayang entah ke mana!

Motivasi yang dinyatakan ini adalah motivasi luaran yang boleh datang dari sesiapa sahaja (tak kira daripada pakar ke?, Dr. betul ke atau Dr. palsu ke?, keadaan sekitar ke atau apa sahaja!) untuk membangkitkan motivasi dalaman yang ada dalam diri anda!

Layak atau tidak seseorang itu memberi atau menulis motivasi bukanlah isunya!

Apa yang penting, sejauh mana anda dapat membangkitkan motivasi dalaman yang ada dalam diri anda hasil daripada motivasi yang diberikan oleh seseorang!

Apa pula pendapat pembaca blog pemikirkaya?

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

11 Responses to “ANDA TAK LAYAK TULIS BLOG MOTIVASI!”

  1. azeezuul says:

    pendapat saya anda memang tidak layak menulis blog motivasi.kerana anda tidak akan kemana-mana dengan beranggapan apa yang anda bina di dalam blog anda ini adalah betul belaka.walhal, ia sama diibaratkan ada udang disebalik batu..maksud saya, anda cuba memerangkap wang pembaca blog utk membeli buku-buku anda ataupun membeli website anda dan sebagainya.itu taktik kotor tu saudara!kelak nanti saudara yang makan dan yang kenyang juga saudara.( oh ya, komen saya yang lepas tu kenapa saudara delete dan buat editing? saudara takut hadapi kenyataan ke? sekian terima kasih.

  2. Thinkerich says:

    bukan delete, terpaksa buat editing sebab bahasa yang anda gunakan tidak sesuai dan kurang sopan…boleh merosakkan fikiran para pembaca lain…Terima kasih di atas pandangan azeezuul..!

  3. KRITIK?.. siapa yg dalam dunia ni tidak pernah mendapat kritikan, perbuatan baik pun ada yg memandang dengan jelingan.. cuma biarlah ia lebih ke arah yang membina bukan mengutuk dan menjatuhkan sesama sendiri.. pada saya, sedar tak sedar secara realitinya en azeezul ni adalah pembaca setia thinkerich.. ini dunia perniagaan maya…

  4. Thinkerich says:

    NanaNurJannah,

    Ya, benar! Seseorang yang ingin berjaya dalam apa bidang sekalipun, perlu berhadapan dengan apa jua kritikan. Ini kerana dengan kritikan seseorang itu boleh memperbaiki dirinya(jika kritikan positif)dan muhasabah diri(sekiranya negatif)…

    NanaNurJannah, terima kasih kerana singgah dan memberikan pandangan di blog PemikirKaya! Jangan lupa singgahlah selalu :)

  5. rudie says:

    sesiapa bebas memberi pandangan dan pendapat masing-masing. Siapa yang boleh terima, ambil ia sebagai ilmu. Siapa yang tak boleh terima boleh cuba buat sesuatu yang lebih baik supaya orang lain boleh terima. Kritik tak salah, tapi biar kena pada tempatnya. Thinkerich teruskan penulisan di blog ni. Yang penting niat baik kita. Mmg sesiapa pun berhak untuk mendapatkan sedikit imbuhan atas kerja yg dilakukan. Rezeki masing-masing..Gud Luck..

  6. Thinkerich says:

    rudie,

    Terima kasih :) saya amat menghargai sokongan anda!

    Terus bersama blog pemikirkaya!

  7. KURT76 says:

    ORANG YANG MEMBERIKAN MOTIVASI KEPADA ORANG TAK SEMESTINYA BOLEH MEMOTIVASIKAN DIRINYA SENDIRI JADI UNTUK MEMOTIVASIKAN DIRI KENALAH LAKUKAN SESUATU BARU TAHU APA ERTI KESUSAHAN TEORI TAK SAMA DGN PRAKTIKAL .SAYA SETUJU DENGAN PEMIKIRKAYA YANG SELALU MENYEDARKAN ORANG LAIN KERNA SESUNGGUHNYA MANUSIA BERADA DALAM KERUGIAN KECUALI BERAMAL SOLEH DAN BERPESAN PESAN DENGAN KEBENARAN

  8. Thinkerich says:

    Terima kasih di atas sokongan anda!
    Saya amat menghargainya :)
    Terus bersama membina motivasi untuk kejayaan semua!

  9. rj says:

    Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China.
    Jika diselami banyak yang tersirat didalamnya. Saya kira kita masih bebas dalam memberikan pandangan. Yang baik dijadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan. Setinggi mana akademik mahupun sekuat mana kita ini, kita hanyalah manusia yang memang selalu “LUPA’. Jadi dengan kewujudan blog ini boleh dijadikan sebagai pemangkin dalam menerbitkan satu semangat baru dalam kehidupan. Rezeki, maut, jodoh dan umur bukan ditangan kita. Tapi kita tak boleh duduk diam sahaja. Samada motivasi diberi setiap saat, minit, jam dan hari mahupun dari golongan pakar, jika kita sendiri tak mahu berubah, tak ada siapa boleh mengubahnya. Thinkerrich teruskan usaha murni sdr. sbb kadang-kadang idea yang bernas itu tidak dijangka datang dari orang seperti sdr.

  10. Thinkerich says:

    rj,

    Terima kasih di atas sokongan dan keyakinan yang diberikan oleh rj :)

    Saya amat amat amat menghargainya :)

    InsyaAllah saya akan cuba berikan apa sahaja yang terbaik dariNYA untuk manfaat kita semua…AMIN

  11. matieu magic says:

    Adakah anda perlukan kelayakan untuk memberi motivasi?

    JAWAPAN: Sesiapa pun layak bg motivasi, termasuk orang yang sentiasa gagal dalam hidup. rujuk: Billi Lim << penulis buku "Berani Gagal". Billi Lim ni gagal dalam pendidikan, percintaan, bisnes. Tapi, kenapa dia layak tulis buku motivasi? Sebab dia ada keinginan untuk berkongsikan kisah kegagalan dia, dan bagaimana menghadapi kegagalan dan terus berusaha sampai berjaya.

    So kepada azeezuul, sesiapa pun LAYAK menulis blog atau buku motivasi asalkan dia mempunyai suatu kisah atau cerita motivasi untuk dikongsi dengan orang lain.

    Jika azeezul nak tulis blog motivasi pun boleh, walaupun azeezul rasa diri tidak layak. Sebabnya? semua orang pun LAYAK, asalkan ada kisah motivasi yang dia boleh kongsikan dengan orang lain.

    Azeezul? Ada kisah motivasi? Tak nak share ke?

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm