Salam pembaca blog pemikirkaya!
Fuh! Naik berhabuk dah blog ni.
Lama sangat rasanya saya tak ‘update’ post untuk anda semua!
Maafkan saya jika buat anda tertunggu-tunggu artikel terbaru dari saya.
Pada yang menghantar email dan bertanya khabar pada saya tu, saya ucapkan terima kasih bebanyak lah ye…
semoga anda semua juga berada dalam lindungan illahi. Amin.
Oh, ya! berbalik kepada kisah saya. Sebenarnya sejak dua menjak ni ketika dunia dilanda virus ‘swine flu’ atau H1N1 ni, saya pun terkena juga tempiasnya!
Tapi bukan virus yang itu! Selsema biasa sahaja!!!
Selepas mendapatkan suntikan vaksin influenza beberapa minggu yang lalu, tubuh saya menjadi kurang enak dan beberapa hari kemudian diserang selsema.
Itu perkara biasalah sebenarnya. Bukannya apa, sistem pertahanan badan sedang membuat pembetulan dengan kehadiran vaksin baru!
Tambahan lagi faktor yang menyumbang kepada selsema saya mungkin juga disebabkan oleh cuaca di Labuan yang cukup panas sekarang ni!
Thermometer pada ‘STREAM’ saya mencatatkan suhu mencecah 35 ‘ Celsius….Fuh..Panas tuu..
Mungkin saya agak kurang minum air…dan berjaga malam kerana menyiapkan manuskrip terbaru saya untuk pembaca semua!
Walau bagaimanapun, dalam sihat tak sihat ni, kita sepatutnya dapat mempelajari sesuatu darinya.
Yalah dalam keadaan tubuh badan sengal-sengal dan sakit, kepala pening, hidung tersumbat dan berair, oksigen yang masuk pula kurang, tekak sakit, dan selera makan kurang, ada sesuatu yang boleh kita belajar.
Sebenarnya, jika orang bertanya khabar kepada anda ketika anda kurang sihat, anda tak sepatutnya jawab TAK SIHAT!
Sebaliknya anda perlu menjawab SIHAT!
Ini kerana ketika badan anda menerima kesakitan tersebut, ianyalah adalah sesuatuĀ yang normal dan menunjukkan anda seorang yang sihat!
Ketika demam atau selsema, sistem pertahanan badan ketika itu berada dalam proses pemulihan untuk memperbaikiĀ dan membetulkan semula sistem pertahanan tubuh badan kita.
Tambahan lagi, ketika sakit nilah, motivasi diri kena kuat! Semangat kena kental!
Jika tidak, kemalasan dan alasan akan menguasai diri anda.
Iyelah, jika asyik nak tidur je…berehat boleh berehat tetapi minda dan fikiran tetap kena jalan!
Yang tak sihat tubuh badan anda, tetapi minda anda masih sihat kan?
Jadi, sambil berehat tu luangkanlah masa dengan membaca.
Jangan rehat, makan, tidur, tengok TV aje..
Minda jadi kurang sihat dan tak cerdas nanti!
Akhir kata dari saya, semoga anda semua berada dalam keadaan sihat ceria sentiasa
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 








Salam.
Betoi tu skrg ni musim demam. Anak saya pon 2 org kena demam selsema skrg ni. Cian diorang.
So kena berhati-hati lah ye.
Semoga sihat selalu
Regard
Salam bro,
Salam perkenalan…
Semoga bro terus sihat dan dilindungi…
Jgn takut makan obat.. Huhuhuu.. Thanks for info..
Jika kita berehat tanpa membaca.. Memang lemau bro..
Nasihat bro akan kwn ingt selalu..
Hidet & Ijamidayu
Salam perkenalan & terima kasih di atas doa anda berdua…
Tak berapa sihat.. Selsema..
Zool,
Emm..Musimnya…semoga cepat sembuh