Salam pembaca pemikirkaya,
Ada yang datang dan bertanya saya bagaimana caranya untuk berjaya?
“Apa jua yang anda lakukan, dalam apa bidang yang anda ceburi untuk berjaya anda tiada cara lain untuk berjaya selain anda ‘rendam’ diri anda dalam bidang tersebut!”, tegas saya.
Kemahiran dan pengetahuan perlu diperolehi terlebih dahulu untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang anda ceburi tidak kiralah sama ada anda terlibat dengan dunia keusahawanan, kejurujualan, perniagaan internet, MLM, kejurulatihan, dan apa sahaja karier anda, maka anda perlu berkembang untuk berjaya!
Untuk berkembang anda perlu anggap diri anda umpama ‘span’ yang menjadi kembang setelah direndam ke dalam air!
Jika anda terlibat dalam MLM, sentiasa berada dalam lingkungan para pengedar yang cemerlang, sentiasa praktis,praktis,praktis apa jua pendekatan yang anda lakukan dengan menemui prospek dan juga seminar-seminar yang lain.
Jika anda seorang penulis blog atau mungkin juga artikel, majalah atau buku, banyakan membaca, buat kajian, analisis dan banyakan bertanya.
Dapatkan maklumat dan fakta yang tepat supaya anda dapat memberikan maklumat yang tepat dan benar.
Dengan ini kredibiliti anda juga akan naik mencanak!
Jadi untuk berjaya anda perlu rendam diri anda dalam bidang yang anda ceburi dan serap sebanyak mungkin kemahiran, ilmu dan kejayaan untuk anda berada di puncak!
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 








Bile dah tetapkan apa bidang yang kita nak ceburi…semestinya MESTI sentiasa berhubung dan berada dalam kelompok orang PAKAR dalam ilmu itu…
Hazman,
Ya, begitulah hendaknya…
salam kekayaan…
Inilah yg sebenarnya yg WAJIB dicari…jika anda mahu menikmati erti sebuah Kejayaan.
Untuk Thinkerich….Terima Kasih utk semua artikel anda kerana memberi ilmu dan peringatan kpd saya dlm mengharungi perjalanan sebagai Ushawan MLM…hanya satu tahap lg utk saya menikmatinya…
Semoga anda di murahkan rezeki..
andy181,
Terima kasih…
semoga anda berjaya …
jumpa anda dipuncak kejayaan…!