Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

Bayangkan Anda Berjaya

Salam pembaca sekalian,

Semoga sihat, ceria dan bahagia selalu.

Baiklah kali saya nak kongsikan artikel motivasi berikutnya. Salah satu teknik orang yang berjaya dan kaya lakukan (seperti yang selalu saya lakukan) adalah dengan membayangkan kita berjaya mendapat apa yang kita inginkan.

Dalam minda, kita perlu membayangkan masa hadapan di mana kita dapat melihat bahawa kita telah mencapai kejayaan tersebut.

Sekiranya anda inginkan kemewahan, bayangkan dalam 10 tahun lagi apa yang anda telah capai, mungkin rumah banglo 3 tingkat bersama swimming pool dan 3 buah kereta mewah  di garage.

Sekiranya anda seorang ahli sukan, maka bayangkan anda memenangi acara anda.

Berdiri di podium dan disarungi pingat emas.

Lebih jelas anda menggambarkan bahawa anda berjaya mendapat apa yang anda ingini, maka, lebih hebat minda anda akan berfungsi untuk mencapai cita-cita tersebut.

Bayangkan suasana, waktu, warna, cuaca dan sebagainya dengan jelas.

Lebih lama anda dapat menyimpan gambaran ini di dalam minda anda, lebih hebat efeknya kepada anda.

Simpan gambaran tersebut selama 1 minit… 5 minit… 10 minit dan sebagainya. Seorang pemain bola
sepak terkenal sebelum memulakan perlawanan bola sepak, menyimpan gambaran kejayaannya di padang dalam kepalanya selama 90 minit- iaitu jangka masa seluruh perlawanan!

Kekerapan anda menggambarkan ini juga akan membantu, di mana sekiranya anda lebih kerap membayangkannya setiap hari, maka, ia akan mudah menjadi untuk anda.

Jangan lupa- anda akan menjadi apa sahaja yang anda fikirkan pada kebanyakan masa.

Semoga berjaya :)

THINKERICH

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm