Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

BERANI MENCUBA

Salam Pembaca Pemikirkaya dot com!

Ramai yang berminat untukberniaga…!

Tidak kiralah buat bisnes secara konvensional mahu pun internet!

Tambah lagi di zaman kegawatan ekonomi sekarang ini, maka ramailah berkira-kira untuk berniaga!

Terutamanya nak buat bisnes Part Time!

Iyalah…,  ianya jauh lebih baik daripada menyertai mana-mana Skim Cepat Kaya yang nampaknya tumbuh kembali dengan pelbagai bentuk kaedah perniagaan dan polisi yang dicipta untuk mengaburi mata masyarakat!

Ramai yang bertanya saya “Bagaimana Untuk Memulakan Bisnes Part Time?”

“Bagaimana?”

“Erks.. sekadar nak tahu atau nak buat?”

Ramai di kalangan  kita, apabila dijelaskan cara dan kaedah bagaimana nak mulakan bisnes mereka sekadar menjawab ;

“Emm.., nantilah tunggu nak kumpul modal…,”

” Ada ke orang nak beli..?”

“Erks …tapi kalau gagal dan rugi macamana?”

Itulah di antara keluhan mereka..(bagi saya itu alasan sebenarnya!)

Kita kena faham bahawa bisnes hari ini terutama bisnes moden akan berhenti berputar jika sikap berani untuk mencuba itu lenyap dan hilang daripada jiwa dan pemikiran kita!

Memang saya akui banyak orang gagal dalam usahanya,

mereka berputus asa tanpa berani mecuba lagi!

Itulah lumrahnya kehidupan masyarakat kita berniaga…

Bagi saya ini sesuatu yang amat merugikan,

bukan sahaja dalam aspek material mahupun kewangan,

bahkan paling teruk pada psikologi!

Apabila anda gagal setelah mencuba dan terus berputus asa,

maka dengan mudahnya semangat keusahawanan anda juga akan turut hancur lebur!

Maksud saya di sini dalam bisnes dan  keusahawanan yer!

Bukannya apa nanti ada pulak yang salah faham!

Tak pasal-pasal mereka gunakan pula pesanan dan kata-kata saya ni untuk menaikan semangat mereka untuk sertai program dan skim yang ntahapaapantah tu:)!

Bukanya apa, ramai yang menyalahgunakan falsafah kejayaan dan kekayaan sejak akhir-akhir ini untuk sesuatu yang tidak betul!

Erks! Macam peserta-peserta program dan skim-skim cepat kaya,

yang kebanyakannya malas berusaha tetapi nak dapatkan pulangan dengan mudah!

Dan mula lah menggunakan kata-kata motivasi dan falsafah kejayaan untuk menaikkan semangat mereka yang secara tak langsung mampu mempengaruhi orang lain untuk terlibat sama!

Tak patut!

Sungguh tak patut!
Itu berani mencuba juga….!

Tetapi berani mencuba untuk sesuatu yang salah!

Macam orang yang tahu bahawa mencuri dan merompak wang orang lain itu salah!

Tetapi dek kerana malas nak berusaha cara yang betul dan cara yang halal maka mereka tetap memberanikan diri untuk meneruskan usaha yang salah tersebut!

Itu namanya sifat tamak!

Tamak untuk berjaya dengan berusaha cara yang betul tak mengapa!

Ni.. dahlah tamak!

Tapi Malas pula nak berusaha!

Amacam? Ada betul ka?

Berbalik kita pada perkara pokok perbincangan kita semula, iaitu berani mencuba!

Harus diingat seseorang usahawan akan menjadi semakin berdaya saing sekiranya dapat meneruskan usaha bisnes mereka apabila berhadapan dengan krisis!

Ya, macam krisis ekonomi yang melanda dunia global sekarang ni!

Ramai yang mengeluh, ramai juga yang berhenti berusaha dan mulai mencari kerja makan gaji pula!

Mereka tidak sanggup menerima kegagalan yang timbul tenggelam!

Walhal itu sebenarnya adalah adat perniagaan!

Tak kan rugi sekali dua bahkan tiga empat kali, anda dah nak berhenti berniaga?

Dalam untung ada rugi, dalam rugi ada untungnya!

Harus diingat, sesungguhnya tiada yang gagal dalam berbisnes,

yang ada hanyalah kerana anda berhenti mencuba, berhenti berusaha!

Jadi saranan saya jika anda berniaga atau pun baru nak buat bisnes,

seharusnya anda terus berusaha dan terus berani mencuba!

Kerana itulah sifat semulajadi seorang usahawan!

Ini kerana setiap manusia adalah usahawan!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “BERANI MENCUBA”

  1. Hazwan says:

    Salam Thinkerich,

    Betul kata anda, sebenarnya tiada
    kegagalan di dalam perniagaan.

    Setiap tindakan kita hanya akan menghala
    ke arah satu hasil. Hasil tersebut
    boleh jadi seperti apa yang kita nak, atau
    sebaliknya.

    Sebagai usahawan, kita harus gunas sebaiknya
    ‘kegagalan’ tersebut sebagai feedback, untuk
    menjadi panduan untuk kita menyusun balik
    strategi kita untuk mencapai matlamat kita.

  2. MIJI says:

    Mereka yg masuk skim2 sebegitu sebenarnya terlupa bahawa utk seseorang memberikan anda duit maka dia perlu mempunyai alasan utk melakukan sedemikian dan selalunya berlakunya urusan transaksi jual-beli dan bukannya anda melaburkan wang ke skim2 begini dan mengharapkan pulangan berganda betul tak Thinkerich?

    http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/

  3. Thinkerich says:

    Salam Hazwan,

    Benar! Bagai yang dikata oleh saudara…
    Jadikan feedback untuk bertindak balas dengan mengatur strategi baru..!

    Salam Miji,

    Betul tu, Miji!
    Maka menjadi tanggungjawab kita untuk memberikan penerangan dan kesedaran kepada mereka yang masih mencari-cari maksud sebenar perniagaan dan dunia pelaburan..

  4. Yusoff Kamil says:

    Selagi manusia masih tamak, selagi tulah skim cepat kaya akan terus beroperasi. Macam yang berlaku di US, skim cepat kaya yang terbesar melibatkan bank-bank antarabangsa dan jugak orang kenamaan. Sifat tamak kadang kadang tu mengelapkan mata & fikiran. Minta simpang….

    http://www.resumeweassist.com/blog
    We can help you attain your career goals!

  5. Thinkerich says:

    Salam Yusoff,

    Benarlah kata pepatah ” Orang Tamak Selalu Rugi :)

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm