Salam pembaca sekalian,
Debat Minyak Anwar – Shabeery yang disiarkan oleh Stesen TV swasta akhirnya telah berjalan dengan baik dan jayanya. Masing-masing telah memberikan hujahnya masing-masing.
Jika anda menonton siaran langsung tersebut yang disiarkan melalui saluran TV9, anda akan dapat lihat ketokohan, bakat dan kredibiliti kedua-dua personaliti berkenaan.
Sebelah pihak begitu bersungguh-sungguh mahukan rakyat mendapat faedah daripada penjimatan minyak yang perlu dilaksanakan untuk kepentingan rakyat dan sebelah pihak lagi begitu bersemangat mempertahankan keputusan yang telah diambil oleh pihak kerajaan, al maklumlah Menteri Penerangan, maka adalah menjadi tanggungjawab beliau menjelaskan dan menerangkan dasar-dasar yang dibuat oleh kerajaan.
Anda mungkin tertanya-tanya, kenapa pula post kali ini diletakkan dalam kategori Motivasi Diri?
Bukankah ianya berkisarkan kisah politik?
Tetapi tunggu dulu!
Debat yang dibuat tersebut ada menyentuh tentang beberapa perkara.
Yang pertama berkaitan isu Ekonomi negara.
Yang keduannya berkenaan politik semasa.
Tetapi yang menariknya pada saya debat tersebut terhasil daripada unsur motivasi yang tercetus daripada isu semasa.
Sebelah pihak begitu bersemangat mengemukakan hujahnya agar pihak kerajaan mengambil langkah segera melakukan penurunan harga minyak dengan melakukan beberapa penjimatan dalam pengurusan kekayaan negara dan seterusnya memperbaiki kebocoran dan ketirisannya.
Jadi apakah pula kaitannya motivasi di sini? Anda mungkin bertanya!
Untuk berjaya dalam apa jua yang kita lakukan pertama sekali kita kena fikirkan apa yang dapat kita sumbangkan kepada masyarakat dan bukannya apa yang masyarakat dapat berikan kepada kita.
Lihat betapa idea dan buah fikiran seseorang yang ingin melihat ekonomi dan rakyat negaranya berada dalam keadaan yang baik, memberikan hujah-hujahnya untuk kebaikan rakyat dan negara tetapi malangnya sebelah pihak lagi nampaknya tersasar daripada agenda forum ini yang lebih banyak menghentam peribadi seseorang dan bukannya menerangkan secara jelas sebab dan musabab kenapa harga minyak terpaksa dinaikkan oleh kerajaan.
Memang diakui kepetahan dan kelantangan bersuara seseorang itu memang menjadi kriteria untuk menjadi pemidato yang terbaik tetapi jangan lupa kelantangan suara tanpa idea dan isi bicara yang bernas membuatkan seseorang itu tidak ubah seperti tong kosong!
Jadi apa yang ingin saya bawa kepada anda semua adalah berkaitan dengan personaliti dan komunikasi…
Apabila berbicara dan berhujah dengan seseorang pastikan anda tidak menyerang dan memburukkan peribadi seseorang sebaliknya tegurlah sikapnya!
Nyatakan dengan baik bahawa anda bukannya tidak menyukainya sebaliknya anda kurang senang dengan sikap yang ditunjukkannya!
Manusia tidak boleh menerima kritikan yang dilemparkan ke atas keperibadiannya tetapi boleh menerima saranan dan nasihat berkaitan sikap dan kelakuannya.
Sebagai contoh jika anda bertemu dan berbicara dengan rakan atau kenalan anda yang suka mengumpat dan memburukkan orang lain, adalah lebih baik anda berkata “lebih baik kita tidak membicarakan keaiban orang lain” daripada anda berkata “kau ni tak habis-habis nak mengumpat orang lain!”
Saranan yang pertama membuatkan mereka tersedar dan berfikir semula akan kesilapan dirinya tetapi jika anda menggunapakai saranan kedua anda seolah-olah menyalahkan dirinya.
Maka berhati-hatilah apabila berbicara!
Berbalik kepada isu debat Anwar dengan Shabeery, jika anda dilantik sebagai juri, pada pandangan anda (bagi mereka yang mengikuti siaran tersebut) siapakah yang patut diberikan kemenangan dalam debat tersebut?
Siapa pilihan anda, Anwar atau Shabeery…?
Tetapi, sekiranya anda ingin menjadi jutawan, anda memerlukan mentor-mentor Jutawan!

Posted in 








pilihan saya ada di blog saya.
Terima kasih AbahFateh..,
1 Undi untuk DSAI…
Salam,
Tentu sekali DSAI.
Terima kasih adybrisbane,
1 undi untuk DSAI