Salam pembaca blog,
Dalam keadaan ekonomi negara dan dunia hari ini yang tidak menentu, sudah tentu ianya memberikan kesan yang sama pada ekonomi hidup anda. Tak begitu?
Kebanyakan orang akan menjadikan isu ini untuk menyalahkan pihak lain dan tidak kurang pula yang asyik merungut, merungut dan merungut menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada pihak kerajaan kerana gagal memulihkan keadaan ekonomi semasa.
Apakah kesudahannya jika anda juga bersikap sedemikian rupa?
Sudah tentu anda tidak akan ke mana-mana. Masih kekal dan tetap berada ditakuk yang sama!
Bertindak menyalahkan pihak lain, merungut dan memberikan alasan yang berterusan tidak akan membantu meningkatkan taraf ekonomi hidup anda. Percayalah, ianya hanya perbuatan sia-sia! dan membuang masa anda begitu sahaja!
Tugas anda pada masa sekarang adalah untuk berfikir dan bertindak ke arah usaha yang boleh meningkatkan tahap ekonomi hidup anda dan bukannya terus menerus mencari punca kesalahan orang lain. Anda sepatutnya mencari punca kesalahan diri anda sendiri, mengapa sehingga ke saat ini anda masih lagi tidak berjaya meningkatkan tahap ekonomi anda!
Jika anda bertindak mencari punca masalah pada diri anda, ianya adalah tindakan yang lebih baik untuk perubahan diri anda.
Masalah ekonomi negara adalah tugas pihak kerajaan. Tugas anda adalah memulihkan ekonomi hidup anda! Bagaimana pihak kerajaan dapat memulihkan keadaan ekonomi negara jika sekiranya rakyatnya sendiri tidak mampu untuk memulihkan ekonomi hidup mereka terlebih dahulu?
Harus diingat sesebuah negara menjadi aman dan makmur adalah kerana rakyatnya hidup dalam penuh kesejahteraan antara satu sama lain. Begitu juga negara yang kaya dengan ekonominya lahir daripada kekayaan sumber yang dibangunkan bersama oleh pihak kerajaan dan rakyatnya.
Jadi saranan saya, jika anda masih memberi alasan untuk berubah, merungut dan menyalahkan pihak lain, adalah lebih baik anda HENTIKAN sekarang!
Bertindaklah untuk meningkatkan taraf ekonomi hidup anda dan sekiranya anda telah berjaya meningkatkan ekonomi hidup anda, jangan lupa kepada pesanan keramat saya ini ;
“Tingkatkan Ekonomi, Kurangkan Perbebelanjaan Hidup Anda!”
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 








Great post!
This is the difference between a victor’s mind and a victim’s mind.
A victor takes full responsibility of himself. It does not matter if his business fails, economy goes down in the country or any other failure in life.
When his business fails, he takes the responsibility to come back stronger, change strategy and comes out with a better business plan. When economy in the country goes down, he comes out with different ideas and be more creative to make more money.
A victim refuses to take full responsibility in life and keep blaming everyone else for his failure in life. He just does not find fault in himself.
Like your post man!
Clement Chee
http://www.The-Excellence-Blog.com
Clement Chee,
Thanks
berjimat cermat dan wang lebih yang ada masuk ke unit trust
Farra,
Saranan dan idea yang baik…
ko ckp senang la…klu ekonomi negara pon x stabil,mcm mn nk tingkat kan ekonomi sendiri. lani, nak dpat keje pon ssh beb.nak meniaga?aku pon xpndi? so apa tips ko?
hdao,
Sekiranya anda terus menyalahkan orang lain, anda tidak akan ke mana….
Eeeh.. tengok tu, tak pasal-pasal pulak salahkan dan marah kat saya pulak???
Apa yang dinyatakan oleh saya adalah untuk mendorong para pembaca blog ini agar dapat berfikir dan seterusnya berusaha serta bertindak daripada sikap menyalahkan orang lain yang selama ini mengakibatkan kebanyakan daripada masyarakat kita masih berada ditakuk lama….
Saya boleh beri tips dan pelbagai cara untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul atau yang ditimbulkan oleh individu itu sendiri, tetapi ianya tidak akan memberi sebarang kesan jika yang empunya diri masih bersikap ‘pesimis’ terhadap diri sendiri….
Tips pertama untuk anda, BUANG dan HAPUSKAN sikap MERUNGUT dan Menyalahkan orang lain itu!
Tips kedua, cuba ambil perkara penting dalam post ini, iaitu mula berusaha dan bertindak untuk ekonomi anda!
Jika anda malas berfikir serta malas untuk berusaha dan hanya sekadar mengharapkan tips dan bantuan mudah daripada orang lain, anda akan tetap dan kekal dengan ekonomi yang anda ada!
Jika anda susah nak dapat Keje, jangan salahkan orang lain, salahkan diri sendiri….tanya kenapa anda susah nak dapat keje? Mungkin anda memilih…!
Nak meniaga tidak pandai, (anda MERUNGUT lagi),…cubalah belajar cara untuk berniaga! Semua orang yang menjalankan perniagaan, mereka belajar dari awal juga….
Apakah anda akan berkata, “Saya nak membaca tetapi aku pun tak tahu membaca!” kepada masyarakat di sekeliling anda?
Sudah tentu anda akan ditertawakan oleh orang ramai
Dah tak tahu membaca, BELAJARLAH membaca!
Tak kan itu pun nak kena beritahu ?
Sendiri mau ingat la beb…
Semoga anda mampu bangkit dan merubah sikap dan cara berfikir anda….!
[...] Untuk pengetahuan pembaca blog pemikirkaya yang saya hormati sekalian, kata-kata itu saya petik daripada salah seorang pembaca blog ini yang meninggalkan komen beliau yang jujur dan tulus ikhlas berkaitan dengan masalah beliau sebaik membaca post saya yang anda boleh baca dengan KLIK DI SINI [...]
thax to u..sy bersyukur jumpa blog ni..sebenarnya semangat saya kian luntur..hidup pun dah macam tak bermatlamat je..yerla kerja makan gaji kan..asyik2 buat kerja yg sama..saya memang berniat untuk bekerja sendiri tetapi takut untuk mengambil risiko..selepas ni sy tahu jalan apa yg saya akan pilih..thanx again!!!
tinieBestt,
Risiko perlu dihadapi bukannya dielakkan…orang yang tidak mengambil risiko adalah oarang yang tak buat apa-apa…sebagai contoh apabila seseorang memandu kereta, mereka mungkin berhadapan dengan risiko kemalangan tetapi ianya masih berada dalam kawalan pemanduannya…hanya orang yang tak buat apa-apa sahaja yang tak ada risiko..
Semoga berjaya!