Salam pembaca blog pemikirkaya! Semalam saya ada memaklumkan bahawa saya baru sahaja pulang daripada KL selepas selesai perbincangan dan menandatangani perjanjian penerbitan buku pertama saya bersama TrueWealth Sdn Bhd.
Terima kasih saya ucapkan kepada saudara Syazwan dan juga Puan Nurazlin dari TrueWealth yang banyak membantu dalam perbincangan dan perjanjian penerbitan buku tersebut walaupun tanpa kehadiran Puan Nirmitha, Pengurus Kanan TrueWealth yang terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana ada perkara yang tidak dapat dielakkan!
Alhamdulillah, syukur kehadrat illahi kerana kini saya dapat menyertai barisan pengarang dan penulis hebat di bawah bumbung TrueWealth Sdn Bhd seperti :-
- Azizi Ali
- Irfan Khairi
- Eugene Yeng
- Brian Sher
- Ernie J. Zelinski
- John Ruck
- Mal Emery
- Jamilah Samian
- Dr Rozieta Shaari
- John Lee
- Jason Kelly
- Peter Spann
- Dr Christopher Lim
- Nimoiz TY
- Zamri Nanyan
- Daegan Smith
- Eruwan Gerry Norsen
- Bill Wermine
- Osman Affan
- Irwan Dahnil
- Syahazzly Izham Hamzah
- Mohd Suhaimy
- Mohammed Farid
- Hasbullah Othman & Megawati S.
- Zaharuddin Abd Rahman
- Omar Ariff
- Ahmad Tarmizi Jusoh
- Zulkifli Musa
- Dr Norman M. Norawi
- Gobala Krishnan
- Zahrul Azua & Syed Akil
- Syahril Jani
- Faisal Mohd Zabidy
- KC Lau
- An-Nawi
- Quincy Kandoh
Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah berkaitan impian saya untuk mencipta dan seterusnya memiliki salah satu daripada bentuk pendapatan pasif – royalti melalui penulisan buku!
Saya percaya ramai di antara anda yang memilki impian masing-masing!
Dan ada yang saban tahun berazam dan menetapkan matlamat masing-masing! (Jika anda nak tahu bagaimana nak menetapkan matlamat yang POWER? Dapatkannya di sini!)
Tetapi adakah anda benar-benar bertindak atau sekadar berangan-angan?
Bagi saya berangan-angan tidak salah tetapi ianya perlu disusuli dengan imaginasi!
“Tapi Thinkerich, apa bezanya angan-angan dengan imaginasi?”
Oh, ya! Angan-angan adalah apabila anda hanya berimpian kosong tanpa sebarang MATLAMAT!
Manakala Imaginasi anda berangan-angan dengan matlamat dan pelan tindakan!
Tetapi anda harus ingat dan faham konsep sebenarnya!
Angan-angan sahaja tanpa imaginasi tidak menjadi!
Imaginasi tanpa Matlamat pula tidak menjadi!
Imaginasi dan Matlamat tanpa Tindakan pun tidak menjadi!
Yang penting anda berangan-angan kemudian berimaginasi dengan matlamat dan BERTINDAK!
Saya percaya anda pasti beroleh apa yang anda impikan!
Salam kekayaan,
THINKERICH

Posted in 








Ho! ho! tahniah bro… apa tajuk buku bro yer?
shuth,
Terima kasih bro
Tajuknya “7 Cara Mengatasi Masalah Kekurangan Wang”
Dapatkannya dipasaran tidak berapa lama lagi…
Salam sukses Thinkerich,
Menarik tajuk buku ni,sesuai utk mereka yang bekerja jer ke?student cam saya ni pun boleh ke baca buku ni ?last question,berapa harga buku ni,senang nak bajet duit utk beli buku ni nanti.
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/
Miji,
Terima kasih, buku ini sebenarnya sesuai untuk semua peringkat umur…
Golongan student macam Miji adalah yang paling sesuai membaca buku ini kerana anda akan dapat belajar banyak perkara tentang pengurusan kewangan sebelum menempuh alam perkerjaan…yang paling penting anda akan dapat tahu bahawa konsep masa dan perancangan awal amat penting dalam perancangan kewangan peribadi seseorang…
Tentang harga saya belum pasti kerana saya belum dimaklumkan oleh pihak penerbit …tetapi kalau tak silap harga biasa buku terbitan TrueWealth lingkungan RM39.90 hingga RM49.90 sahaja…
Tahniah, kerana Miji dah pun membuat perancangan awal untuk menyimpan dan melabur bagi diri sendiri…
Welcome aboard!
Bila agaknye terbit tu ? Bole buat reunion dah ni
Irwan,
Terima kasih….
Pasal penerbitan tu…kena tanya Pn. Nirmitha
Reunion..Bagus cadangan tue…nanti kita cari masa dan tempat yang sesuai
Wah!!! Otai2 dah ada nie..
Nak join minum skali leh.. :p
Semoga terus success bro.. Buat diriku jua..
Salam bro,
Tahniah Along ucapkan..
anda sudah melangkah..
lepas nie teruskan berlari..
Rezeki Allah Maha Luas
TULIS MATLAMAT DAN IMPIAN ANDA BIAR RAKAN LAIN BACA DAN DOAKAN!
http://matlamat.com