“Jangan pandang Belakang…”
Itu adalah judul filem box office…yang meletup di pawagam negara sepanjang tahun 2007
dan berjaya mengutip RM 7.5 juta…
Apa yang boleh kita belajar daripada judul tersebut?
Sekiranya kita takut, menderita, susah hati, kecewa dan sebagainya yang tidak membawa sebarang kebaikan pada kehidupan masa depan kita….
Adalah lebih baik kita tidak memikirkannya atau mengenangnya kembali..
Apa yang berlaku telah terjadi dan kita tak dapat membetulkannya semula..namun kita boleh jadikannya sebagai pengajaran untuk tidak mengulangi perkara yang sama…
Kenyataan ini benar!
Sememangnya kita tidak boleh kembali pada masa lalu (lampau)..
Sebaliknya minda kita, ingatan kita, emosi kita boleh kembali pada masa lalu…
Kita mempunyai pilihan sama ada untuk mengenang kembali kisah silam yang gembira atau kisah duka..
Apabila minda kita kembali pada kisah duka, ianya akan mempengaruhi emosi dan tingkahlaku kita…
Begitu juga jika kita kembali pada kisah silam yang menggembirakan…
Sebenarnya perasaan rindu, sedih, kecewa bukan terjadi dengan sendirinya, tetapi kita yang SENGAJA menwujudkan perasaan tersebut…dengan membuatkan ianya bermain dalam fikiran kita…emosi kita…tingkahlaku kita…
Ianya seolah sebuah video/CD/DVD player yang mana anda sengaja memainkan semula kisah-kisah tersebut…apabila kita mengingati semula kisah silam yang mengembirakan kita akan merasa gembira, begitulah sebaliknya…
Kita hidup kehadapan bukannya kebelakang…rancang hidup untuk berjaya di dunia dan akhirat!
Manusia tidak boleh lari daripada melakukan kesilapan, tetapi boleh kembali ke pangkal jalan…
Salam motivasi,
THINKERICH
Mengenai Penulis
Khairulnahar a.k.a Thinkerich merupakan seorang blogger dan Internet Marketer yang aktif menyediakan informasi berbentuk pendidikan kewangan dan motivasi.
Mula bergiat aktif dan menceburkan diri dalam perniagaan internet tempatan sejak tahun 2007.
Kemahiran beliau adalah berkongsi idea-idea pengurusan wang dan menulis produk informasi kewangan sama ada di blog, ebook dan buku.
Sehingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku (termasuk dalam proses penerbitan) dan lebih 20 ebook yang membincangkan tentang pengurusan kewangan peribadi dan motivasi.
Beliau juga merupakan seorang Konsultan Kewangan yang ditauliahkan sebagai Affiliate Registered Financial Planner (Affiliate RFP) oleh Majlis Perancang Kewangan Malaysia atau Malaysian Financial Planning Council (MFPC).
*Nota Penting: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan penulis mengenai Khairulnahar a.k.a Thinkerich di atas tidak dibuang.
Semua Artikel Di Blog Ini Adalah Hakcipta Terpelihara (c) PemikirKaya.com.
Tidak boleh digunakan tanpa kebenaran terlebih dahulu.


Posted in 








Salam sejahtera Tuan.
Artikel motivasi sangat menarik.
Benar. Hari ini adalah hari ini. Apa yang sedang kita lalui kini adalah hari ini. Tiada kelmarin dan tiada esok. Kelmarin sudah berlalu manakala esok pula masih belum menjelma.
Salam maju jaya.
Hadi Rofiee,
Salam kembali
Terima kasih tuan, semoga ianya bermanfaat dan dapat dikongsi dengan semua
Assalamuaalaikum,
Biarkan sejarah terpahat sebagai satu sejarah tanpa mengira sama ada sesuatu yang gembira atau duka. Hidup kita mesti diteruskan dan seharusnya berfikiran lebih luas ke hadapan dalam menentukan jatuh bangun kita. Apa2pun semoga esok masih ada dan selamat berjuang kepada semua kawan2.
Selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak.
post yang menarik untuk dikongsi..terima kasih tuan..moga kita terus memandang ke hadapan
mhnizam,
Terima kasih kembali
Ya, terus maju ke hadapan…
Jangan mundur
jgn sesekali pandang ke belakang walaupun ada org yang cube heret kita ke arah itu..(kenangan) tetapkan matlamat ke depan.. caiyok!