Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

KENAPA ANDA ‘BORING’?

Salam pembaca blog pemikirkaya.

Adakah anda pernah mengalami masalah ‘boring’…

Ya, masalah yang muncul bila mana anda tidak tahu apa yang nak dibuat atau mungkin juga anda terlalu lama membuat sesuatu kerja yang sama…

Boring dalam kes pertama terjadi kerana anda tidak mempunyai matlamat dalam hidup anda.

Oleh kerana anda tidak mempunyai sebarang matlamat,  maka anda tidak merancang apa-apa untuk hidup anda.

Bagi anda yang kaki berhibur, biasanya jika masa anda tidak diisi dengan aktiviti hiburan, maka anda akan merasa boring jika tidak dapat melakukan sebarang aktiviti hiburan…

Anda juga akan boring jika aktiviti hiburan yang anda lakukan tersebut tidak lagi menarik minat anda…

Saya percaya kebanyakan daripada kita lebih suka berhibur daripada belajar sesuatu yang baru.

Contohnya lebih ramai yang suka mengikuti konsert dari menghadiri seminar atau bengkel ilmu…

Lebih ramai yang suka menonton TV daripada membaca buku…

Lebih ramai yang suka mendengar lagu sepanjang masa daripada mendengar bahan audio motivasi atau bahan ilmiah yang lain…

Lebih ramai yang memuat turun lagu daripada memuat turun ebook yang bermanfaat daripada media internet…

Lebih ramai yang berbelanja daripada menyimpan…

Lebih ramai yang membeli daripada menjual…

Pendek kata, kebanyakan orang lebih senang untuk mengikuti majoriti yang lain lakukan.

Saya tidak bermaksud anda tidak boleh berhibur, apa yang ingin saya katakan di sini, jangan terlalu banyak berhibur nanti anda akan menjadi lalai..

Ya, lalai! Ramai yang menjadi hilang tumpuan dan fokus hanya kerana lebih mengutamakan hiburan daripada matlamat asalnya.

Ini menyebabkan apabila mereka melakukan kerja, mereka lebih cepat boring dan mula mencari hiburan..

Hmm..maka tak hairanlah kini, lebih ramai orang banyak membuang masa kerja mereka melalui  laman sosial seperti FB (Facebook) :)

Pendek kata, perasaan bosan a.k.a boring hanya akan muncul bila mana kita melakukan sesuatu tanpa fokus dan matlamat yang jelas…akibatnya kita hilang tumpuan  dan mula mencari sesuatu yang baru…yang boleh menghiburkan kita..

Begitu juga jika kita menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia yang berkesudahan dengan SERI tanpa jaringan 0-0…

Buakankah ianya cukup memboringkan?

Hanya dengan jaringan gol sahaja yang dapat mengembirakan kita para penonton mahu pun para pemain…

Samalah juga dalam apa sahaja tindakan kita hari ini, jika kita berjaya mencapai matlamat (goal dalam Bahasa Inggeris)  kita akan lebih gembira…

Jadi pesan saya, sekiranya kita tidak mahu terperangkap dengan perasaan boring….maka tetapkan matlamat bagi setiap tindakan kita dah capai matlamat tersebut dan anda pasti akan lebih gembira :)

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm