Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

KITA MESTI TERUS KE DEPAN BUKAN KE BELAKANG!

Salam pembaca sekalian :)

Bagi umat Islam, selamat menjalankan ibadah puasa dengan penuh takwa…

Kita Mesti Terus Ke Depan, Bukan KeBelakang!

Ya, itulah kata-kata motivasi yang ingin kita selami dan pelajari pada hari ini.

Seringkali ramai yang kecewa dengan kegagalan lalu…

Masih lagi meratapi dan mengenangkan nasib lalu secara berterusan…

Masih lagi kaku dan berada ditakuk yang lama dan hidup biasa-biasa…

Kenapa kita harus membiarkan kegagalan lalu menguasai dan mencorakkan kehidupan masa depan kita?

Bukankah kita hidup ke depan dan bukannya kebelakang?

Jadi mengapa masih mengenangkan kisah lalu secara berpanjangan?

Sudah, cukup dan berhentilah membiarkan diri kita dikuasai kegagalan yang lalu.

Harus diingat kesilapan sama ada kecil atau besar seringkali kita lakukan dalam hidup kita.

Cuma ada yang kita kira ianya sebagai suatu masalah yang KITA NAMAKANNYA sebagai KEGAGALAN dan yang lainnya kita anggap ianya perkara biasa.

Itu PILIHAN yang kita BUAT!

Pernahkan kita terfikir?

Cuba perhatikan setiap detik dan saat yang kita lalui, pasti ada sedikit kesilapan yang kita tempuhi namun yang membuatkan ianya berbeza adalah bagaimana kita BERTINDAKBALAS ke atas situasi tersebut!

Ketika saya menulis artikel ini, terdapat banyak kesilapan dari segi ejaan dan susunan frasa yang berlaku.

Namun saya tidak berhenti dari menulis. Saya ambil tindakan dan betulkannya sehingga ianya cukup untuk sampaikan apa yang ingin saya kongsikan dengan pembaca semua.

Kerana saya tahu saya perlu terus ke depan, hidup pada saat dan masa seterusnya.

Meneruskan penulisan di blog ini, berkongsi segala maklumat berkaitan motivasi, kekayaan dan kewangan peribadi agar lebih ramai yang mendapat idea dan manfaat untuk kebahagian, kesejahteraan dan kekayaan hidup mereka.

Saya tidak memilih untuk berhenti daripada menulis, biarpun terdapat juga cemuhan dan kritikan daripada sesetengah pengunjung blog ini yang kurang bersetuju dengan apa yang saya sampaikan…

Oleh kerana saya terus ke depan maka hingga ke saat ini pembaca semua masih lagi dapat membaca tulisan saya di blog ini :)

Kesimpulannya, apa yang saya cuba kongsikan di sini, biar apapun kesilapan yang kita lakukan, ambil tindakan dan betulkannya sebab kita mesti hidup ke hadapan bukannya ke belakang!

Praktikkan perkara ini dalam hidup anda!

InsyaAllah…kejayaan akan bersama kita semua!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Mengenai Penulis

Khairulnahar a.k.a Thinkerich merupakan seorang blogger dan Internet Marketer yang aktif menyediakan informasi berbentuk pendidikan kewangan dan motivasi.

Mula bergiat aktif dan menceburkan diri dalam perniagaan internet tempatan sejak tahun 2007.

Kemahiran beliau adalah berkongsi idea-idea pengurusan wang dan menulis produk informasi kewangan sama ada di blog, ebook dan buku.

Sehingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku (termasuk dalam proses penerbitan) dan lebih 20 ebook yang membincangkan tentang pengurusan kewangan peribadi dan motivasi.

Beliau juga merupakan seorang Konsultan Kewangan yang ditauliahkan sebagai Affiliate Registered Financial Planner (Affiliate RFP) oleh Majlis Perancang Kewangan Malaysia atau Malaysian Financial Planning Council (MFPC).

*Nota Penting: Anda dibenarkan untuk menyalin, menyebar dan meletakkan artikel ini di blog atau laman web anda selagi anda tidak mengubah isi kandungan artikel ini dan keterangan penulis mengenai Khairulnahar a.k.a Thinkerich di atas tidak dibuang.

Semua Artikel Di Blog Ini Adalah Hakcipta Terpelihara (c) PemikirKaya.com.

Tidak boleh digunakan tanpa kebenaran terlebih dahulu.

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm