Salam pembaca pemikirkaya!
Ada yang kata tak guna berfikir sahaja tanpa bertindak!
Ya, memang betul dan saya akuinya!
“Habis tu kenapa U namakan blog Pemikir Kaya, suruh orang berfikir untuk menjadi kaya sahaja?” komen seorang pembaca blog saya yang tak puas hati dengan penulisan saya!
“Berfikir sahaja tanpa bertindak tak memberi sebarang makna!”, tambahnya lagi.
Erks, saya mohon maaf ! Mungkin saudara/i yang memberi komen nie perlu sedar bahawa saya tak boleh bertindak untuk orang lain!
Saya hanya boleh memberi tip dan dorongan serta kaedah, itu sahaja yang saya termampu!
Tindakan itu sudah pasti datang daripada diri masing-masing!
Dan sudah tentulah untuk apa sahaja yang kita lakukan, kita perlu gunakan akal fikiran yang dianugerahkan untuk kebaikan!
Saya tidak fikir menjadi satu kesalahan jika kita berfikir terlebih dahulu sebelum kita bertindak!
Erks..apa yang lebih merbahaya jika kita “bertindak tanpa berfikir”!
Saya harap tuan punya badan yang membuat komen faham keadaan yang sebenar-benarnya!
Blog ini saya sediakan untuk berkongsi maklumat tentang apa sahaja subjek berkaitan motivasi sama ada untuk menjadi kaya, mengurus kewangan, dan juga peribadi.
Saya akui saya hanya mampu memberi sumbangan idea untuk para pembaca blog ini kerana seperti yang saya nyatakan di atas, saya tidak boleh bertindak untuk orang lain!
Saya tidak boleh makan bagi pihak anda, kerana yang kenyang adalah saya
!
Begitu juga dengan tindakan, jika saya bertindak, hasilnya saya yang dapat!
Jika anda nak kan hasilnya, anda perlu bertindak dan lakukan sendiri!
Jadi persoalan kepada yang mana dahulu? Fikir atau Bertindak?
Jawapannya ada pada anda!
Kerana saya hanya mampu memberi idea dan buah fikiran, yang bertindak adalah anda!
Salam kekayaan,
THINKERICH
p/s : Fikir kemudian bertindak itu yang terbaik!

Posted in 








saudara telah memberi ulasan yang agak baik.tp mungkin itu sahaja yang saudara mampu huraikan.tp isu yang saya tekan ialah kesesuaian blog saudara yang bergelar ‘pemikirkaya’.kenapa bukan saudara gunakan satu blog yang menggabung dua perkara yang saya tekankan iaitu “berfikir dan bertindak”? dua elemen ini amat perlu saudara. tukar la nama blog saudara ni supaya lebih hebat….
azeezuul,
Terima kasih di atas cadangan dan pandangan yang diberikan itu …
Saya tidak ada sebarang masalah dengan domain name tersebut, saya sukakannya!
Ianya unik!
Dan semua pembaca blog ini juga tak ada masalah dengannya…
Jika anda ada masalah dengan nama tersebut, saya mohon maaf kerana saya tak dapat memuaskan hati anda!
“kalau kail panjang sejengkal, jangan menduga lautan dalam saudara” pembaca blog saudara pun no respone nampaknya…saudara sahaja yang merespon bg piohak mereka nampaknya..
saya fikir dahulu sbelum buang
Afyan,
Ya, baru saya teringat!
Kempen yang pernah dilancarkan suatu ketika dahulu oleh pihak kerajaan bagi menjaga kebersihan alam sekitar..
“Fikir Dahulu Sebelum buang!”