Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

RANCANG SEBELUM BERHENTI KERJA

Salam pembaca blog Pemikir Kaya!

Apa khabar? Semoga sihatlah hendaknya.

Baiklah kali ini kita akan berbicara tentang perancangan kerjaya daripada seorang pekerja makan gaji kepada seorang usahawan, tak kiralah sama ada perniagaan konvensional mahu pun internet.

Saya seringkali mendengar sesetengah usahawan seperti MLM, Insuran, Unit Trust dan tidak ketinggalan juga IM yang bergiat sepenuh masa mempersenda mereka yang makan gaji.

Ada pula dikalangan mereka cuba mempengaruhi rakan -rakan mereka yang menjalankan bisnes secara sepenuh masa supaya berhenti daripada kerja makan gaji.

Dari sudut positif mereka mungkin ingin membakar semangat dan motivasi kita, sebaliknya mungkin mereka inginkan komitmen kita bersama kumpulan mereka bagi menjayakan kejayaan mereka juga.

Bagi saya tidak semua orang memiliki keupayaan dan kekuatan bisnes yang sama.

Ada yang perlukan masa yang singkat manakala ada juga yang perlukan masa yang lebih panjang sebelum membuat keputusan dalam memulakan bisnes secara sepenuh masa.

Apa pun alasannya, perancangan adalah segala-galanya dalam perkara ini.

Ungkapan popular, “Gagal Untuk Merancang, Bermakna Merancang Untuk Gagal”!

Bayangkan jika seseoang itu terus terjun ke dalam bisnes tanpa sebarang perancangan dari segi mental, emosi dan kewangan, apa yang akan terjadi?

Sudah pasti mereka bakal berdepan depan dengan pelbagai kesukaran untuk menghadapi hari-hari yang bakal mereka tempuhi.

Saya sendiri telah melihat rakan-rakan yang masih belum mempunyai pendapatan stabil, (hmm..apa yang pasti tiada perancangan kewangan yang kukuh) tetapi berjaya mendapat pendapatan yang lumayan dalam masa yang singkat, mula berasa ego dan bongkak dengan memperlekekah pekerjaan makan gaji mereka dan orang lain, kemudian ambil keputusan berhenti!

Malangnya, langit tak sentiasa cerah, apabila ekonomi mulai merundum, pendapatannya juga mulai menurun. Sudah pasti dalam keadaan tersebut kewangannya juga mulai tidak menentu.

Jadi, jelaslah di sini jika kita berpendapat bisnes separuh masa yang kita lakukan itu baik dan dapat merubah masa depan kewangan kita kelak, buatlah perancangan terlebih dahulu.

Jutawan Internet seperti Irfan Khairi sendiri pun tidak terus terjun dalam bisnes internet sepenuh masa sebaliknya mengambil masa beberapa tahun menjalankannya secara part-time terlebih dahulu.

Usahawan Internet terkenal Zamri Nanyan sendiri pun menjalankan bisnes internetnya separuh masa selama 7 tahun tetapi dalam masa yang sama masih bekerja makan gaji sebelum mengambil keputusan berhenti kerja setelah perancangan beliau berjaya. Baca kisah beliau sepenuhnya dengan KLIK DI SINI

Jelaslah di sini rancang dahulu keputusan anda sebelum terjun secara sepenuh masa dalam bisnes yang anda minati. Pastikan anda telah memiliki pengalaman secukupnya, memahami perjalanan bisnes tersebut serta selok beloknya.

Yang penting sekali kedudukan kewangan anda kukuh dan mempunyai SEKURANG-KURANGNYA 6 bulan pendapatan daripada jumlah perbelanjaan bulanan anda.

Ehem..ehem..jangan lupa, pastikan anda juga telah memiliki pelan perlindungan risiko yang betul!

Salam kekayaan,

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

5 Responses to “RANCANG SEBELUM BERHENTI KERJA”

  1. maizul.com says:

    Seperti dalam audio terbaru Zamri Nanyan bersama Patric Chan mesti ada sebab yang kukuh sebelum terjun ke sepenuh masa kalau tidak ianya tindakan seperti membunuh diri. Kalau dilihat dari artikel bro pemikirkaya semuanya mengembil masa bertahun2 tiada jalan singkat.

  2. Thinkerich says:

    Maizul,

    Ya, tuan Maizul kita perlu ada SEBAB YANG KUKUH a.k.a KENAPA kita perlu berhenti kerja dan buat bisnes sepenuh masa.

    Tiada jalan singkat, perlu ada perancangan…

  3. Assalamualaikum. Memang benar sebelum berhenti kerja dan menceburi bidang biznes sepenuh masa pastikan kita mempunyai pelan tindakan yang cukup dan efektif. kalau tidak risiko yang diambil tidak menepati sasaran yang diharapkan.

  4. anas says:

    assalamualaikum tuan..

    ini kisah saya yg mana saya pernah makan gaji dahulu sebelum terjun ke dunia perniagaan dan saya rasa saya dalam kategori yang tiada membuat persediaan sebelum masuk ke dunia perniagaan. untuk pengetahuan tuan saya menjalankan khidmat juru runding alam sekitar. gaji akhir saya ialah 28 februari 2010. saya memulakan perniagaan dengan 0.00 modal.

    dan sebenarnya saya bukanlah hendak berniaga konvensional sebaliknya business networking+mlm.. tapi Allah itu maha kaya saya bermula dengan 1 projek dan menapak selangkah demi langkah.. bagi saya apa pun ynag kita lakukan sebaiknya kita istikharah minta petunjuk dari Allah swt.

    hebatnya dunia perniagaan kerana ada hadis nabi juga mengatakan bahawa 9/10 rezeki itu puncanya dari perniagaan namun harus diingat juga risikonya juga 9/10!

    Saya hanya berusaha dan selebihnya saya bertawakal kepada Allah. Alhamduloillah… sejak saya mula bekerja makan gaji pada tahun 2006 sehingga Febr 2010.. jumlah gaji terkumpul saya ialah RM 100,000++. namun dengan saya mula berniaga, pada bulan Feb sehingga October 2010 saya telah mengumpulkan RM 67,000 iaitu 3/4 daripada gaji saya selama 4 tahun.. masya Allah… subhanallah..

    namun saya tetap beringat bahawa rezeki ini semuanya dari Allah.. dia boleh bagi n tarik pada bila-bila masa yang dkehendaki..

    saya berharap ramai lagi org muslim yang ada keinginan berniaga usahakanlah dari kecil-kecilan sebelum menapak ke perniagaan lebih besar..

    sekadar perkongsian kecil…

    wassalam.

    • Thinkerich says:

      Salam,

      Saudara Anas,

      Alhamdullilah, saudara dikurniakan rezeki dan kejayaan dalam perniagaan. Teruskan perjuangan dan terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman dan cerita menarik yang boleh dijadikan panduan buat pembaca blog ini. Tahniah dan semoga terus berjaya . Amin!

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm