Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

Salam Maal Hijrah 1432H

Salam Maal Hijrah saya ucapkan kepada semua pembaca blog pemikirkaya.

Semoga dengan kedatangan tahun baru hijrah ini dapat mendorong kita semua berhijrah daripada perkara yang baik kepada perkara yang lebih baik.

Hijrah tidak semestinya hijrah atau berpindah tempat tinggal sahaja tetapi ianya turut menuntut penghijrahan dan perubahan minda dan cara berfikir, sikap dan tabiat, amal ibadat, kesihatan rohani dan fizikal, kewangan dan pelbagai lagi.

Kuasa hijrah amat besar kesannya kerana ianya akan mempengaruhi hala tuju dan masa depan kehidupan kita. Sebut tentang hijrah ini, saya terkenangkan kembali kisah 8 tahun yang lalu, bagaimana saya membuat keputusan untuk membawa keluarga saya berhijrah meninggalkan tanah Semenanjung menuju ke Pulau Labuan yang begitu asing bagi saya dan keluarga.

Alhamdulillah, berkat niat dan doa keluarga serta mereka yang sentiasa berada di sekeliling saya serta usaha gigih yang telah saya usahakan, kini saya sekeluarga menemui dan menikmati kehidupan yang jauh lebih baik dari sebelumnya. Alhamdulillah, penghijrahan destinasi yang turut sama menuntut saya ‘hijrah’ minda, sikap dan segala-galanya dalam diri saya dan keluarga.

Begitulah betapa besarnya hikmah hijrah dalam kehidupan ini.

Jika sekiranya anda dapati kehidupan anda masih lagi ditakuk lama dan memerlukan sesuatu perubahan kearah yang lebih baik, maka buat keputusan dan ambillah pilihan untuk berhijrah. InsyaAllah, anda akan temui sesuatu yang jauh lebih baik daripada sebelumnya.

Salam kekayaan & Salam Maal Hijrah,

THINKERICH

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “Salam Maal Hijrah 1432H”

  1. dhommilah irsab says:

    Salam maal hijrah untuk thinkerich..
    semuga tahun ini perolehi keberkatan dan restu ilahi yang melimpah ruah ye…
    teruskan blog anda dan berkongsi ilmu & tip berguna.
    Amin

Leave a Reply to Thinkerich

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm