Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

SAYA MALU!

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Semoga berada dalam keadaan sihat, ceria dan keadaan bermotivasi selalu hendaknya.

Hmm..tajuk post hari ni agak berbeza dari kebiasaannya. Anda ingin tahu siapa yang malu?

Bukan saya..tapi seorang rakan saya yang datang bertemu saya lalu meluahkan masalah yang sedang beliau hadapi..

Ceritanya begini, rakan saya ni mempunyai seorang anak yang mengalami masalah ‘lembam’ atau lemah, lembap dan tak cerdas dalam pelajaran sekolahnya.

Lalu anaknya telah pun dimasukkan ke kelas pendidikan khas kerana guru-guru biasa tak dapat memberikan tunjuk ajar menggunakan kaedah biasa yang diterima oleh pelajar lain yang sebaya dengannya…

Maka si bapa ni pun merasakan perkara tersebut sesuatu yang memalukan buat dirinya suami isteri hinggakan mereka berdua tertekan ketika menjalankan tugas di tempat kerja.

Mereka berdua sebenarnya bukan apa, hanya segan, malu, risau dan gelisah dengan kata-kata orang di sekitarnya.

Yalah, anak mereka tak pandai, tak cerdik, lembam hinggakan dimasukkan ke sekolah dan kelas pendidikan khas! Tak macam anak-anak orang lain…

Hmm..lihat jika kita membuat andaian, tanggapan yang salah..maka emosi dan pemikiran kita juga akan rosak!

Apalah sangat dengan sindiran dan kata-kata orang (sekiranya ada)…pedulikannya!

Yang penting beliau telah mengambil langkah yang tepat dengan menghantar anaknya ke sekolah pendidikan khas! Sudah tentulah cara dan kaedah pembelajarannya juga berbeza dan lebih berkesan daripada sekolah biasa.

Saya nasihatkan beliau supaya redha dan bersyukur dengan kurniaan illahi kerana anaknya masih mempunyai fizikal yang cukup…jika dibandingkan dengan anak-anak orang lain yang mempunyai kecacatan anggota!

Jadi, beliau tak perlu malu!

Saya pun ceritakan kepadanya tentang kisah sepasang suami isteri yang sabar dan tabah, serta amat prihatin terhadap anaknya yang cacat anggota kaki.

Setiap pagi si bapa akan menolak kerusi roda yang dinaiki anaknya melintas jalan ke sekolah dan begitu juga pada waktu pulang!

Lihat, mereka tidak malu! Bahkan cukup sabar membesarkan anaknya itu.

Jadi saranan saya kepada para pembaca sekalian, sekiranya kita merasa malu dengan kekurangan yang ada pada diri atau ahli keluarga kita, cepat-cepatlah muhasabah diri, bersyukur dan fikirkan kekurangan orang lain yang lebih teruk daripada kita.

Cari kekuatan dan kelebihan yang ada pada kita, jangan sesekali membandingkan kekurangan kita dengan kelebihan orang lain kerana apa yang pasti ianya akan menjatuhkan motivasi dan jati diri anda.

Saya berharap semoga rakan saya tersebut sedar dan dapat bangkit daripada perasaan malu tersebut untuk terus membesarkan anaknya dengan penuh kesabaran.

THINKERICH

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm