Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

SEDIAKAN PERANCANGAN SEKARANG!

Salam pembaca sekalian,

Saya kira masih belum terlambat untuk kita semua menyediakan perancangan hidup dan sasaran serta azam tahun baru yang ingin kita semua capai pada tahun 2011 ini.

Ramai orang yang mempunyai azam tahun baru mereka tetapi sayangnya ianya hanya sekadar azam yang diucapkan sahaja.

Ya, sekadar berkata-kata tetapi tidak jelas bagaimana ingin mencapainya.

Kata orang, berkata-kata itu amat mudah tetapi melaksanakannya tak semudah yang diucapkan.

Saban tahu pelbagai azam baru yang boleh diazam dan diucapkan oleh setiap orang. Ada yang ingin kuruskan badan, ada yang ingin tingkatkan simpanan, ada yang ingin beli kereta baru, ada yang ingin beli rumah sendiri, ada yang ingin hapuskan dan bebaskan diri daripada hutang, ada yang ingin cari jodoh dan tak kurang pulang yang ingin kahwin baru ­čśŤ

Malangnya hampir kebanyakan azam yang telah dibuat tidak tercapai hanya kerana kita sendiri tidak jelas bagaimana nak laksanakan dan capai azam tersebut.

Bercakap memang mudah tetapi tindakanlah yang akan menentukan sama ada azam yang kita perkatakan itu dapat dicapai atau tidak.

Sebagai contoh jika kita ingin turunkan berat badan, antara tindakan pertama yang perlu kita rancangakan adalah dari segi pemakanan kita. Lihat apa yang kita makan dan bagaimana tabiat makan kita. Kemudian lihat pula aktiviti fizikal yang kita lakukan adakah ianya bersesuaian dengan pengambilan kalori pemakanan kita.

Dari situ bolehlah kita mulakan perancangan diet dan aktiviti fizikal yang ingin kita lakukan. Lakukan  perancangan harian, mingguan, dan bulanan.

Begitu juga jika kita ingin menambah pendapatan. Pertama sekali kita perlu ada ilmu dan tahu bagaimana dan cara mana untuk menghasilkan pendapatan tambahan tersebut. Terlalu banyak sumber rujukan yang terbukti berkesan yang boleh kita semua gunakan untuk membantu kita dalam era sumber maklumat ini.

Taip sahaja apa yang anda inginkan pada enjian carian…pasti anda akan dapat cari jawapan yang anda mahukan. Tapi harus diingat jangan pakai ambil je, perlu buat sedikit kajian dan semakan terlebih dahulu sebab┬ásumber buat wang dalam internet tak semuanya benar kerana ianya dibanjiri dengan program scam dan skim cepat kaya!

Ingat setiap azam mesti ada sasaran masa atau target tertentu. Jika kita berazam tetapi tak meletakkan tanda aras pencapaian atau tempoh masa sudah pasti agak sukar untuk kita menilai pencapaian kita. dan bila tiada penilaian, sudah pasti azam hanya tinggal azam.

Apa yang ingin saya nyatakan di sini perancangan itu amat penting. Masa akan terus berjalan tanpa menunggu kita. Jadi perancangan amat penting untuk memastikan masa yang ada akan dapat kita gunakan untuk mencapai impian dan azam kita.

Azam juga boleh dijadikan sebagai hijrah kita untuk berubah daripada yang baik kepada yang lebih baik!

Jadi mulakanlah buat perancangan sekarang juga. Ambil masa beberapa minit dan tetapkan satu azam hari ini dan pandang jauh ke depan dan kita semua punyai 360 hari lagi sepanjang tahun 2011 untuk realisasikan azam tersebut.

Ingat, azam tersebut perlu diikuti dengan perancangan harian, mingguan dan bulanan. jangan terlalu terikat dengan perancangan asal yang dibuat. Sesuaikannya dan ubah dari masa ke semasa bila kita menemui cara yang lebih baik dan berkesan untuk mencapai matlamat, impian dan azam kita itu.

Yang penting azam kita tercapai. (sudah pastilah ianya mesti ikut norma yang betul).

Jangan risau, perubahan perancangan itu adalah satu proses biasa yang perlu kita lalui dan perbetulkan dari masa ke semasa.

Jadi┬ámulakan hari ini dengan membuat perancangan sebelum mengambil┬átindakan…

THINKERICH

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to “SEDIAKAN PERANCANGAN SEKARANG!”

  1. paiee says:

    akum.saya dah 5 kali buat bisnes semua gagal.dalam bulan mei saya akan mendapat wang sebanyak 30k.bagaimana saya nak uruskan duit tersebut.pernah juga saya melabur dalam perniagaan direct selling seperti radix,alakaline,kopi tongkat ali.tak lama tutup kompeni tu.saya terpaksa membayar semula wang down line bawah saya.boleh bagi tips.thanks…

  2. Thinkerich says:

    paiee,

    Saya cadangkan tuan laburkan untuk diri sendiri dalam ilmu terlebih dahulu seperti membeli buku (dah tentu kena baca), hadir seminar dan dapatkan mentor…

    Untuk gambaran lebih jelas tentang kewangan dan pelaburan, elok rasanya tuan dapatkan ebook Kewangan Peribadi melalui laman berikut:-

    http://www.KewanganPeribadi.com

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm