Tahniah HAZAMA Juara AF 9

Salam pembaca blog pemikirkaya.

Dalam post kali ini saya masih nak kongsikan tentang semangat juang yang tinggi dalam apa sahaja usaha yang kita lakukan.

Jika dalam post sebelum ini saya ada kongsikan tentang semangat juang pasukan Terengganu yang menjuarai Piala FA 2011, daripada ketinggalan 0-1 dan berjuang hingga ke wisel penamat (gol jaringan sendiri pasukan Kelantan pada minit terakhir perlawanan) hingga mengikat perlawanan ke masa tambahan dan akhirnya berjaya membuahkan hasil (menang 2-1) hingga dinobatkan sebagai Juara!

Kali ni saya juga nak kongsikan juga tentang semangat juang yang tak kenal erti putus asa yang akhirnya memberi kemenangan kepada HAZAMA untuk dinobatkan sebagai Juara AF musim 9!

Hazama pada mulanya bukanlah di antara 12 pelajar AF 9 yang dipilih di peringkat awal sebaliknya pelajar yang di bawa masuk hanya pada pertengan musim.

Yang menariknya juga, Hazama sebenarnya merupakan salah seorang calon pelajar AF 4 yang gagal memasuki akademi pada musim ke 4 tersebut dalam konsert prelude, 5 tahun yang lalu.

Namun kerana azam dan semangat yang tinggi, beliau tak berputus asa dan kecewa dengan kegagalan tersebut. Bahkan beliau mencuba dan belajar sendiri melalui pengalaman bersama artis-artis dan penyanyi dan juga band yang berjaya selama 5 tahun lamanya, sehingga diberikan kepercayaan sebagai penyanyi sandaran untuk Meet Uncle Hussien.

Kejayaan Hazama juga sebenarnya banyak bergantung kepada pengalaman yang beliau perolehi dan belajar dari luar dan bukannya dari dalam Akademi sahaja.

Apa yang boleh kita semua pelajari daripada kejayaan Hazama?

Untuk berjaya, kita tak semestinya belajar secara formal sahaja dalam sesuatu bidang tertentu, tetapi kita masih belajar melalui kaedah ‘streetsmart’!

Ya, belajar melalui pengalaman sebenar adalah lebih baik daripada hanya bergantung harap kepada teori dan pihak lain semata-mata.

Biarpun Hazama bukanlah artis yang bernaung di bawah Maestro Talent sebelum ini (syarikat pengurusan artis untuk bekas pelajar AF) beliau berusaha sendiri pendedahan dan peluang untuk menjadi seorang penyanyi dan penghibur.

Jadi jika sekiranya kita gagal sekali, ingat kejayaan masih berada di luar sana menanti kita. Tapi ingat ianya hanya akan menjadi milik kita jika kita terus mencuba dan terus mencuba tanpa kenal erti putus asa.

Semoga berjaya dalam apa jua yang kita usaha dan impikan!

Never, Never, Never Give Up!

THINKERICH

Be Sociable, Share!

KJ

Khairulnahar a.k.a KJ merupakan seorang blogger (www.PemikirKaya.com) dan Internet Marketer yang aktif menyediakan informasi berbentuk pendidikan kewangan dan motivasi. Mula bergiat aktif dan menceburkan diri dalam perniagaan internet tempatan sejak tahun 2007. Kemahiran beliau adalah berkongsi idea-idea pengurusan wang dan menulis produk informasi kewangan sama ada di blog, ebook dan buku. Sehingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku (termasuk dalam proses penerbitan) dan lebih 20 ebook yang membincangkan tentang pengurusan kewangan peribadi dan motivasi kekayaan & kewangan diri. Beliau juga merupakan seorang Konsultan Kewangan yang ditauliahkan sebagai Affiliate Registered Financial Planner (Affiliate RFP) oleh Majlis Perancang Kewangan Malaysia atau Malaysian Financial Planning Council (MFPC).

Leave a Reply

Your email address will not be published.