Motivasi, Perniagaan, Kewangan Peribadi

TEH TARIK SATU!SIAPPP…!

Pernahkah anda mendengar ungkapan ini?
“Mamak! Teh Tarik satu…!”

“Siappp..!
“Ya, ungkapan ini biasa kita dengar jika selalu berkunjung ke kedai mamak!

Kadang-kadang tu, ada juga yang hairan dan sakit hati…

Yalah, katanya dah siap, tapi minumannya belum sampai ke meja anda!

Dah yang lebih parah lagi, ‘order’ yang anda mintak, bukan main lama nak boleh sampai..

Tapi tahukah anda, kenapa mamak si pembuat teh tarik, si pengoreng mee, si pembuat roti canai suka berkata begitu?
Sebenarnya, mereka memberi arahan kepada diri mereka sendiri!
Ya, mereka memberi arahan kepada diri mereka sendiri untuk menyiapkan sesuatu ‘order’ yang diminta oleh para pelanggan!

Dengan melakukan perkara sedemikian, mereka tidak mudah terlupa (maklumlah, pesanan yang diterima oleh mereka dalam sesuatu masa agak banyak!)

dan ini juga secara tidak langsung mendorong atau dengan kata lain memotivasikan kerja mereka!

Jadi jika anda banyak tugasan atau mungkin diarahkan oleh boss, katakan dalam minda dan hati anda;

SIAPPPPP!

Secara tak langsung menunjukkan anda begitu berkomitmen dengan tugasan yang anda terima!

Bookmark Artikel Ini:
  • Facebook
  • Google Bookmarks
You can leave a response, or trackback from your own site.

4 Responses to “TEH TARIK SATU!SIAPPP…!”

  1. ZulBM says:

    Saya bersetuju dgn tulisan anda……..

    Eeerrr…tapi saya jarang-jarang pergi kedai mamak. Terpaksa pergi kalau setakat minum dan dah tak ada kedai orang kita kat sana….

  2. keghorl says:

    slm saudara pemikir yg kaya…….

    teh tarik siap…….tapi bukan main lama nak siap…huhuhu

    perkara yg biasa berlaku….lupa kot

  3. Thinkerich says:

    ZulBM

    He..he..he..saya pun jarang juge..

    Cuma dapat idea nak tulis perkara ni bila terkenang zaman muda remaja dulu-dulu :)

    Sekarang ni Tarik teh kat rumah sendiri aje…

    Lebih puas, lebih jimat, lebih cepat SIAP!!

  4. Thinkerich says:

    keghorl,

    Salam kembali pada saudara ‘keghorl’(bunyi hampir sama mcm loghat name saya kat kampung je) He he He

    Lambat siap tu bukan apa…itu mamak.. mau kasi tarik buih tinggi-tinggi :)

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm