Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

Ada Masalah Kewangan? Amalkan Tip Ini …

Saya ada banyak menerima soalan-soalan daripada pembaca blog PemikirKaya.com yang bertanya dan memohon bantuan serta khidmat nasihat untuk membantu masalah kewangan mereka yang meruncing.

Ada yang mengadu masalah hutang, ada yang mengadu masalah wang tak cukup dan ada juga yang mengadu kehilangan perkerjaan. Kebanyakan daripada mereka meminta penyelesaian segera untuk masalah mereka.

Baiklah bagi menjawab kesemua persoalan tersebut, saya kira adalah lebih baik saya kongsikan jawapan melalui blog ini agar ianya dapat dimanfaatkan oleh semua.

Sebenarnya amalan dan tip ini juga antara apa yang saya amalkan selama ini. Alhamdulillah ianya sangat membantu pengurusan kewangan saya. Apa yang saya lakukan adalah dengan menunaikan kewajipan berzakat dan bersedekah.

Ramai di antara kita masih beranggapan, apabila mereka memberi, harta mereka akan berkurangan…sebenarnya itu adalah kepercayaan yang tidak tepat!

Cuba fikirkan jika kita asyik menerima dan memenuhkan ruang dalam rumah kita dengan pelbagai perabut dan barangan, akhirnya ianya akan penuh dan sesak! Masih bolehkah kita menerima masuk barangan atau perabut lain lagi selepas itu?

Sudah tentulah tidak boleh, bukan!

Jadi penyelesaiannya sekarang untuk kita terima barangan perabut yang baru, maka seharusnya kita mengeluarkan sebahagian daripada perabut dan barangan kita yang ada agar kita terus boleh menerima barangan baru yang lain. Kira macam kemas dan cuci rumah la…keluarkan barangan sediada dan masukan barangan yang baru.

Itu adalah antara analogi atau metafora yang saya bina dan cipta untuk memudahkan pemahaman pembaca.

Namun sesungguhnya soal dan perkara berkaitan infaq harta ke jalan Allah ini telah dijanjikan dan dinyatakan oleh Allah s.w.t dalam Al-Quran.

Kita semua sedia maklum antara rukun Islam adalah mengeluarkan zakat. Bukan setakat zakat fitrah yang setahun sekali kita tunaikan pada bulan Ramadhan sahaja, bahkan kita juga wajib menunaikan zakat harta yang wajib ke atas kita.

Jenis-jenis harta yang dikenakan zakat adalah seperti berikut:

  • Zakat Pendapatan
  • Zakat Perniagaan
  • Zakat Binatang Ternakan
  • Zakat Pertanian
  • Zakat Wang Simpanan
  • Zakat Emas dan Perak
  • Zakat Saham
  • Zakat Ma’adin, Kunuz dan Rikaz *

*Ma’adin
Ialah segala galian yang diperolehi dari perut bumi sama ada beku atau cair di darat atau di laut.

*Kunuz
Ialah harta yang tersimpan di dalam bumi (harta karun).

*Rikaz
Ialah harta benda yang tersimpan di dalam bumi dan terdapat tanda-tanda yang menunjukkan ia tersimpan sebelum kedatangan Islam. (Jumhur ulama mengatakan semua jenis simpanan jahiliah)

Namun begitu, jika seseorang itu telah  berzakat  tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah.

Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.

PERBANDINGAN SEDEKAH MENURUT AL-QURAN

“Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”. (  AlBaqarah : 261 )

DIPANJANGKAN UMUR & MENCEGAH AJAL YANG BURUK
Maksud sabda Rasulullah saw : “Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur  dan  mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya” ( H.R. Tabrani )

MENOLAK BALA BENCANA
Maksud sabda Nabi saw : “Segeralah kamu bersedekah, kerana  bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah” ( H.R Al-Baihaqi )

SELAGI PELUANG MASIH ADA…
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi  saw  menjawab  :  Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau  takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh  untuk  bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari )

Lihatlah ayat Al-Quran dan Hadis di atas memperkatakan tentang kebaikan dan manfaat bersedekah. Apakah kita masih takut atau was-was untuk bersedekah?

Ingatlah janji Allah itu BENAR! Yakinlah bahawa rezeki datangnya dari Allah. Usahlah kita risau dan khuatir untuk membelanjakannya ke jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Jadi saranan saya, jika hari ini anda berdepan dengan masalah kewangan, keluarkan apa yang anda ada, derma dan sedekahkannya ke jalan Allah. InsyaAllah rezeki dari Allah akan datang tanpa disangka-sangka.

Yakin, percaya dan bertawakallah kepada Allah s.w.t sesungguhnya DIA lah yang Maha Pemberi.

Saya dah amalkannya dan ianya berkesan dan memberi manfaat buat saya sekeluarga, InsyaAllah ianya juga berkesan untuk anda.

Jadi tunggu apa lagi amalkanlah tips ini dengan sentiasa bersedekah, baik ketika senang mahu pun ketika susah.

Semoga bermanfaat,

THINKERICH

Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

No Responses to “Ada Masalah Kewangan? Amalkan Tip Ini …”

  1. buy anonymous proxy

    I found a great…

  2. free private proxy

    I found a great…

  3. ERNA ROFIQA says:

    Wah terima kasih untuk tipsnya, sepertinya super sekali.

  4. Title

    […]we came across a cool site that you may well take pleasure in. Take a look in case you want[…]

  5. Title

    […]Wonderful story, reckoned we could combine some unrelated data, nevertheless definitely worth taking a look, whoa did one find out about Mid East has got more problerms also […]

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm