Motivasi, Pendidikan, Perniagaan, Kewangan Peribadi

AMALAN JIWA UNTUK MURAH REZEKI

Salam pembaca blog pemikirkaya!

Hari ini ramai yang berhadapan dengan masalah kewangan dan merasakan rezeki mereka terlalu sempit.

Maka kali ini saya ingin berkongsikan dengan anda semua satu amalan kejiwaan dan kerohanian yang boleh dilaksanakan untuk melapangkan dan memudahkan rezeki anda semua! InsyaAllah…

Tetapi suatu perkara yang harus diingat, ianya juga haruslah disusuli dengan ikhtiar dan usaha..

Jadi apakah amalan tersebut?

Amalan tersebut adalah Solat dhuha..

SEBAGAI umat Islam, kita wajib yakin bahawa segala sesuatu adalah milik mutlak Allah SWT. Seiring hakikat itu dan ketika ekonomi negara yang gawat ini, eloklah untuk kita semua bermuhasabah dan kembali mendekati Allah SWT.

Mengapa tidak segala keluhan seperti bajet lari, hutang bertimbun dan pelbagai kesusahan lain diadukan kepada Allah SWT? Dia bersifat Ar-Razzak iaitu Yang Maha Memberi Rezeki.

Satu kaedah mudah untuk mendekati Allah SWT ialah dengan mengerjakan solat sunat dhuha. Hanya dengan dua rakaat setelah matahari naik kadar tinggi “segalah” – kira-kira 30 minit setelah terbit matahari – kita boleh mengadu untung nasib kepada-Nya.

Bermula dengan niat solat sunat itu, iringi bacaan al-Fatihah dengan surah al-Kafirun, al-Ikhlas atau al-Syams pada rakaat pertama serta Surah al-Dhuha pada rakaat kedua. Lakukan solat ini dengan keyakinan ia mampu memberi ketenangan dan kemurahan rezeki.

Setelah selesai solat disunatkan pula berdoa dengan doa memohon kurniaan rezeki: “Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha ini adalah waktu dhuha-Mu, keindahan dan kecantikan ini adalah keindahan dan kecantikan-Mu, kekuatan dan kekuasaan ini adalah kekuatan dan kekuasaan-Mu, pemeliharaan ini adalah pemeliharaan-Mu.

“Ya Allah, jika rezekiku di langit turunkanlah ia, jika rezekiku di bumi keluarkan ia, jika di laut maka timbulkan ia, jika sukar maka permudahkanlah, jika sedikit perbanyakkanlah, jika banyak maka berkatilah, jika haram maka sucikanlah, dengan berkat waktu dhuha-Mu, keindahan, kecantikan, kekuatan, kekuasaan dan pemeliharaan-Mu. Kurniakanlah daku apa yang Engkau anugerahkan kepada hamba-Mu yang salih dan beriman.”

Ingatlah bagaimana kuatpun seseorang bekerja mencari wang, rezeki tetap di tangan-Nya. Justeru umat Islam disaran berjinak-jinak dengan amalan mudah ini kerana selain rezeki bertambah, banyak kelebihan disediakan oleh Allah SWT.

Antaranya keampunan dosa seperti sabda Nabi Muhammad SAW: “Barang siapa yang sentiasa melaksanakan dua rakaat dhuha, diampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan”.

Dalam hadis lain, Baginda bersabda: “Atas tiap segala sendi daripada seseorang kamu berkehendak sedekah. Maka tiap-tiap tasbih adalah sedekah. Setiap tahmid adalah sedekah. Setiap takbir adalah sedekah. Begitu juga menyeru kepada yang makruf adalah sedekah. Mencegah mungkar adalah sedekah. Dan memadai daripada yang demikian itu dua rakaat solat sunat dhuha”.

Begitulah hebatnya solat ini. Bagaimanapun bukan semua orang mahu berkorban masa untuk melaksanakannya. Ramai yang rela memperuntukkan waktu bersembang sambil menghirup kopi di warung daripada mengerjakan solat sunat yang tidak lebih 10 minit ini.

Memang solat sahaja tidak mendatangkan rezeki. Tetapi sekurang-kurangnya dengan usaha dan diiringi doa, kita akan lebih berjaya. Selain itu, amalan yang dilaksanakan menerusi solat merupakan bukti betapa setiap individu Muslim diperintah untuk selalu bersyukur.

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmat-Ku dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah keras.” (Surah Ibrahim Ayat 7)

Dipetik dan diolah semula hasil tulisan saudara MOHD. ALI MUHAMAD DON, PensyarahPusat Pemikiran dan Kefahaman Islam UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru.


Be Sociable, Share!
You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “AMALAN JIWA UNTUK MURAH REZEKI”

  1. ibrahim says:

    asalamualikum…
    terima kasih atas perkongsian ilmu ini. semoga Allah memberkati hidup tuan.

  2. Thinkerich says:

    Waalaikumussalam…

    Terima kasih kembali…semoga ianya membawa kebaikan kepada semua insan yang membacanya..

  3. lyn says:

    Salam, terima kasih akan saya kongsi bersama rakan2

  4. aki says:

    Ramai yang tahu tetapi lebih ramai yang tidak amal…

  5. Thinkerich says:

    aki,

    Hmm..harap kita tidak tergolong dari golongan tersebut..

  6. zam says:

    bila kerjakan sunat nie….

    solat wajib pon rase best …

    takdelah berat hati sgt…

  7. Thinkerich says:

    Zam,

    Jangan pula yang sunat buat tapi yang wajib tak pulak :)

    Macam ada segelintir daripada kita semua, solat aidilfitri pergi tapi puasa ntah kemana :(

  8. ina says:

    Salam…
    Terima kasih atas perkongsian yang sungguh berharga ini
    Minta izin untuk copy dah letakkan di blog saya ye supaya rakan2 blog yang lain mendapat ilmu ini juga

  9. Thinkerich says:

    Ina,

    Silakan…

    pstt…jangan lupa kredit to PemikirKaya.Com :)

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: seo services | Thanks to ppc software, massage beds and web design firm